Assalamualaikum. Alhamdulilah , jiran sebelah bagi durian . Ya Allah . Terasa nikmatnya yang tak terkata . Rezeki betul sangat . Maklumlah kita ni hantu durian . Tapi tak terasa lagi nak makan durian .
Jiran bagi dua biji durian . Kita buka sebijik je . Ain makan 5 ulas . Walaupun nampak kecik tapi banyak isinya . Sedap !
Ain lagi suka makan buah durian macam gini berbanding bubur durian ke, pengat durian ke , kek durian ke , kuih durian ke . Kureng sikit . Lebih suka yang original macam gini . Duduk dekat bawah , kopek terus makan . Nyum nyum nyum 😋