TEMAN TAPI MESRA

akuainkausiapa
sudikah awak menjadi partner saya sampai ke syurga? hahaha

TEMAN TAPI MESRA

I have a confession to make! Selama 10tahun ni aku tak pernah in a real relationship with someone. Giler kan! Yer, selama 10tahun ni la aku asyik sekadar teman tapi mesra dan yang paling dasyat kena friendzone ler. Hahaha.🤣

Aku perasan satu benda ni. Iya, aku memang ramai kawan lelaki tapi to have someone yang orang cakap nak jadikan special itu..Hmm..

Semua nya sampai pada level "Teman Tapi Mesra" je! Kenapa lelaki takut nak dating dengan aku? Aku bukannya ada bela saka pun! Dan bukannya pakai susuk. High maintenance? Lagi ler tak. Paling selekeh dan serabai ada la.Hahaha.

Tapi,

Satu benda yang aku belajar, Allah taknak hati aku terluka yang sangat dalam. Dia tahu aku ni spesis manusia yang kalau aku dah suka betul dengan seseorang tu, aku akan menyayangi nya lebih dari aku sayang diri aku.

Dan, Dia reserve kan satu hambaNya yang special untuk aku. Nanti kalau Dia bagi Ain, komfom kau terus jatuh cinta sampai ke syurga! Kah💖

PASTI HAJAT KAMU AKAN KU TUNAIKAN


PASTI HAJAT KAMU AKAN KU TUNAIKAN


Selepas entri Kerana lagu haram.. , aku jadi suka pula pada versi lagu HAJAT ini. Yolah, aku ni boleh dikatakan peminat Hael Husaini lah jugak. Nak-nak versi balada pula. Mak oi , feel habis siot. Bukan itu sahaja , aku pula tengah marathon drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu. Lagi la bertambah suka. Lagu Hajat ni dijadikan sebagai OST untuk drama tersebut.

Antara bahagian lirik yang aku suka sekali ialah :

Jika kau mahu sesuatu
Katakan padaku
Jika kau mahu diriku
Ku sedia untuk mu
Dan jika kau mahukan jiwaku
Hambakan cintamu
Pasti hajat
Kamu
Kamu
Kamu
Akan ku tunaikan
Jangan curiga
Harus percaya
Ikhlas hati ku berkata
Persoalannya sekarang , hajat siapa lah ni ehk yang akan aku nak tunaikan? kihkihkihkih