Assalamualaikum . Seperti biasa ain ni kalau tengah dekat rumah memang akan habiskan masa menonton video di Youtube . Lebih gemar menonton Youtube berbanding buka tv . Tv di rumah tu macam perhiasan je . HAHAHA .
Nak dijadikan cerita , tengah tengah bosan tu buka la Youtube dan tergerak hati nak tengok Youtube Hazim Hamdan . Pernah berjumpa dengan Youtuber Hazim Hamdan ni . Handsome dan herlok yer orang nya . Video di bawah bukti ain pernah jumpa dia. HAHAHAH . Siap selit bukti ehk .
Youtuber Hazim Hamdan ni lately banyak berbasikal jadinya kita boleh nampak lah video nya banyak tentang aktiviti berbasikal . Tak sangka yer dia boleh tamatkan misi kayuhan 1300KM . Dasyat gila selama 13 hari berbasikal dari Kuala Lumpur - Kelantan -Terengganu-Pahang-Negeri Sembilan-Selangor .
Ain tengok kesemua video sampai habis . Terfikir yang hebatnya eh boleh kayuh sampai macam gitu sekali .Bukan senang weh , basikal rosak ke kena pandai pandai betul kan sendiri . Kita yang perempuan ni boleh ke tidak ehk buat rekod macam gitu ? HAHAHAHHAHAHAAHA. Lambert lagi lah kan .
Di Bawah ni ain letak video trailer Kayuhan 1300 KM sebanyak 13 episod . Fuh ! Kita yang tengok ni pun 2 hari nak habiskan tonton ini kan pula si hazim yang tukang kayuh dan buat vlog ni. Hhahaha .
*Teringat pula ain pernah join Program Jelajah BMX Ungkal bersama Tourism Malaysia Wilayah Selatan bulan november 2021 .. Program tu berjalan selama 9 hari 8 malam tau ! Nanti ain up story nya~~
Blogger Bukan Percuma ! WOW ! Boleh tahan dasyat yer tajuk dia! Hari ini ain tengok podcast Borak Sini Habis Sini dari Youtube Channel Budiey . Tergerak hati nak tengok video ini sebab ternampak perkataan blogger .
Sangat bagus untuk tajuk podcast kali ini terutama sekali kepada blogger . Jujurnya , ini lah yang seringkali berlaku kepada para blogger di Malaysia .
Bila menjadikan platform sebagai periuk nasi ataupun income tambahan yang mana melibatkan isu duit jangan la di buat main . Ain mengaku sangat banyak so call dipanggil 'media invitation ' 'media review' yang ain terima .
Dah la hantar ayat bukan main manis , lepastu tak bayar tak ada payment langsung. Isu ni memang dah kerap kali di bangkitkan .
Sangat berpuas hati mendengar podcast ini ! Podcast ini di hostkan oleh Budiey sendiri dan menjemput tetamunya iaitu bloggger sendiri dari penaberkala.com. Penaberkala ni ain follow juga di instagram. Tak sangka pula bila di podcast , apa yang diperkatakan sangat lah knowledgeable dan point nya sangat bernas.
Antara 10 point yang dikongsi kan ialah :
Jangan ingat yang selalu nampak banyak pergi event tu berbayar , sekali tengok dalam akaun bank tak gempak mana pun . Betul ! Ain mengaku ini terjadi kepada ain sendiri yang dahulunya main rembat dan sebat je semua event sedangkan tak berbayar langsung pun . Kawan -kawan nampak kita ni gah hakikatnya tak ada pun duit yang masuk selepas kita pergi event review tersebut.
Untuk stay relevan dalam industri , kita kena get evolve . Follow the technology dan kita tak boleh berada pada takuk yang sama . AGREEE! with this point . Bayangkan dulu ain sendiri tak pandai edit video , sekarang dah pandai . Bayangkan dulu ain tak pandai posing posing untuk ootd , sebab bekerja dalam industri yang memerlukan 'gambar cantik ' posing pun kena la lain dari yang lain jadi secara tak langsung ain sendiri kena belajar cara berpakaian yang sesuai dengan ain . Kawan kawan selalu kata ain ni vogue kemain , tapi tu la..semua tu untuk kerja je . Kalau in a real life jumpa ain tengah beli nasi ayam , berselipar dan bertshirt je weh .
Kalau ramai followers , rugi rasanya kalau tak convert into money! Wow this point memang ain super agree . Dah ramai sebenarnya kita nampak dekat social media yang tunjukkan bakat masing - masing in fact ain sendiri suka layan live band atau busker di Tiktok live . Selalu tengok persembahan mesti depan mata atau di tv , tapi sekarang dah berubah . Jadinya , sayang kalau ada pengikut (followers) tapi tak generate more money .
Tahu kita punya niche . Kalau kita mahir pada satu satu benda tu , kita kena showcase . Actually kan yang pasal niche ni pun ain masih lagi betul betul nak go into the deep . Once kalau kita dah dapat tackle the right niche , komfom audience memang akan berkumpul jelah dekat platform yang kita dah tonjolkan content kita tu.
Kosisten . Benda ni yang paling teramat susah sangat nak buat . Tapi sekali kita dah dapat tune dan rentak untuk kita kosisten persembahkan content kita , insyallah akan boom punya nanti .
PR (Public Relations) bagi goodies je ! WOW*Tergelak bila dengar Budiey sebut yang ni . Haah , aku mengaku ..dulu aku macam gini la! Pada kita dah rasa macam terpaling dihargai sangat hakikatnya kita dipergunakan . Sebenarnya PR boleh je berikan token kepada blogger tapi tulah..
Dalam dunia ni tak de benda free , nak masuk toilet pun kena bayar! -ini lah yang diperkatakan oleh blogger penaberkala.
Cuba letak prinsip dan cuba letakkan harga kepada diri kita . Jangan aniaya diri kita sangat! Setiap hasil yang kita buat itu perlukan effort dan masa
Try belajar untuk say NO !Yang ni pun semenjak ain dah berani say no , ain akan tolak ataupun ignore je mana mana invitation atau review yang tak bagi benefit dan hargai value dan effort kita . Cakap jela tak boleh ataupun diam and dont participate it .
Jadi a well known person bukan nya popular .
Sangat bagus untuk ditonton video ini . Boleh tonton di video bawah :
Disebabkan Ain ni merupakan peminat Azfar Heri , jadinya kita kumpulkan sahaja video-video memasak disini . Antara video memasak yang ain pernah buat ialah Nasi Goreng Pataya . Dulu -dulu ain tak pandai tau buat nasi goreng pataya , tapi lepas menonton Youtube Azfar Heri Saya memasak , anda menonton , saya makan , anda terliur~~ Aaaa gitew . Jadinya , korang pun scroll lah sampai ke bawah ke semua video memasak Azfar Heri okay ! Selamat menonton dan terliur. hehehe .
video First time buat kuih semperit : Ini merupakan video pertama yang dibuat oleh Azfar Heri pada tahun 2018. Masa ni intro pun tak ada lagi .
video memasak Buttermilk chicken katanya seperti Jibril . Gitew
Bahan Bahan :
Ayam popcorn
2 sudu besar butter
cili api (dipotong kecil)
daun kari (nak rasa kari lebih masuk je banyak)
1 tin susu cair.
1 keping cheese (nak lebih pun boleh)
1 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 sudu kecil gula (secukup rasa)
video memasak Puding roti berkuah Kastard
Bahan Bahan :
Roti
3 cawan susu
4 biji telur ayam
4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
1 sudu teh Esen Vanila
Majerin disapukan ke dalam bekas
4 cawan susu
4 sudu besar gula (ikut kemanisan).
1 sudu teh Esen Vanila.
3 sudu besar tepung Kastard
video memasak Lasagna
Bahan Bahan :
SOS MERAH
1 Biji bawang holland
4 ulas bawang putih
Daging / Ayam kisar
2 sudu besar cili kisar
sos spaghetti
lada benggala
1 sudu kecil garam halus
SOS PUTIH
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum (kalau tak cukup pekat tambah satu sudu lagi hehe)
2 cawan besar susu full cream
3 keping cheese
1 sudu kecil garam halus
keju parmesan
video memasak Mac and Cheese * yang ni terliur betul ain tengok
Bahan Bahannya :
Macaroni
2 sudu besar butter
2 cawan fresh milk
4 keping cheddar cheese
oregano
blackpapper
chili flakes
garam
video memasak Spageti Tuna Berapi
Bahan Bahannya :
Spaghetti
1 biji bawang besar
cili api (mengikut kepedasan anda)
1 cili merah
tuna (tak kisah tuna apa)
kicap manis
oregano
lada putih
blackpaper
okay dah habis, kalau korang nak tambah lain lagi boleh je macam ayam ke, lada benggala ke, jangan pulak kau letak tembikai, aku pukul kau satgi hahahahaha
video memasak Ayam Masak Sambal Hijau
Bahan Bahannya :
Ayam
Cili besar hijau
Cili api hijau
belacan
bawang
garam
serbuk kunyit (untuk goreng ayam)
video memasak Maggi Goreng Basah *walaupun simple tapi sedap*
Bahan Bahannya :
Maggi
bawang mesin
cili mesin
kicap manis
sos cili
sos tomato
sos tiram
perencah maggi
garam
air
telur
Video memasak Ikan Bilis Pedas
menu kalini sangat senang ye, rasa dia manis manis pedas dan garing ikan bilis tu fuhhh sedapnya, makan dengan nasi putih pun cukup. siapa yang suka pedas letak lagi banyak cili tau ! goreng telur dadar lepas tu makan dengan nasi , haaaa resepi orang bujang sangat hahahahaha
Bahan Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Besar
Cili api
Kicap
Video memasak Ayam Sambal Sos dan Telur Dadar Sambal Merah
Bahan Bahan Ayam Sambal Sos :
Ayam
bawang mesin
cili mesin
sos cili
air
garam
Bahan Bahan Telur Dadar Sambal :
Telur dadar
garam
sambal/cili mesin
Video memasak Roti Sardin
menu ni sangat senang dan sedap kalau makan garing garing dan time panas fuhhhh sedap u olls. korang boleh je pilih kalau kalau tak ada sardin guna je tuna, kalau tak ada tuna guna la sardin, macam i dua dua, tamak bukan ?
Bahan Bahan:
Roti
Tuna / Sardin
Garam
Video memasak Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis kentang garing ! menu ni i selalu masak and now i nak korang pulak try. senang je cuma make sure sambal tu betul betul garing and cukup rasa. ikan bilis make sure garing okay
akuainkausiapa ialah sebuah blog bertemakan diari harian yang ditulis oleh Ain menceritakan tentang kisah kehidupan harian , jadinya boleh la di kategorikan sebagai Lifestyle Personal Blogger aaa gitewww~~