Blogger Bukan Percuma !

budiey channel blogger bukan percuma


Blogger Bukan Percuma ! WOW ! Boleh tahan dasyat yer tajuk dia! Hari ini ain tengok podcast Borak Sini Habis Sini dari Youtube Channel Budiey . Tergerak hati nak tengok video ini sebab ternampak perkataan blogger .

Sangat bagus untuk tajuk podcast kali ini terutama sekali kepada blogger . Jujurnya , ini lah yang seringkali berlaku kepada para blogger di Malaysia . 

Bila menjadikan platform sebagai periuk nasi ataupun income tambahan yang mana melibatkan isu duit jangan la di buat main . Ain mengaku sangat banyak so call dipanggil 'media invitation ' 'media review' yang ain terima .

Dah la hantar ayat bukan main manis , lepastu tak bayar tak ada payment langsung. Isu ni memang dah kerap kali di bangkitkan . 

blogger penaberkala blogger bukan percuma


Sangat berpuas hati mendengar podcast ini ! Podcast ini di hostkan oleh Budiey sendiri dan menjemput tetamunya iaitu bloggger sendiri dari penaberkala.com . Penaberkala ni ain follow juga di instagram. Tak sangka pula bila di podcast , apa yang diperkatakan sangat lah knowledgeable dan point nya sangat bernas.

 Antara 10 point yang dikongsi kan ialah :

  1. Jangan ingat yang selalu nampak banyak pergi event tu berbayar , sekali tengok dalam akaun bank tak gempak mana pun . Betul ! Ain mengaku ini terjadi kepada ain sendiri yang dahulunya main rembat dan sebat je semua event sedangkan tak berbayar langsung pun . Kawan -kawan nampak kita ni gah hakikatnya tak ada pun duit yang masuk selepas kita pergi event review tersebut.
  2. Untuk stay relevan dalam industri , kita kena get evolve . Follow the technology dan kita tak boleh berada pada takuk yang sama . AGREEE! with this point . Bayangkan dulu ain sendiri tak pandai edit video , sekarang dah pandai . Bayangkan dulu ain tak pandai posing posing untuk ootd , sebab bekerja dalam industri yang memerlukan 'gambar cantik ' posing pun kena la lain dari yang lain jadi secara tak langsung ain sendiri kena belajar cara berpakaian yang sesuai dengan ain . Kawan kawan selalu kata ain ni vogue kemain , tapi tu la..semua tu untuk kerja je . Kalau in a real life jumpa ain tengah beli nasi ayam , berselipar dan bertshirt je weh .
  3. Kalau ramai followers , rugi rasanya kalau tak convert into money! Wow this point memang ain super agree . Dah ramai sebenarnya kita nampak dekat social media yang tunjukkan bakat masing - masing in fact ain sendiri suka layan live band atau busker di Tiktok live . Selalu tengok persembahan mesti depan mata atau di tv , tapi sekarang dah berubah . Jadinya , sayang kalau ada pengikut (followers) tapi tak generate more money .
  4. Tahu kita punya niche . Kalau kita mahir pada satu satu benda tu , kita kena showcase . Actually kan yang pasal niche ni pun ain masih lagi betul betul nak go into the deep . Once kalau kita dah dapat tackle the right niche , komfom audience memang akan berkumpul jelah dekat platform yang kita dah tonjolkan content kita tu.
  5. Kosisten . Benda ni yang paling teramat susah sangat nak buat . Tapi sekali kita dah dapat tune dan rentak untuk kita kosisten persembahkan content kita , insyallah akan boom punya nanti .
  6. PR (Public Relations) bagi goodies je ! WOW*Tergelak bila dengar Budiey sebut yang ni . Haah , aku mengaku ..dulu aku macam gini la! Pada kita dah rasa macam terpaling dihargai sangat hakikatnya kita dipergunakan . Sebenarnya PR boleh je berikan token kepada blogger tapi tulah.. 
  7. Dalam dunia ni tak de benda free , nak masuk toilet pun kena bayar! -ini lah yang diperkatakan oleh blogger penaberkala. 
  8. Cuba letak prinsip dan cuba letakkan harga kepada diri kita . Jangan aniaya diri kita sangat! Setiap hasil yang kita buat itu perlukan effort dan masa
  9. Try belajar untuk say NO !Yang ni pun semenjak ain dah berani say no , ain akan tolak ataupun ignore je mana mana invitation atau review yang tak bagi benefit dan hargai value dan effort kita . Cakap jela tak boleh ataupun diam and dont participate it .
  10. Jadi a well known person bukan nya popular
Sangat bagus untuk ditonton video ini . Boleh tonton di video bawah : 


0 Comments:

Catat Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.