AKU AIN & JDT BLOGGER -4

jdt blogger
Nona yang comel. Budak suka selfie.

AKU AIN & JDT BLOGGER -4

Selepas aku mengenali Kak Mia Liana di Pulai Springs Resort , kami mendapat jemputan pula di Swiss Inn Hotel. Siapakah blogger seterusnya yang aku kenal?

Dia lah Si Nona manis. Pemilik blog nonasani.blogspot.com . Seorang yang easy going cuma blur dia boleh tahan jugak. Ceh, aku pun blur jugak ngata orang pulak kan. Nona ni jenis macam tak kisah pun jalan sorang-sorang , makan sorang-sorang. Hahaha. Aku tengok dia ni banyak dengan dunia dia yang tersendiri je.

Macam mana aku boleh kenal dia? Masa dekat Swiss Inn Hotel tu, aku first time la nampak dan jumpa dia. Sebabnya masa dekat dua pertemuan sebelum nya, dia tak ada. So, masa dekat Swiss Inn tu aku ingat dia sebab dia tegur aku masa dekat surau. Macam biasa la, perempuan kalau time solat mesti tunggu giliran nak pakai telekung.Masa tu la kitorang berborak.
jdt blogger
Nona tu yang dekat belakang berdiri di tengah-tengah.
Nona tanya macam mana nak pergi next event kitorang dekat Pontian. Aku dalam hati "peramah jugak budak ni". Aku ni mati-mati ingat dia lagi tua dari aku. Sorry Nona! Tapi bila aku dah baca blog dia baru ler aku tahu yang dia muda dua tahun dari aku. Lepas borak-borak tu nyempat dia tanya "kau nak sambung makan lagi ke pasni?" Hahaha. Aku pun jawab sambil gelak "Haah sambung ler sampai kenyang!". Hahaha.

Itu la first time aku kenal Nona! Korang dah tengok blog dia? Cepat tengok sekarang..Kalau yang terlepas episod cerita Aku Ain & JDT Blogger ni.. Boleh tekan sini ..Dah episod empat dah ni.. Persoalannya, bila tahun aku kenal dengan Sis Lin dan Kak Sunah ? Hahahaha.. Nantikan

sorry Nona , gambar kau tak banyak pulak dalam laptop aku. Hahaha.