Masih lagi dalam cerita Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang woi. Kenangan ni memang beri satu memori terindah buat kami semua. Walaupun travel jauh dari Johor ke Pahang, namun hilang rasa penat bila sampai masuk ke bilik.
Kitorang check in di Arabian Bay Resort Bukit Gambang. Ain dapat bilik dekat tingkat 1 je. So kalau malas nak tunggu lift naik tangga je. Boleh bakar kalori sikit. Hahaha. Pemandangan mengadap kolam renang uolls. Tapi, lagi seronok terjun dekat Waterpark dia. Hahaha. Siap ada tsunami wave lagi kau.
Cadangan Ain, kalau korang datang 4 orang memang nice lah pilih bilik yang ain duduk ni, tapi kalau korang datang dalam 2-3 orang ain cadangkan korang stay dekat studio suite macam yang kak Juju dan kak Sunah duduk ni.
Tapi, kalau bajet besar nak lagi selesa datang bersama keluarga yang tersayang, terus je check in dekat Everia Villa Resort . Ianya seperti percutian yang mewah uolls. Lagi dekat dengan waterpark dan safaripark. Ain tengok pun rasa macam wowwww, bestnya. Dekat Everia ni terdapat 3 jenis iaitu Amsterdam Villa , San Francisco Villa dan Venice Villa.
Anyway, betul ke harga dekat tempat penginapan sini mahal? Sebenarnya korang kena pandai pilih pakej uolls. Bila dah tahu yang korang nak enjoy the vacation, cadangan ain stay je lah for 3 hari 2 malam. Terus masuk kan sekali pakej waterpark dan safari park. Lagi berbaloi woi. Korang terus rasa semua pengalaman yang ain dan geng JDT Blogger rasa masa Eksplorasi haritu.
Nak lagi best? Include sekali pakej Active Academy. Like seriously lepasni mesti korang akan rasa macam “Weh, Bukit Gambang Resort City ni sebenarnya memang bestt betul”. You guys should try it lah! 😁
kredit pic : kak Dila |
Ain nak payung korang pakej untuk
3 hari 2 malam termasuk :
tiket waterpark & safari park
breakfast & dinner