Makan Set Mix And Match Baru Dari McDonald . Assalamualaikum . Tadi late lunch , memandangkan hari hujan dan malas nya alahai nak memasak dan nak keluar dari kereta (tak nak kena hujan) jadinya yang terlintas di fikiran ialah drive thru MCD . Bukan itu sahaja , malam pula nak masak jadinya perut tak nak mencari nasi . Jadi nya tapau mcd je la kan .
Mix and match McSavers adalah pilihan kegemaran ain . Orang cakap inilah set budget yang dikeluarkan oleh MCD . Kalau nak set bajet bawah RM 10 , pilih je la set mix and match McSavers ini . Ain selalu order McChicken dan Fries , ataupun kalau teringin nak rasa seketul ayam order la ayam dan fries . Kalau macam tak ada selera ke kan , order je set bubur dan combine kan set di sebelahnya . Macam gitu la selalunya air order mcd .
Sementara nak menunggu kereta depan memandangkan que agak panjang , Ain pun belek belek la dekat telefon set baru dari mix and match . Dalam hati ni macam terdetik , kot kot lah kan MCD ada kombinasi menu yang baru . Tup tup tup , eh ada la .
Kombinasi Spicy Beef With Cheese dipadankan bersama fries ! Okay gonna try !
My first impression is SEDAP SEDAP SEDAP ! Memandangkan tekak ni memang suka pedas , and terfikir juga apa bezanya cheese burger sebab bentuk nya lebih kurang je . Rupanya ada sos spicy dan daging nya memang ada rasa spicy !
Mantap ! memang akan jadi repeat order la next time kalau teringin nak makan MCD . Cumanya yang menjadi pelik , set ni memang DOUBLE KE BEEF NYA ? Sebab dalam menu nya Spicy Beef With Cheese je namanya tak ada pun DOUBLE BEEF . Dalam resit harga on point je tak ada tambahan harga pun ke rezeki ain dapat double ? HAHAHHAA .
Siapa yang pernah order boleh confirmkan tak benda ni ? Sumpah , curious nak tahu ni .
Baca juga artikel berkaitan : Berkelah sambil makan mcd