OLE OLE DI JOHOR

melawat kompleks kraf johor

OLE OLE DI JOHOR

Selalu sangat orang bertanya , mana nak beli ole ole buah tangan dekat JB kan. Aku selalu jawab , tunggu jelah waktu malam di bazar karat. Hahaha. Kadang-kadang orang malas nak bersesak sesak ke situ. Lagi pulak nak tunggu waktu malam kan , mungkin waktu tu nak berehat atau pun nak food hunting ke. Jadinya , aku nak cadangkan satu tempat ni yang korang boleh cari pelbagai ole ole Johor.

Tempat ini diberi nama Kompleks Kraf Johor. Kompleks Kraf Johor ini merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan berkonsepkan ikonik seni dan budaya tempatan di selatan tanah air. Sebagai hub-pemasaran utama produk kraf tempatan , kompleks ini membawa pendekatan 'alami dan rasai' yang mana ianya membawa konsep penghayatan , pengalaman dan perkongsian.

gabus johor

kompang johor

seni johor



Kalau korang masuk ke sini , korang akan nampak seni binanya yang berbumbung Limas ala resort. Kompleks ini dikatakan sebagai centre untuk korang yang nak cari ole-ole berasaskan negeri Johor. Antara ole ole nya ialah batik , produk anyaman , seramik , aksesori perhiasan diri , produk tenunan , key chain  , fridge magnet dan patung wayang kulit. 

baju johor

batu seremban johor

key chain johor

OLE OLE DI JOHOR

seni kraf johor

visit johor



Disini bukan sahaja hanya menjual ole ole , tetapi kita juga boleh mempelajari kebudayaan Johor seperti persembahan muzikal , interaktif kraf , persembahan kebudayaan , bengkel dan kolokium, demonstrasi kraf serta aktiviti lawatan berpandu kumpulan. Pengunjung yang datang ke sini dapat melihat proses penghasilan alat muzik seperti gambus , kompang , angklung , kempling dan gamelan.Ini secara tidak langsung memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk bermain alat muzik tradisional negeri Johor.



Sebagai pelengkap sebuah destinasi pelancongan , Kompleks Kraf Johor ini juga turut menghidangkan pelbagai sajian makanan tradisional negeri Johor seperti Mee Bandung Muar , Laksa Johor , Otak-otak dan pepes. Membawa tema "rasai dan alami" , pengujung juga berpeluang memasak dan membuat sendiri makanan tradisional Johor seperti tempe dan kuih muih tradisional.

Jadi, kalau tak tahu mana nak cari ole ole Johor di Johor Bahru , boleh la berkunjung ke sini.

angklung johor



Kompleks Kraf Johor
Jalan Cenderasari 
80350 Larkin
Johor Bahru

Telefon : 07-2350433 Faks: 07-2350432
Email : craftjohor@kraftangan.gov.my