Rindunya nak naik kapal terbang
Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia
Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia
Memilih tarikh 27-28 Disember untuk ke Legoland adalah pilihan yang terbaik . One word ! " Awesome" . Walaupun aku duduk dekat je dengan Legoland , tapi perasaan staycation kali ni best sangat .
Pada 27 hb tu kitorang check in di Legoland Resort dulu jam 4 petang . Nama pun hari ahad dan hujung tahun , mesti la ramai manusia kan. Lepas dah check in , kitorang solat asar dulu di bilik dan lepastu turun bawah. By the way, staycation kali ni aku pergi dengan abang , dan dua orang anak jiran aku iaitu The NF Generation ( Farzana & Farisya) . Untuk pengetahuan uolls , kebiasaan nya pakej staycation di Legoland Resort ni memang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak . Kalau uolls tengok bilik yang kitorang chek in sangat selesa untuk 5 orang . Katil bertingkat tu selesa untuk kanak-kanak dan dewasa yang badan size kecil . Badan aku pun selesa je tidur dekat katil tu . Hehehe.
Lepas check in , kitorang terus ke Sealife . Memandangkan time kitorang pergi tu tengah bertemakan Hari Krismas , jadi nya aktiviti pun banyak berkaitan dengan tema perayaan tersebut. Kitorang masuk ke Sealife dan cari candy lepastu post di Instagram untuk dapat kan gift sebelum keluar dari Sealife . Lepas dah tengok ikan-ikan di Sealife , kitorang masuk kejap di Themepark . Kami pergi hari Ahad , jadinya themepark tutup jam 7 . Menariknya kalau korang spent seharian di Legoland , akan ada persembahan pembukaan dan penutup . So , kanak-kanak pasti akan rasa terhibur sepanjang dekat Legoland .
Malam pula kitorang dinner di Brick Family Restaurant yang berada dalam Resorts. Memandangkan masih lagi PKP , memang akan ada pelayan yang cedok kan makanan. Selepas dah makan , jam 8:30 malam ada persembahan di lobby . Seronok betul tengok kanak-kanak menari dengan berpakaian baju tidur . Hahaha . Persembahan tu sekejap je , lepastu boleh sambung makan semula . Malam pula , kitorang main legodan selesaikan treasure hunt dalam bilik . Aku siap pesan , simpan tenaga tau esok kita nak all out !
Kitorang dapat slot breakfast jam 7 pagi sebab masih PKP memang slot breakfast dia terhad 45 minit untuk satu family . Alang-alang dah habis breakfast , kitorang naik ke level 5 untuk tengok swimming pool . Tengok je la tak terjun pun sebab kitorang get ready nak ke waterpark . Semua themepark ,waterpark dan sealife bukak seawal jam 10 pagi . Oh yer , sebelum ke waterpark kitorang check out terus sebab Legoland Resort ni check out dia pukul 11 pagi .
Lepas dah check out , kitorang pergi ke waterpark untuk main air sampai puas-puas. Betul-betul puas gila woi ! Kitorang main sampailah ke tengah hari dan lunch disitu . Lepastu solat zohor dekat dalam themepark pula. Kali ni kitorang lenjan rollercoaster pulak . Kak Ain dorang ni memang suka jerit puas-puas bila naik rollercoaster . Hahaha . Nasib ler. Teringat dekat waterpark kitorang naik tube tu , lepastu abang yang jaga situ cakap " tekak ada lagi ke tu ? kot la tertinggal dekat atas" HAHAHA.
Kali ni banyak aktiviti yang kitorang buat sesuai untuk kanak-kanak . Meh aku nak cadang kan pada korang so that korang tak miss out dekat themepark tu . First masuk je korang belok ke kiri dan akan jumpa tempat main boat dan naik train . Settlekan yang di sebelah situ dulu . Lepastu explore lagi boleh naik tower , belajar memandu . Lepas dah settle yang tu baru fokus naik rollercoaster , dino island ( rollercoaster basah) yang ni sumpah best , lepastu pergi Ninjago , banyak lagi ... Last sekali baru korang pergi bergambar di Miniland .
Time kitorang pergi ni kan tengah tema Hari Krismas dan New Year , jadi nya kitorang kena cari 10 Gingerbread dekat Miniland .. Alaa , tak susah mana pun . Last sekali sebelum pulang , jangan lupa tengok persembahan penutup dan ade juga lucky draw tau . Eh , time tu jugak siap ada membuat cupcake menggunakan lego.
Senang cakap staycation 2 hari 1 malam aku dan diorang sangat la menyeronokkan . Alhamdulilah , dulu-dulu berangan juga nak merasa staycation dekat sini . Akhirnya 2020 menjadi kenyataan . Selamat Tahun Baru 2021 okay .. Kalau ada yang merancang nak staycation di Legoland dan beli 3 pass combo ( Sealife , Waterpark dan Themepark ) , korang tunjuk je blog ni. Hehehe.
Nak beli tiket ? www.legoland.com.my
PANTAI RAJA SEHARI DI RENGIT
LEGOLAND® Malaysia Resort Rolls Out Limited Time Offers, Giving a Boost to Domestic Travel
LEGOLAND® Malaysia Resort Rolls Out Limited Time Offers,
Giving a Boost to Domestic Travel
A chance for families to enjoy up to 60% savings on hotel and theme parks
legoland.com.my. For latest update on promotions and activities, stay connected via LEGOLAND®’s official website, Facebook and Instagram.
LEGOLAND Hotel Promotions
|
Details
|
Kids Stay & Play Free
|
Themed Room @RM820 per night + FREE Two-Day
Triple-Park Tickets for 2 children worth RM518 + Free breakfast @ Bricks
Family Restaurant for 5 pax
|
Room Only Saver
|
Themed Room at RM550 per night
(R.P: RM820 per night)
Premium Themed Room at RM700 per night
(R.P: RM940 per night)
|
Annual Pass (AP)
Offers
|
Details
|
Annual Pass Renewal Offer
|
20% off regular Annual Pass renewal price +
50% off Legoland Hotel stay voucher for 1 night**
|
AP Member Benefit:
Bring A Friend @50%
|
Bring a friend at 50% off the day ticket price
– valid for up to 4 tickets per pass holder**
|
AP Member Benefit:
LEGOLAND Hotel Room Offer
|
Get 35% off Theme/Premier rooms for pass
holder**
|
TOURISM MALAYSIA SATUKAN GENG MEDIA WILAYAH SELATAN JELAJAH KE SELANGOR
TOURISM MALAYSIA SATUKAN GENG MEDIA WILAYAH SELATAN JELAJAH KE SELANGOR
Dengan Youtuber Hazim Hamdan |
Apa yang bestnya dapat pula aku berjumpa dengan Youtuber kegemaran aku iaitu Hazim Hamdan. Memang excited betul aku pada waktu tu. Herlok betul dia gais! Opps! Hari pertama kami banyak dihabiskan dengan perjalanan dari JB ke KL dan kami perlu menyimpan banyak tenaga untuk hari seterusnya! Hari yang paling penat!
Baca juga :Trip aku ke Kelantan bersama Tourism Malaysia
Media Southern Region yang paling havoc di Sky Mirror |
Seawal jam 7 lagi kami diminta untuk berkumpul kerana perjalanan daripada KL unutk ke Kuala Selangor agak panjang. Di Kuala Selangor kami pergi menjelajah ke Sky Mirror. Wow , aku betul betul excited untuk ke sini. Untuk ke Sky Mirror ini , kami perlu menaiki bot. Apa yang perlu diberi perhatian apabila berada disini ialah kita perlu 'on time' dan jika terlambat , air akan surut dan ini menyukarkan kita untuk pulang.
Apa yang kami lakukan disini? Mengambil gambar. Korang tengok lah sendiri macam mana cantiknya gambar! Ini memang naturally legit weh! Aku punya terpegun sebabnya tak sangka ini pun boleh dijadikan tempat pelancongan serta lubuk bisnes! Hehehe. Puas bergambar , kami pulang semula ke jeti dan isi perut. Dapatlah aku bedal sebungkus nasi lemak dan aiskrim calong satu!
Bestnya masuk kampung . Semua jadi jakun! |
Ni haa naik bajak kan nama dia? |
Selepas itu , kami naik bajak ataupun orang panggil kereta panjang dan ada juga yang naik bas legend untuk bergerak ke aktiviti seterunya iaitu melawat galeri rumah lama. Seterusnya kami melakukan aktiviti menangkap ikan serta ke sawah padi. Nasib la pecah beberapa kumpulan dan wilayah selatan geng kami diminta untuk menangkap ikan. Ya ampun , aku sampai naik bosan juga lah sebab tak dapat ikan langsung. Memang orang yang menangkap ikan ni ternyata sangat penyabar.
Aktiviti kami selesai di Sungai Sireh dan sepatutnya kami bergerak untuk melihat kelip kelip di sungai Selangor tapi apakan daya kerana cuaca tidak mengizinkan. Hari kedua kami tamat di aroma ikan bakar untuk makan malam dan kami pulang semula ke Kuala Lumpur. Sebenarnya ,
wehoo , kami di Sepang |
Hai orang Johor ! Seharian ronda-ronda di Johor Bahru
Bukan itu sahaja , aku juga berpeluang melihat championship tersebut dari ruang roof top dan melihat dengan lebih dekat. Lama juga kami berada disitu sampai terlupa pula untuk pulang ke JB. Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia dan semua pihak yang terlibat. Pengalaman ini sememangnya satu dalam seribu buat aku.
Semua media daripada pelbagai negeri berkumpul |
WEEKEND DI LEGOLAND , PUAS HATI GILE DAPAT MAIN ROLLER COASTER !!
WEEKEND DI LEGOLAND , PUAS HATI GILE DAPAT MAIN ROLLER COASTER !!
legoland dan sealife kami tapau! |
lunch kami! |
Pizza ni sempena krismas promo |
minum petang kami! |
TERJAH KE 10 MALL DALAM SEHARI, PENGALAMAN SERTAI JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
TERJAH KE 10 MALL DALAM SEHARI , PENGALAMAN SERTAI JOHOR SCAVENGER HUNT 2019
Medini |
Larkin! |
Kompleks Kraf Johor |
Capital City |
B5 Street Market |
R&F Mall |
Komtar JBCC |
yeay!cantik kan medal dia |
kami sempat berjumpa dengan encik soleh! |