65/366 : DIARY OF THE DAY - 5 MAC 2016

  


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah diberikan kesempatan dan ruang oleh Yang Maha Esa untuk ain update setiap hari diary of the day . Untuk hari ini , aku nak share tentang :

  • Dulu Gemuk Sekarang Kurus !
Tadi petang aku sempat pergi ke majlis kahwin jiran dan tahu apa yang sangat mengejutkan . Pengantin itu dulu bambam sekarang dah kurus cantik gila . Dulu , ayah dia siap cakap lagi , "Anak pakcik kalau nak cari baju susah sebab tak banyak kedai jual baju big size" . Bila sekarang dah kahwin , dia dah totally transform to be a great new life . Cantik gila. Terus jadi inspirasi kepada aku ini . Yelah , aku pernah share tentang big why , iaiatu sebab yang kuat kenapa kau kena memtransformasi kan diri menjadi lebih bagus . Sebab big why yang kuat sebab akak itu nak kahwin lah dia memang totally change her lifestyle . Sumpah cantik gila . So , kepada korang , cari sedalam yang mungkin reason yang kuat kenapa kau kena jugak capai impian korang. Barulah bila ditimpa cabaran dan dugaan , korang redah je dengan tenang .



  • Antara makan dan exercise
Aku kerap kali cakap kepada diri aku , ain ingat ain .. kau nak kurus kan , bukannya exercise yang boleh ubah sangat , yang boleh ubah ialah pemakanan . Sebab peratusan yang buat kita ubah ialah pemakanan which it takes about 70-80% . Sedangkan exercise hanyalah 20-30% sahaja . Nampak tak betapa pemakanan memainkan faktor yang sangat besar dalam pembentukan badan kita . Makanya tak reti reti lagi nak belajar kawal portion dan apa yang patut kita makan ataupun tidak ? Kalau dah hari hari kau belasah nasi lemak breakfast , lunch makan nasi campur , malam konon nak diet makanlah mee sup (padahal sama je its carb) so , macam mana proses penurunan berat badan itu nak berlaku? Kalori intake satu hari pun melebih lebih , bakarnya berapa sangat je . Jadi , renung renungkan dan selamat beramal . Hahaha.


Masih lagi nak belasahhh nasi lemak sesuka hati ? Think before you Eat ! Assalamualaikum :)