Memaparkan catatan dengan label #rekomenmovie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #rekomenmovie. Papar semua catatan

REVIEW MOVIE : MOONSHOOT 2022

REVIEW MOVIE : MOONSHOOT 2022

Jarang la nak tengok movie sains fiction macam ni , tapi this movie berjaya touch my heart.. Like seriously walaupun kinda blur sebab i memang kureng sikit bab-bab jargon words ni.


Kisah ni menceritakan dua orang yang dari Bumi dan nak ke Marikh, the gurl tu nak jumpa boyfriend dia di Marikh. Untuk ke Marikh perlukan kos sehingga la the guy tu sembunyi-sembunyi masuk ke dalam rocket. Lelaki ni memang impian nya teringin nak ke Marikh tapi disebabkan tak punya wang yang banyak.


Semasa dalam perjalanan nak sampai ke Marikh tu , the guy yang sembunyi-sembunyi masuk tu menumpang duduk dalam satu bilik dengan perempuan tu..


And , finally mereka berjaya sampai ke Marikh... dan lelaki tersebut kantoi yang dia masuk bukan berbayar .. perempuan tu pula dapat berjumpa dengan boyfriend dia .


Tapii....  adakah mereka pilih untuk terus tinggal di Marikh ataupun mereka kembali ke Bumi ? 


Moon Shot . Highly recommended to watch ✨


*Probably lepas habis tgk this movie , you akan rasa bersemangat nak try achieve your dream! why not baca dulu this book ⤵️ 

buku now everyone can be influencer


Now Everyone Can Be Influencer✨ 

kisah penulis yang dari 0 akhirnya berjaya masuk ke dunia seorang influencer

📖Link buku dibawah:

https://wa.me/p/5652074214836227/60137214282


AKU PERGI FANS SCREENING EJEN ALI MUSIM 3

 
fans ejen ali

AKU PERGI FANS SCREENING EJEN ALI MUSIM 3


Halu halu halu , lama juga yer tak up kisah anak jiran . Nak dijadikan cerita , pada 2 julai 2022 , Ain dapat invitation ke GSC Cinemas di Paradigm Mall Johor Bahru . Invitation tersebut bagi menonton fans screening Ejen Ali musim 3. Haa , nama pun siri Ejen Ali kan , sudah semestinya ain angkut sekali anak anak jiran untuk menonton bersama .

The last time , kitorang pernah hang out waktu tu menonton Ejen Ali the movie . Boleh baca kisah ain bersama anak jiran di sini : Menonton Ejen Ali bersama anak jiran ! .

tiket fans screening ejen ali


Tayangan untuk fans screening bermula jam 3 petang . Fuh ! Time tu pula hari sabtu dengan penuh nya manusia di Paradigm Mall sampaikan kena parking roof top yer . Betapa ramainya. Tapi , hilang rasa penat mencari parking tu bila masuk ke hall yang rata ratanya ramai kanak - kanak . 

Betapa excited nya kanak - kanak nak tengok siri Ejen Ali untuk musim ketiga ni . Anak jiran ain pun excited yer . Diorang memang subscribe Disney+ Hot star tu ye. Kak Ain macam blur blur kejap yer , sebab tak berapa nak mengikut sangat kisah si Ejen Ali ni .

ejen ali musim 3

fans screening ejen ali musim 3



Sewaktu tayangan sedang berlangsung , anak jiran tu punya la fokus yer dan siap bisik bisik dekat kak ain diorang ni supaya kak ain tak la blur dengan watak watak baru yang muncul . Habis je tayangan ada sesi soal jawab . Siapa dapat jawab , menang hadiah . 

Hall 2 di GSC Cinemas tu kembali meriah sewaktu Q&A session tersebut . Tak nak terlepas peluang , anak jiran pun excited nak menang hadiah . Akhirnya , dapat juga jawab yer ! Yahuu dapat juga bawa balik hadiah . Bukan itu sahaja , tiket fans screening tu siap nak simpan buat kenangan yer katanya . 

ejen ali di pawagam

peminat ejen ali di johor bahru

peminat ejen ali

patung ejen ali


Boleh tengok vlog yang abang ain buat di youtube bawah ini .



Oh iya , kepada semua Ejen ejen dan peminat setia Ejen Ali , Jangan lupa untuk strim dan subscribe di Disnesy+ Hotstar

Untuk rujukan , boleh la klik pada link ini okay :

Marathon Drama Korea The Penthouse War Of Life

Sempena kita Berhari Raya Pkp ni , dah suruh duduk rumah . Kita pun bertapa je la dekat rumah . Banyak nak post cerita dekat blog ni , tapi tengah mood marathon drama korea popular ni iaitu The Penthouse War Of Life . Ain baru nak layan season pertama . 

Season pertama ni release pada tahun 2020 . Tuptup ada season dua yer . Eh , ramai pula kawan yang dah tengok drama ni cakap akan ada season 3 . Harapnya , boleh selesaikan marathon ni la ye . Sakit hati betul rasa perempuan bergaduh kan . Membawak perangai mak sampai ke anak . Pulak tu , orang kaya ni kalau marah je memang spesis hempas barang ehk ?. Emosi betul aku part baling membaling barang kalau mengamuk . 

Waktu ain menaip ni , ain tengah dalam episod 16 . Kebetulan pula tengah ABC ( Allah bagi cuti) , apa lagi bantai marathon la. Kihkihkih . 

Korang dah pernah tengok ke drama ni ?. Watak mana yang paling korang menyampah ?.