Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :
- Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat meneruskan kehidupan .
- Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .
Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha .
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)