Beli Barang Mekap Dekat Kedai Dua Ringgit


Assalamualaikum. nampak ada orang ajar makeup dekat TikTok cara nak buat kening . Katanya pensel untuk buat kening tu beli dekat kedai dua ringgit je.

Jadinya , kita pun cuba la mencari . Hehehe. Jumpa yang macam gitu je . Boleh la kita try belajar lukis kening pula. Macam ain nak bagi nampak kening tu lagi kemas je . Tak nak la cukur sampai nipis . Sebab kening kita memang dah tebal . Hahaha . Ain tak nak la nampak bersepah kening tu . 

Ain beli sekali lipstick , nampak macam kaler purple kan tapi bila dah pakai eh dia macam tak purple sangat . Ni lipmate tau tapi so far dah beberapa hari pakai ni rasa okay je best .. Ain beli juga lip balm aloe vera . Untuk bagi lembap lagi bibir ku . Sebab nampak bibir macam kering sikit lagi pula kalau tak pakai makeup kat rumah kan , dengan ada lip balm akan nampak lah bibir tu berkilat sikit 🤣

Cer tengok lipmate kaler tu.. Nampak purple ke merah ?. Ke ain yang rabun warna sebenarnya 🤣🤣🤣 Risau kadang tu .. 

Ain Makan Ape Yer 26 Ogos 2021

Assalamualaikum .. hari ni ain makan roti 2 keping dan sosej dua . 

Lepastu ain buat live di Instagram dan review spread dari PassionFood . So ain makan sekeping roti dan perisa spread chocolate serta rasa sikit yang peanut butter tu . (Makan rasa je gitu) Sebab nak control nafsu tu 🤭

Lewat petang baru nak lunch nasi putih , dan taugeh goreng , ayam masak red serta sup ayam panaskan lauk semalam . Malam pun lauk yang sama . 

Okay , lah ! Alhamdulilah . Janji makan 😍