Assalamualaikum.. Posting ni kisah sambungan daripada cerita ini Dah hari ke 20 Ramadhan baru nak ke bazar . Kisahnya adalah seketul Kak Sunah Sakura ni komen .. Kelakar gila . Tengok gambar dibawah ada tertera komen dia .
Dasyat level pemikiran Kak Sunah boleh sampai sama kan dengan harga mas kahwin . Maklum lah , harga mas kahwin dekat Johor kan RM 22.50 je ! Gitew .. Jadinya , ape kebenda makanan yang Ain beli sampai selevel dengan harga mas kahwin tuh ?. Ayuh kita scroll ke bawah untuk gambar close up ! Kihkihkihhh
Pedal 3 cucuk . Secucuk RM 1 jadi nya beli 3 cucuk , RM 3 . Kuih cara berlauk sepeket RM 2.50 , 2 peket jadi RM 5
Nasi Ayam Aisyahhoon (nasi ayam yang baru nak popular di kawasan Bandar Baru Uda ni ) Sebungkus RM 6.50 , Keow Teow Goreng dalam kawah RM 3 dan air mangga Jossago RM 5 . Menjadikan kesemuanya berjumlah RM 22.50 . Cukup lah harga mas kahwin di negeri Johor . Hahaha .
Tak apa la sekali je membeli di Bazar Ramadhan tu , untuk hari ini tak beli lagi pun . Nak kumpul duit nak kahwin. Kah! Hahahhaaha . kalau sehari RM 22.50 sepuluh hari dah RM 225 . Hahaha . (GURAU JE ! )