Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasa macam agak keletihan sedikit . Terasa macam nak tidur dah ini . Tapi teringat yang belum update diary of the day iolls . Makanya kenalah buka blog sekejap dan update . Its a must thing that I should doing it everyday! Hehhe . So far , Alhamdulilah rasa seronok dan sangat enjoy bila dah kosisten menaip diary of the day ini . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang:
- Pergi ke poslaju
Petang tadi ain ada nak buat posting sedikit , makanya singgah lah ke pejabat pos laju . Dulu post office yang dekat dengan rumah ini terima untuk guna sistem poslaju . Tapi , sekarang semua dah kena refer ke pusat pos laju . Makanya , memang setiap kali kesana mesti penuh . Alhamdulilah , petang tadi tak berapa nak ramai orang . Lepas dah settle itu , ternampak lah ada seorang chinese ini , mak oi rasanya 5 beg besar jugak dia hantar untuk buat posting . 5 beg besar yang boleh isi banyak parcel . Entah entah 100 lebih parcel dia posting . Akak yang jaga kaunter itu siap dah kenal dia dah "boy , hari ini banyak tak?" . Fuhh , respect lah dekat chinese itu . Simple je pakaian dia . Hehehe.
- Cipta resepi sendiri !
Semenjak aku tengah dalam proses kurus mengurus ini , aku banyak cipta resepi sendiri . Hahaha . Yelah , setiap bahan bahan yang diletak kena lah tahu kan sesuai ke tidak . Aku ada satu resepi ini , simple dan healthy okay ! Tak payah nak tergedik gedik pergi goreng sampai nak kena minyak panas bagai . Hahaha . Aku bagi nama Resepi Pemalas Tapi Sihat . Hahahha . Bahan bahan dia simple je , ayam , kicap , serbuk cili , seasoning . Settle ! Gaul gaulkannya dengan ayam itu . Masuk dalam mikrowave about 7 minutes settle ! Sumpah sedap . Macam ayam tandoori pun ye jugak . Normally aku akan makan dengan sayur yang raw sebab malas lah nak tumis bagai . Lagipun , mission aku ialah untuk kurangkan garam , gula , minyak , lemak . Alhamdulilah , gula dan lemak aku dah banyak kurangkan sebab aku dah membiasakan diri makan ayam dada serta i have strictly to say no pada kulit ayam. Untuk kurangkan gula pula , untuk sekarang ini aku banyak minum air masak . So , dua dah settle tinggal lagi garam dan minyak . Macam mana nak selesaikan masalah ini ? Masak guna mikrowave . Secara tak langsung penggunaan minyak dapat dikurangkan . Bukan itu sahaja , resepi ayam pemalas aku ini siap masak , aku boleh nampak kot dalam ayam itu sendiri dah ada minyak . Jadinya , always love your body! Takkan lah hari hari nak belasah nasi lemak ayam tight kan! Hahaha .
Cukuplah cerita aku untuk hari ini . Assalamualaikum :)