OLE OLE DI JOHOR

melawat kompleks kraf johor

OLE OLE DI JOHOR

Selalu sangat orang bertanya , mana nak beli ole ole buah tangan dekat JB kan. Aku selalu jawab , tunggu jelah waktu malam di bazar karat. Hahaha. Kadang-kadang orang malas nak bersesak sesak ke situ. Lagi pulak nak tunggu waktu malam kan , mungkin waktu tu nak berehat atau pun nak food hunting ke. Jadinya , aku nak cadangkan satu tempat ni yang korang boleh cari pelbagai ole ole Johor.

Tempat ini diberi nama Kompleks Kraf Johor. Kompleks Kraf Johor ini merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan berkonsepkan ikonik seni dan budaya tempatan di selatan tanah air. Sebagai hub-pemasaran utama produk kraf tempatan , kompleks ini membawa pendekatan 'alami dan rasai' yang mana ianya membawa konsep penghayatan , pengalaman dan perkongsian.

gabus johor

kompang johor

seni johor



Kalau korang masuk ke sini , korang akan nampak seni binanya yang berbumbung Limas ala resort. Kompleks ini dikatakan sebagai centre untuk korang yang nak cari ole-ole berasaskan negeri Johor. Antara ole ole nya ialah batik , produk anyaman , seramik , aksesori perhiasan diri , produk tenunan , key chain  , fridge magnet dan patung wayang kulit. 

baju johor

batu seremban johor

key chain johor

OLE OLE DI JOHOR

seni kraf johor

visit johor



Disini bukan sahaja hanya menjual ole ole , tetapi kita juga boleh mempelajari kebudayaan Johor seperti persembahan muzikal , interaktif kraf , persembahan kebudayaan , bengkel dan kolokium, demonstrasi kraf serta aktiviti lawatan berpandu kumpulan. Pengunjung yang datang ke sini dapat melihat proses penghasilan alat muzik seperti gambus , kompang , angklung , kempling dan gamelan.Ini secara tidak langsung memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk bermain alat muzik tradisional negeri Johor.



Sebagai pelengkap sebuah destinasi pelancongan , Kompleks Kraf Johor ini juga turut menghidangkan pelbagai sajian makanan tradisional negeri Johor seperti Mee Bandung Muar , Laksa Johor , Otak-otak dan pepes. Membawa tema "rasai dan alami" , pengujung juga berpeluang memasak dan membuat sendiri makanan tradisional Johor seperti tempe dan kuih muih tradisional.

Jadi, kalau tak tahu mana nak cari ole ole Johor di Johor Bahru , boleh la berkunjung ke sini.

angklung johor



Kompleks Kraf Johor
Jalan Cenderasari 
80350 Larkin
Johor Bahru

Telefon : 07-2350433 Faks: 07-2350432
Email : craftjohor@kraftangan.gov.my

SEHARIAN RONDA RONDA DI JOHOR BAHRU

Image may contain: 13 people, including Syed Mohd Shahmi and Nur Farahain, people smiling, people standing and indoor

SEHARIAN RONDA RONDA DI JOHOR BAHRU

Aku ni nama je orang JB , tapi kalau diberi peluang memang lah rasa seronok kalau dapat ronda -ronda. Feel dia langsung tak sama dengan kita sendiri yang memandu untuk ke satu tempat tersebut. Jadinya , pada 23 September aku rasa puas gila meronda-ronda. Terima kasih team Tourism Malaysia kerana memberi peluang ini kepada saya! Happy sangat. Padahal pusing dalam JB je pun!

Kami berkumpul di Holiday Villa Hotel pada pagi tersebut dan terus ke Kompleks Kraf Johor. Kompleks Kraf Johor alahai dekat betul dengan rumah aku. Tapi malang sekali tak pernah langsung masuk. Hahaha. Baru lah aku tahu yang dekat sini rupanya boleh cari souvenir Johor. Selalu juga kawan-kawan aku yang turun ke JB tanya dekat mana nak cari souvenir Johor , rupa-rupanya ada dekat sini. Bukan itu sahaja , mereka yang berkunjung ke sini berpeluang untuk mengetahui secara lebih mendalam tentang alat muzik traditional yang selalu digunakan oleh anak seni Johor. Apa yang pasti , aku sebagai anak Johor ni pasti mahu ingin datang ke sini lagi. Hehehehe. Sebab aku memang suka kan kebudayaan dan kesenian.
Image may contain: 8 people, including Jannah Jj and Nooramalina Mansor, people smiling, people standing
Aktiviti ronda-ronda kami dteruskan ke Medini ala yang ade Legoland tuhhh.. Tapi kali ini aku ke Sealife dan Vrinity. Sealife tu masuk kali ni dah ketiga aku melawat ikan ikan kat situ. Boleh refer dekat video igtv tu okay. Vrinity pula dekat je dalam medini mall tu. Haa , yang ni entertainment terbaru di sini. Apa yang best? Dapat main games secara VR. Sempat aku berlawan badminton secara vr. Kita ni kalau main badminton acah-acah semua nak bergerak dan kalau nak smash tuh paling bersungguh , tapi dengan VR ni tak payah nak beria sangat. HAHAHA. game tembak-tembak pun best jugak! Fuh seronok gila rasa bila dapat tembak orang tapi paling geram kalau kena tembak. HAHAHA. Kalau yang memang minat vr boleh lah datang ke sini. Vrinity yang terletak di Medini.
Dah penat-penat ber vr , seterusnya kami ke emperor cinemas yang terletak di rnf mall. Aku pun pernah share tentang panggung wayang ni di sini. Mohon tengok hari kelam kabut aku pada waktu tu. Hahaha. Tapi , kali ini aku berpeluang menyaksikan filem Rambo. Mak oi , violent giler movie nie. Selepas itu , kami ke sales gallery rnf mall kerana ada event disitu. Habis je event , kami pun balik dan check in di hotel Holiday Villa Johor Bahru.
Image may contain: 10 people, including Syed Mohd Shahmi, Nur Farahain, Serene Impresario and Jannah Jj, people smiling, people standing
Image may contain: 9 people, including Nur Farahain, Jannah Jj and Syed Mohd Shahmi, people smiling, people standing
Terima kasih Tourism Malaysia kerana memberi aku staycation di hotel ni. Kita ni walaupun duduk je di JB , tapi mesti juga nak merasa check in hotel yang dekat dekat kan. Keesokkannya , kami menghadiri program Travel Mart. Boleh rujuk disini untuk maklumat lanjut tentang program travel mart yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. All above all , aku memang sangat suka fam media trip macam gini. Walaupun penat tapi tetap rasa puas hati.

TRAVEL MART DI JOHOR BAHRU

tourism malaysia travel mart

PROGRAM TOURISM MALAYSIA TRAVEL MART @ JB DAN SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN BERSEMPENA PELANCARAN VM2020 PERINGKAT NEGERI JOHOR


JOHOR BAHRU, 24 September 2019 - Seiringan dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) , Tourism Malaysia Travel @ JB dan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Bersempena Pelancaran VM2020 Peringkat Negeri Johor. Ini merupakan salah satu program pelancongan domestik yang dianjurkan khas untuk mendapat kerjasama beberapa pengusaha industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan , Seni & Budaya Malaysia , MATTA , penguasaha hotel dan produk pelancongan bagi menetapkan penawaran harga ketika off-peak season agar kadar permintaan akan lebih rancak sepanjang kempen tersebut.

Program anjuran Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan telah mewujudkan satu platform yang baik untuk mengumpulkan para penggiat industri pelancongan di Johor bagi menyampaikan hala tuju dan merangka pelan tindakan pelancongan di Johor Bahru khususnya dan di negeri Johor secara amnya. Konsep yang digunakan adalah berbentuk taklimat dan mini travel mart antara penggiat industri pelancongan dari dalam (seller) dan luar (buyer) negeri Johor untuk saling bertukar pendapat dalam menyumbang ke arah pertumbuhan positif industri pelancongan tempatan.
tourism malaysia travel mart
Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan dan mencapai halatuju yang sama dalam meningkatkan promosi serta menggalakkan kedatangan pelancong ke negeri Johor serta menjalinkan kerjasama pintar antara penggiat industri pelancongan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan , badan-badan korporat , agensi-agensi pelancongan serta Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga Swasta.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Cik Liow Cai Tung , Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan , Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor bertempat di Grand Ballroom , Holiday Villa Johor Bahru.
tourism malaysia travel mart

PUJUK DIRI SENDIRI

tengokkk lah msj aku hntr kt kwn aku

PUJUK DIRI SENDIRI


Allahuakbar.. beberapa hari  lepas sebenarnya aku demam teruk. Selsema dan kepala berat sangat. Sampai memang lesu sangat. Arghh, sudah! Aku sebenarnya tak suka kalau tengah demam. Aku tahu ni mesti melarat lama. Aku kalau demam memang lama sebabnya aku jarang sakit. Sekali sakit tu datang, huwaaa sedih sangat.

Time tu lah aku rasa perangai “clingy” ataupun perangai mengada-ngada aku ni datang. Waktu ni lah aku teringat arwah ibu aku. Dia je yang boleh faham aku. Dia je yang kalau aku sakit sanggup pujuk aku suruh makan. Dia tahu aku susah nak mampus makan ubat. Dia tak paksa aku makan ubat. Dia tahu aku punya cara heal demam tu.

Cara dia ialah tidur. Dan dia tahu waktu tu lah aku mengada fikir sebanyak tidak nak makan ape. Sebab waktu ni lah selera makan langsung takde. Tapi, dia je yang boleh tanya “Princess ibu ni nak makan ape?” “Nah ibu buatkan milo panas”.  😭 Alahai , sedihnya kalau diingat kembali.

Waktu sakit tu lah aku teringat semua ni. Tapi, sekarang... semuanya kena sendiri. Pujuk diri sendiri. Nak makan ape kena tanya tekak sendiri. Sadis giler rasa. Gais! I dont try to seek attention from people. Aku cuma nak kongsi.

Aku rasa, that the best heal.. Bila kita dapat cakap kita sakit, dan ade orang cakap “take care” . Dah pergi rehat. As simple as that. Itu je sebenarnya yang aku nak. Hahaha.
Untunglah yang masih ada mak tu.

Cuba tengok betapa risaunya mak kita bila anak dia tak sihat. Dia sanggup tak cukup tidur, sanggup masak kan untuk kita.

By the way, terima kasih kepada orang sekeliling yang sudi ambil berat pasal aku. Aku sangat hargai.  Insyallah, i’m getting better now. 😍 Mungkin ni sebab demam jerebu kot. Hahahah 😂


SENYUMAN LELAKI ITU

Gambar sekadar hiasan sebab minat kamal adli😅


SENYUMAN LELAKI ITU


Aku teringat pada senyuman dia. Senyuman yang aku rasa wow, “cute jugak mamat ni ehk” hahaha. (okay ini cerita zaman dulu dulu okay) Tolong faham si pencerita yang bernama Farahain ni dia spesis susah nak lupa moment-moment indah.

Kisah throwback yer! Mohon jangan tanya lebih lebih. hahahahaha

Masa tu sekitar tahun 2009-2010 gitu. Waktu tu lepas habis SPM. Lepastu pulak aku masuk matrik. Aku dah nekad lepas aku habis SPM aku nak pakai contact lens. Sebab aku dah jemu pakai cermin mata. Dan ...

Aku pergi lah ke satu kedai cermin mata dekat Plaza Angsana JB ni. Dekat kedai tu lah aku beli cermin mata dan belajar pakai contact lens sekali. Mula-mula tu dekat satu jam lebih belajar nak masukkan sebijik lens je. Hahahah. Arwah ibu setia je teman princess dia ni.

Masa tu la aku jumpa mamat ni. Mamat ni kerja dekat Dunkin Donuts sebelah je kedai cermin mata tu. Setiap kali aku lalu , aku selalu nampak mamat tu. Mesti dia tak putus-putus bagi senyuman dia.    Dia senyum mungkin sebab dia nak suruh aku beli donut tu kot  mungkin dia memang senyum sebab tengah kerja. Ataupun mungkin dia senyum sebab aku! (okay , ni sumpah perasan nak mampus) . Tak yah risau. Mamat tu budak sekolah aku jugak! Hahahaha. Sebab tu aku acah-acah perasan masa tu.

Tapi, masa tu aku buat muka sombong nak mampus aku tu dekat dia. Macam pura-pura tak nampak dia pun aku pernah buat. Hahaha. POYO lah kau Ain. At the end, aku rasa sampai sekarang aku masih ingat senyuman tu.

Cute giler rasa bila tengok mamat tu senyum. Hahaha. Kitorang ade je contact dekat Instagram tu... Mamat tu pun antara manusia yang baca blog akuainkausiapa ni😂... Boleh tak kalau nak tengok senyuman dia hari hari ?  (kalau awak baca ni, tolong bagi jawapan untuk soalan tu yer) 😜

KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

akuainkausiapa
gambar tiada kaitan di dalam ini tajuk. HAHAHA

KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

Lately ni aku memang TAK BUKAK BLOG LANGSUNG. Bila dah tak bukak, mana nya sempat nak terjah blogwalking blog blog kawan yang lain. Pada waktu sekarang ni , aku perlukan masa. Masa yang boleh mengatur semuanya.

Kenapa sampai jadi macam gini?! . Sejujurnya , sejenis aku yang kalau meluahkan segalanya bukan dalam bentuk penulisan tetapi dengan percakapan . Aku tak suka menulis di dalam keadaan yang aku sendiri menyampah terhadap diri sendiri. Gila complicated ayat kau Ain!! HAHAHA.

Iya, sebab itu lah tajuk aku pun kerana tajamnya sebuah pena. Pilihan yang terbaik untuk sekarang ini ialah dengan berdiam . Berdiam tidak semestinya kita benci kan pada sesuatu perkara.

Kita kadang begitu seronok menulis sampai kita tak sedar “judgemental” orang pada kita. Sebabnya, bila menulis . cara membaca adalah sangat berbeza dari setiap individu. Sebab tu aku lebih suka bercakap.

Atas sebab ini lah , aku tidaklah menghilangkan diri sebagai blogger, cumanya rehat. Hahaha. Aku sekarang banyak buat video. I love to talk! Rasa macam nikmat gila bila dapat bercakap banyak banyak setiap hari.

*nota pesan , kau orang jangan jelos nampak orang tu selalu gelak je manjang.. tapi kau orang kena juga tahu yang semakin kuat gelak seseorang tu, semakin banyak kesedihan yang dia cuba sorokkan. Tetapi , dia pilih untuk rasa bahagia. Bahagia dengan tertawa.

pssst; kbye, nak edit video. By the way , terima kasih kerana dengan sebuah blog ini dapat membawa seketul Farahain setapak kehadapan. Saya dah siap satu video ni .. Jom lah tengok!