SELAMAT HARI RAYA YANG KELAM KABUT UNTUK TAHUN 2022

SELAMAT HARI RAYA YANG KELAM KABUT UNTUK TAHUN 2022 | Kihkihkihkih , hahahaha . Itu yang mampu buat aku tergelak untuk hari raya pada tahun ini . Mana tak nya , semua memang dah ingat raya hari selasa tapi raya awal sehari jadi hari esok pula.

hari raya 2022


Tapi , untuk tahun ni bijak perancangan ain . Ain gerak dari Johor Bahru selepas subuh dan masuk ke highway . Yahuu , tol percuma . Trafik sepanjang perjalanan lancar cumanya banyak kereta la . Tahun ni ain beraya di Kajang. Memang dalam kepala otak ni dah set nak gerak dua hari sebelum hari . Tahu tahu raya awal sehari eh !


Alhamdulilah , ain selamat tiba di Kajang seawal jam 9 :30 pagi . Siap boleh relaks dan santai . Petang sebelum asar siap dah gosok baju hari raya pertama sampai hari raya ketiga . Masin mulut makcik makcik yang forward mesej dekat whatsapp "raya hari isnin , harap standby awal" .

tol percuma raya 2022


Haa , sekali pukul 8 tadi tengok pengumuman , haaa , kelam kabut semua , HAHAHAHA . Mana yang tak siap apa tu , kesiannya . Mana yang baru nak bergerak ke kampung tu , alahai kesiannya . Ain doakan semoga semuanya dipermudahkan .


pengumuman raya 2022


Apa yang penting , kita raya seadanya okay ! Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin .