Assalamualaikum . dasyat tajuk kita pada hari ini yer . Kihkihkih . Kisah nya ain dengan ain abang ain jenis hantu mee sizling . Kalau pergi ke food court Giant mesti akan order mee sizling . Padahal nak makan nya memerlukan kesabaran sebab panas . Silap haribulan boleh melecur lidah . Hahahaha . Tapi tu lah dah memang favourite kan .
Cerita kejadian ni boleh berlaku sebab jiran bagi yee mee ni . Dia cakap goreng sedap . Aku pula terasa nak mencuba buat sendiri mee sizling walaupun tak ada pan panas tu . Guna je la apa yang ada . Terkial -kial juga nak buat mula - mula.
Lalu ain pun mencedok resepi dari blog kak Seri . Link nya disini . Resepi Mee Sizling . Cuma nya ain kurang bahan Kah! Spesis Ain ni jenis tak cukup bahan tak pe , janji masak ! Giteww . Maka terhasil lah mee sizling hasil air tangan sendiri .
Rasa bangga juga la sebab ni first time buat . Alhamdulilah , kenyang perut berbuka tadi . Masak kan sekali jemput - jemput dan sos pencicah buat sendiri (letak lemon) je dan buah epal . Cukup la juadah berbuka tu! Yang penting bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi . Diberi kesempatan masa dan tenaga untuk memasak pun dah bersyukur.
Itu sahaja kisah memasak saya pada hari ini ! Wah ! Nak tahu lebih banyak lagi tentang kisah masakan?. Klik sini .. Awak Makan Ape