Nak Bisnes Tapi Tak Tau Dapat Untung !


Ahaaa , i bet most of the reader yang baca entri ni mesti antara mereka yang Nak Bisnes ! Tapi tu lah , ragu ragu boleh dapat untung ke ? "Orang nak beli produk atau guna servis aku ke ? " "Aku nampak bisnes online macam boleh senang je dapat untung , aku nak try buat lah jugak " . "Eh , macam best je orang tu buka kedai makan , nak buka juga la" . Tapi nanti dulu , setiap apa yang kita buat , perkara pertama yang kita kena buat ialah MERANCANG . Kalau main cakap cakap mulut , alaa , boleh je aku meniaga , apa lah sangat kan . Janji ada orang nak beli . Haa , tu yang lama lama jadi kelaut . Sebab apa ? Sebab apa yang kita buat ini , kita kena jadi perancang yang bijak .

Selain dari merancang , kita juga boleh menjadi "mat jenin" sekejap . Tak salah kan kalau kita berangan , pasang angan-angan , dan ini membawa kita lebih kepada VISUAL tentang apa yang kita buat . Kalau anda sendiri tak dapat bayangkan macam mana anda nak capai apa yang anda mahukan . Contoh disini , anda nak makan .. "Eh petang petang sedap kalau beli pisang goreng cicah sambal kicap , nak pergi beli tapi ingat ingat lupa pula dekat mana , lalu tanya orang yang tau , orang tu pun bagi arahan dan kita pon bayangkan jalan mana nak lalu untuk sampai . Terbayang punya bayang , akhirnya sampai juga" . Kalau anda tak tahu jalan mana nak lalu , anda mungkin sesat dan ini lebih kepada konsep merancang . Kita rancang jalan mana yang kita mahu pergi dan macam mana kita boleh tahu jalan tersebut daripada orang yang kita tanya ? Disitu lah konsep visual dimana kita berimaginasi dengan destinasi yang kita nak tuju" .

Contoh lain , jika kita nak berbisnes online , kita kena rancang nak meniaga produk apa , nak dapatkan produk dari mana bukan pakai main hembus je . Kalau kita main hentam je haaa tu yang kelaut last last guna sendiri produk tu . Hahaha. Maaf , dulu ain pun macam gitu juga . Ramai antara kita , nampak macam boleh cepat kaya je buat bisnes tu terus setuju nak meniaga tanpa merancang and berimaginasi , 3 bulan akan datang , income aku dapat berapa banyak , macam mana nak kembangkan lagi bisnes .

Disebalik kita kena bijak menjadi perancang dan "mat jenin" yang bagus , nak bisnes ni kena ada ILMU . Ya , kena ada ilmu dalam bisnes tersebut . Contohnya , kita nak jual tudung . Buat la sedikit research . Ahaa , ingat bebudak universiti je ke buat research thesis semua tu , kita nak meniaga pun kena buat penyelidikan juga . Nak jual tudung , makanya buatlah sesi google menggoggle tentang bisnes tudung yang dah sedia ada . Tengok macam mana cara mereka mereka mempromosikan tudung sebagai contoh untuk kita apply kan dalam bisnes kita nanti . Satu lagi , kalau kita nak sukses dalam bisnes tersebut , kita kena la belajar dari mereka yang dah sedia ada berjaya dalam bidang tu . Contoh nya , kita tak pandai matematik , maka kita mesti berusaha cari kawan kawan atau pergi tusyen matematik . Sama juga dunia bisnes ni .

Bukan itu juga , nak bisnes ni , kita kena tahu pasal MARKETING . Kan selalu orang sembang "kau kena pandai market kan produk kau ni baru orang nak beli" . Jadinya , ilmu pemasaran ni juga penting dalam dunia perniagaan . Banyak sebenarnya elemen elemen lain yang kita perlu tau nak hidup dalam dunia bisnes , kiranya pemasaran ni is a part of it .

Alaa , nak kena cari ilmu marketing pula . Adoi , macam gini tahun bila aku nak start meniaga ? Hahaha . Jangan risau , anda yang membaca ni sebenarnya dah membuka ruang dan peluang nak tahu cara , ilmu dan bagaimana yang dikata kan pemasaran . Ketahuilah betapa penting nya strategi yang bagus untuk anda pasarkan bisnes anda .

Well , hello people ! Saya sedia membantu anda dengan ilmu pemasaran saya . Ramai kata , kos pemasaran ni sebenarnya tinggi , banyak , tapi kalau kita kreatif dalam konsep pemasaran yang digunakan , kita sendiri akan nampak jauh mana bisnes kita boleh pergi . Hohohoho..

Jangan cakap saya sembang kosong kalau anda belum nampak "the art of marketing in business" . Bisnes pun macam kita belajar pendidikan seni . Contoh melukis . Kita nak lukis gambar sawah padi ada gunung ganang secara real , makanya kita mesti cari lokasi atau gambar apa yang kita nak lukis . Dah skecthing semua mesti nak warna kan . Nah , pemilihan warna tu lah merangkumi elemen elemen dalam bisnes macam yang saya beritahu awal awal tu .

psst : anda juga boleh juga dapatkan ilmu MARKETING anda dengan membeli buku . KLIK SINI

-NF-
akuainkausiapa.blogspot.com
farahain8291@yahoo.com.my