Dah Berapa Kali Dah Ni Makan Nasi Daging Merah

 

nasi putih daging merah

Assalamualaikum . Lately ni dah jarang masak di rumah sebab badan tak larat sangat , memang jawab nya masa banyak habis mencari makan di luar la . Tak best nya duit mengalir keluar kemain banyak ehk . Ain jarang makan luar , tapi sebab memang tak larat nak memasak nak tak nak perut kena isi juga dengan makanan kan . Pusing punya pusing kemain lama sebab nak mencari makanan je .

Semalam pun beli makanan di luar . Menu nya nasi putih daging merah . Mengecewakan yer! Tak sedap langsung . Terasa sedih pula sebab bukannya daging merah yang ku rasai tapi lebih kepada daging sos je . Hahaha. Hampa terasa di hati . 

Untuk hari ini pun menu makan malam masih sama . Entah kenapa la ehk tekak nak sangat nasi putih daging merah . Hari ini punya menu seperti dalam gambar . Boleh tahan la dari semalam. Ni makan di warung yang terletak di Kampung Melayu . Kalau bagi markah dengan keadaan perut yang terasa lapar boleh la lepas 6/10 . Hahaha .

Orang orang JB , kat mana ehk kedai yang ada jual nasi putih daging merah yang sedap ? Hmm...

Tak Ada Astro Nak Layan Drama? Takpe..Boleh je tonton di Sooka

website sooka

Assalamualaikum . Hampir seminggu juga la ain tak sihat . Memang lemah je badan tak bermaya . Ubatnya memang berehat la kan . Mungkin badan terlampau penat sangat kan . Tapi , berehat je dekat rumah memang teramat la bosan sangat . Bosan sangat sebab ain ni jenis aktif . Mesti nak kena buat aktiviti juga supaya nak elak rasa bosan ni .

Bila tak sihat ni , otak jadi jem nak buat kerja apa pun tak boleh . Kena rehat kan ! Jadi rehatkan otak dengan marathon drama . Fikir punya fikir nak melayan drama apa kan sebab rasanya dah lama tak melayan drama melayu . Tv dekat rumah tu dah jadi perhiasan je . Terbuka pun kalau ada ramai orang di rumah kalau tak memang tertutup la . 

setelah terlafaznya akad


Cari punya cari nak melayan drama apa , teringat pula drama Setelah Terlafaznya Akad . Drama lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose . Memandangkan nama mereka ini tengah hangat sebab baru berkahwin , jadi nya ain pun cari la  full drama . By the way , ain sebenarnya dah pernah marathon dah drama ni  . Bukan sekali yer tapi dah berkali - kali juga . Hahahaha . Bukan itu sahaja , ain ni memang minat dekat Kamal Adli ni . hehehe.

Dulu , kita main masuk je website yang entah apa - apa (cetak rompak). Tapi , kali ini ain tengok di Sooka . Mula -mula ingat kena install apps je eh rupanya boleh juga tengok melalui web (kalau nak tengok dari laptop atau komputer)

Free ke berbayar? Ada yang free ada yang kena bayar . Macam drama Setelah Terlafaznya Akad ni secara percuma je ain tengok .

Okay la dapat menghilangkan rasa bosan dan melayan badan yang tengah tak sihat ni kan . 


website : sooka

Hello 2022 !

she is farahain 2022


Assalamualaikum 2022 . Baru hari ini berkesempatan say hello to my blog ! Hehehe . Lama juga sepi . Senyap . Entahla , sejujurnya terlalu banyak cerita yang mahu dituliskan , cuma tu la . Lately ni , I'm super duper silent ! Memang cakap hanya perlu je .

Hari ini baru buka semula blog . Sebulan lebih juga yer menjauh dari blog , jauh dari menulis , jauh dari membaca blog orang . Lebih banyak menyendiri .. Go with the flow . Tapi , marilah ain senaraikan beberapa perkara yang patut ain syukuri sebagai pembukaan tahun 2022.

Alhamdulilah , dapat laptop baru . Laptop memang spec cun melecun . Kegunaan lebih banyak kepada edit video sebabnya nak edit video kena guna spec yang laju . Kalau lembab dan graphic card pun alahai memang jawab nya tak kemana lah kita ehk . Bersyukur sangat dapat laptop tu. Semoga lebih banyak rezeki Allah yang akan mendatang selepas ini .

Keduanya , ain baru balik dari Sabah . Dua minggu dekat sana! Banyak cerita nak cerita tapi entahla , lately ni banyak menjauh dari social media . Posting di social media untuk brand Saya Di Johor tu pun ain dah schedule sebelum terbang ke Sabah lagi .

Memang auto mood kelaut gila sekarang ni . *There something really hit my feelings . but choose to be silent!

Bulan Februari sedang menanti . Bulan kelahiran ain. Semoga Allah terus melimpahkan rezekiNya yang berkat , mendapat rahmatNya dan BahagiaNya . 


*Doakan ain lebih bahagia!