GENG JDT BLOGGER BERAYA ! #JDTBLOGGER

Selamat Hari Raya Ain ucapkan kepada semua umat Islam yang menyambut. Korang puasa penuh ke tidak? Hahaha. Yang perempuan tu boleh la bagi alasan kukuh tapi yang lelaki tu, haa tak baik menipu. Okay, hari Ahad semalam Blogger Uyul whatsapp Ain ajak beraya ke rumah geng-geng JDT Blogger yang lain. Hashtag bile geng-geng bujang terjah rumah mak-mak. Hahaha.

Ain pula ON je. Kebetulan tengah free dan bila lagi nak beraya kan. Uyul bagi location dan rumah pertama kitorang terjah ialah rumah Kak Dilah . Ain baru je sebenarnya kenal dengan Kak Dila ni. First time jumpa masa photoshoot raya.  So beraya ni kali kedua la jumpa kak Dila. Banyak juga Ain bedal kuih raya sebab kat rumah sendiri tak ada stok kuih raya. Kata bujang kan. Hahahaha. Oh, ni blog Kak Dila . Ni pula blog Uyul





Kitorang datang sekejap je, sambil dok makan kuih raya tu dok bincang siap buka waze , google maps lagi dari rumah kak Dila nak ke rumah kak Hernee. Yela, dekat JB ini hari ahad dah start kerja. So, waze punya waze sampai juga rumah kak Hernee. Malu pula rasa sampai tepat-tepat azan Magrib. Hahaha. Kak Hernee boleh pula nyempat masak bihun soto kan. Apa lagi makan la. Oh , ni blog kak Hernee .



Lepas ni kita nak terjah rumah JDT Blogger yang mana pula yer? Hahaha. #JDTBlogger .

The Empire Studio - Photoshoot Raya Murah Johor Bahru


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira...




Ain rasa seronok untuk hari raya pada tahun ini. Sebabnya this is the first time siap ada photoshoot dekat studio lagi. The last time rasanya formal photoshoot ni masa konvo la. Hahaha. Jadi, tahun 2018 menjadi satu hari raya yang akan best untuk ain. 
Gambar ni tak edit langsung ni baru take yang ketiga dah cantik kan.

Alhamdulilah, ain bersama dengan geng-geng JDT Blogger diberikan peluang untuk fefeling photoshoot raya di The Empire Studio yang terletak di Bandar Baru UDA Johor Bahru. Sumpah, meriah teruk sampai tak sedar dah shoot sampai beratus kali. Hahaha.
"ye aku memang adik yang jenis keras kepala..
lepas ni aku dah tak nak jadi adik derhaka dah"
-kata Ain kepada abangnya.

Photographer dia sangat best dan sporting. Ain cakaplah nak shoot dengan abang Ain sekali dan nak gambar yang seorang-seorang. Dia cakap boleh. Siap ajar lagi macam mana nak posing. Bukan itu sahaja, photographer dia lelaki siap cakap lagi kat Ain , "kalau saya ni yang lembut-lembut dah siap betulkan dah kain dan baju awak tu.."Hahaha.
Nak pi beraya mana kita ni sekarang?

Dekat studio ni juga sangat selesa. Biasala kalau yang tak biasa photoshoot dekat studio mesti rasa kekok dan malu nak posing kan. Tak apa, korang ketepikan semua itu. Sebab korang akan mendapat layanan yang sangat best dari photographer. Memang tiptop dan sangat professional.
ni bukan cumi cumi , tapi ni duit duit duitt bagi lah aku duit woi.


sebenarnya aku tak reti pun bawak basikal


Jadi gais, Ain nak shout out kepada semua geng #TeamRayaJohor terutamanya yang berada di sekitar Johor Bahru, meriahkan dan raikanlah hari raya bersama dengan keluarga serta orang yang tersayang di The Empire Studio. Cepat-cepat booking slot korang sebab studio ini memang selalu fully book. Studio ni betul-betul atas kedai makan Eat & Repeat berdekatan dengan Mydin Bandar Baru UDA.



Ni pula dengan geng-geng JDT Blogger.






THE EMPIRE STUDIO

Alamat : No. 58-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor.

Instagram: @theempirestudio


Whatsapp: +60137008889

ROYALE RAYA DI PARADIGM MALL JOHOR BAHRU


Johor Bahru, 8 Jun 2018 : Pusat membeli-belah terbesar di Johor, Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) , mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama merayakan Hari Raya pertama mereka dengan tema kilauan emas yang mengingatkan kita tentang suasana di istana-istana Timur Tengah.

Kempen 'Royale Raya' ini sudah pun bermula pada 17 Mei 2018 yang lalu dan akan berterusan hingga 1 Julai 2018. Sepanjang tempoh ini, para pengunjung dapat menikmati suasana cantik dan indah, sama seperti berada di istana diraja. Seluruh pusat membeli-belah akan bermandikan hiasan emas dan pelbagai motif geometri. Sebaik sahaja mereka memasuki pusat membeli-belah ini, mereka akan segera mengalami suasana persis sebuah istana bangsawan yang mempesonakan.

Cik Selena Chua, Ketua Pengawai Eksekutif-WCT Malls, berkata, "Oleh kerana ini pertama kami menyambut Hari Raya di Johor Bahru, kami ingin mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan khas untuk para pengunjung kami. Maka, dari situ, tercetuslah idea untuk mengubah Paradigm Mall Johor Bahru ini kepada sebuah istana raja dengan tema keemasan. Bagi kami, para pelanggan kami adalah faktor paling penting, jadi kami ingin meraikan mereka seperti kerabat diraja dan Hari Raya ini adalah masa terbaik untuk melakukannya."

Bagi merancakkan lagi suasana Hari Raya, Paradigm JB akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik dan menyoronokkan, di mana kesemua permainan ini berlatarkan kebudayaan dan tradisional kaum Melayu. Pengunjung ke pusat membeli-belah ini akan berpeluang mengambil bahagian dalam permainan tradisional seperti 'Pertandingan Royale Congkak' dan Bengkel Membuat Batu Seremban yang popular suatu ketika dulu.

"Selain aktiviti-aktiviti yang menarik, para pengunjung juga akan berpeluang menyertai pertandingan 'Baju Raya Lip Lap', yang terbuka kepada semua. Terdapat juga pertandingan 'Royale Sireh Junjung Paling Kreatif' bagi mereka yang berminat. Menerusi peraduan ini, para pengunjung dapat mempamerkan hasil tangan mereka yang unik dan imajinatif. Semua aktiviti ini akan diadakan di Aras G, Paradigm JB."

"Dengan semua aktiviti-aktiviti ini serta pelbagai barangan yang terdapat di kedai-kedai di seluruh pusat membeli-belah ini, para pengujung Paradigm JB pasti akan dapat mengalami suasana Royale Raya yang belum pernah mereka alami sebelum ini," tambah Chua.

Walau bagaimanapun, keseronokan tidak berhenti di sini, para pengunjung juga akan berpeluang menyertai beberapa bengkel kraftangan termasuk bengkel mengenai cara membuat kad raya 'pop-up' yang rumit. Terdapat juga bengkel dimana mereka akan diajar bagaimana untuk menghias kuih raya, membuat balang kuih kreatif dan juga melukis Batik yang cantik.

Di samping itu, Paradigm JB akan menampilkan beberapa persembahan seperti 'Persembahan Wayang Kulit Tradisional' dan persembahan 'Ghazal' dan Tarian Melayu Inang. Semua ini pasti akan menjadi sesi berhibur sambil belajar yang pasti akan memperkayakan ilmu para pengunjung, terutama golongan kanak-kanak yang tidak pernah melihat persembahan tradisional seperti ini.


Selain itu, terdapat juga persembahan lain seperti 'Tarian Zapin Tradisional', tarian yang berasal dari Negeri Johor serta persembahan 'Angklung'. Angklung merupakan alat muzik yang berasal dari Indonesia. Ia diperbuat dari sejumlah batang buluh yang melekat pada sebuah bingkai yang juga diperbuat dari buluh. Selain daripada persembahan yang indah ini, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan 'Gamelan', iaitu muzik tradisional Jawa dan Bali di Indonesia yang terdiri daripada alat perkusi serta persembahan unik 'Cak Lempong', menampilkan alat muzik tradisional dari Orang Minangkabau.

Paradigm JB akan bekerjasama dengan Masjid Al-Mahabbah, Taman Bukit Mewah, untuk bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar dan para pengunjung. Masjid Al- Mahabbah turut menyediakan Kaunter Zakat Fitrah di dalam pusat membeli-belah untuk memudahkan para pengunjung. Selain itu, semua pengunjung boleh mendapatkan buah kurma PERCUMA di Kaunter Concierge yang terletak di Aras G sepanjang bulan Ramadhan. (Sementara stok masih ada setiap hari).


Paradigm JB juga akan meraikan Hari Raya ini dengan Anak Mutiara, Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2, Johor. Kanak-kanak yang berjumlah 40 orang ini akan diraikan dengan persembahan menarik dan bengkel membuat balang kuih kreatif. Ia diikuti dengan Sesi Buka Puasa. Mereka juga akan diberi Duit Raya serta beberapa barangan keperluan sempena Hari Raya. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif khas Paradigm JB untuk bulan Ramadhan dan Syawal, kerana perhatian harus diberi kepada golongan yang kurang bernasib baik ini, terutama sekali di waktu perayaan begini.


Sempena sambutan 'Royale Raya' Paradigm JB, pembeli-belah yang berbelanja sekurang-kurangnya RM150 (RM120 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) dalam sekeping resit dimana-mana kedai boleh menebus * satu paket sampul duit Raya eksklusif. Untuk mereka yng berbelanja RM200 dan keatas (RM150 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) pula dalam dua resit maksimum pada hari yang sama, mereka layak menebus *satu lampu hiasan Royale Raya edisi terhad.*Sementara stok masih ada.

Selain membeli-belah,para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Paradigm JB yang menawarkan pelbagai pilihan restoran kegemaran ramai. Antaranya ialah Food Arcade, Seoul Garden, dipndip, Ayam Penyet Best, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi.

"Kepada mereka yang mengunjungi Paradigm JB sama ada untuk membeli-belah mahu pun menjamu selera,kami berharap anda semua akan menikmati setiap saat berada di pusat membeli-belah kami. Lagi pun , mana ada tempat yang lebih sesuai untuk ahli keluarga atau rakan-rakan bersantai dan meluangkan masa bersama, kalau tidak bukan di Paradigm JB," akhiri Chua.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti laman Facebook Paradigm JB di Paradigm Mall Johor Bahru  or layari laman sesawang rasmi paradigmmall.com.my/jb .

Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 Jun 2018 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan Honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.
“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.



“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.




honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.



Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super Honor Day.





Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/


Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.