Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia



Enjoy My 2020 Di Legoland Malaysia


Memilih tarikh 27-28 Disember untuk ke Legoland adalah pilihan yang terbaik . One word ! " Awesome" . Walaupun aku duduk dekat je dengan Legoland , tapi perasaan staycation kali ni best sangat . 





Pada 27 hb tu kitorang check in di Legoland Resort dulu jam 4 petang . Nama pun hari ahad dan hujung tahun , mesti la ramai manusia kan. Lepas dah check in , kitorang solat asar dulu di bilik dan lepastu turun bawah. By the way, staycation kali ni aku pergi dengan abang , dan dua orang anak jiran aku iaitu The NF Generation ( Farzana & Farisya) . Untuk pengetahuan uolls , kebiasaan nya pakej staycation di Legoland Resort ni memang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak . Kalau uolls tengok bilik yang kitorang chek in sangat selesa untuk 5 orang . Katil bertingkat tu selesa untuk kanak-kanak dan dewasa yang badan size kecil . Badan aku pun selesa je tidur dekat katil tu . Hehehe.


Lepas check in , kitorang terus ke Sealife . Memandangkan time kitorang pergi tu tengah bertemakan Hari Krismas , jadi nya aktiviti pun banyak berkaitan dengan tema perayaan tersebut. Kitorang masuk ke Sealife dan cari candy lepastu post di Instagram untuk dapat kan gift sebelum keluar dari Sealife . Lepas dah tengok ikan-ikan di Sealife , kitorang masuk kejap di Themepark . Kami pergi hari Ahad , jadinya themepark tutup jam 7 . Menariknya kalau korang spent seharian di Legoland , akan ada persembahan pembukaan dan penutup .  So , kanak-kanak pasti akan rasa terhibur sepanjang dekat Legoland .





Malam pula kitorang dinner di Brick Family Restaurant yang berada dalam Resorts. Memandangkan masih lagi PKP , memang akan ada pelayan yang cedok kan makanan. Selepas dah makan , jam 8:30 malam ada persembahan di lobby . Seronok betul tengok kanak-kanak menari dengan berpakaian baju tidur . Hahaha . Persembahan tu sekejap je , lepastu boleh sambung makan semula . Malam pula , kitorang main legodan selesaikan treasure hunt dalam bilik . Aku siap pesan , simpan tenaga tau esok kita nak all out !






Kitorang dapat slot breakfast jam 7 pagi sebab masih PKP memang slot breakfast dia terhad 45 minit untuk satu family . Alang-alang dah habis breakfast , kitorang naik ke level 5 untuk tengok swimming pool . Tengok je la tak terjun pun sebab kitorang get ready nak ke waterpark . Semua themepark ,waterpark dan sealife bukak seawal jam 10 pagi . Oh yer , sebelum ke waterpark kitorang check out terus sebab Legoland Resort ni check out dia pukul 11 pagi . 


Lepas dah check out , kitorang pergi ke waterpark untuk main air sampai puas-puas. Betul-betul puas gila woi ! Kitorang main sampailah ke tengah hari dan lunch disitu . Lepastu solat zohor dekat dalam themepark pula. Kali ni kitorang lenjan rollercoaster pulak . Kak Ain dorang ni memang suka jerit puas-puas bila naik rollercoaster . Hahaha . Nasib ler. Teringat dekat waterpark kitorang naik tube tu , lepastu abang yang jaga situ cakap " tekak ada lagi ke tu ? kot la tertinggal dekat atas" HAHAHA. 


Kali ni banyak aktiviti yang kitorang buat sesuai untuk kanak-kanak . Meh aku nak cadang kan pada korang so that korang tak miss out dekat themepark tu . First masuk je korang belok ke kiri dan akan jumpa tempat main boat dan naik train . Settlekan yang di sebelah situ dulu . Lepastu explore lagi boleh naik tower , belajar memandu . Lepas dah settle yang tu baru fokus naik rollercoaster , dino island ( rollercoaster basah) yang ni sumpah best , lepastu pergi Ninjago , banyak lagi ... Last sekali baru korang pergi bergambar di Miniland . 








Time kitorang pergi ni kan tengah tema Hari Krismas dan New Year , jadi nya kitorang kena cari 10 Gingerbread dekat Miniland .. Alaa , tak susah mana pun . Last sekali sebelum pulang , jangan lupa tengok persembahan penutup dan ade juga lucky draw tau . Eh , time tu jugak siap ada membuat cupcake menggunakan lego.


Senang cakap staycation 2 hari 1 malam aku dan diorang sangat la menyeronokkan . Alhamdulilah , dulu-dulu berangan juga nak merasa staycation dekat sini . Akhirnya 2020 menjadi kenyataan . Selamat Tahun Baru 2021 okay .. Kalau ada yang merancang nak staycation di Legoland dan beli 3 pass combo ( Sealife , Waterpark dan Themepark ) , korang tunjuk je blog ni. Hehehe. 




Nak beli tiket ? www.legoland.com.my