Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me


apa yang ain mahu nanti ? memandangkan this coming 8th February ain akan berumur 23 tahun , nak wish sekurang kurangnya dari 23 blogger kalau lebih lagi seronok dan kasi semangat sikit lagi lagi yang dah pun berumur lebih dari 23 ni . Bukan apa , tak ready lagi nak masuk 23 tahun. hahaha. 
jadi , mohon save dalam kalendar and 08 . 02 . 2014 ni ya ! :)

pssst ; nak join ? klik je banner tu ye !

8 Pintu Murah Rezeki

8 Pintu Murah Rezeki


8 Pintu Murah Rezeki 

 Sama sama kita beringat . Rezeki tu sebenarnya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara . Tidak semestinya kita kaya kita sudah peroleh rezeki . Sedangkan diberi kesihatan yang baik itu juga salah satu rezeki yang ALLAH beri . Masih mempunyai kedua ibu bapa juga  merupakan rezeki kerana ada antara saudara saudara kita yang dari kecil dah kehilangan kedua ibu ayah . 

Macam ain sendiri , rezeki dalam berkeluarga , ibu ain baru 2 bulan 6 hari meninggal kan ain dan keluarga . Tapi itu mungkin bukan rezeki untuk ain , untuk ibu melihat anak anak nya berkahwin dan membina masa depan . Tapi betul sekali point yang nombor 1 . Jangan sesekali kita derhaka dengan ibu bapa . Ain selalu ingatkan pada diri ain , jangan kita salahkan kedua ibu bapa kita kenapa kita dilahirkan dalam keadaan tidak berharta tidak kaya seperti mereka yang bernasib baik , tapi kita patut salahkan diri kita sendiri andai kita tidak berusaha mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik . Sebenarnya pelbagai cara bagaimana kita mahu mengetuk pintu rezeki . Tinggal lagi bagaimana diri kita sendiri mencari erti rezeki sebenar itu. 

Jadi sama samalah kita berusaha menjadi rezeki yang halal dan baik untuk kita di dunia mahupun di akhirat .