8 Pintu Murah Rezeki

8 Pintu Murah Rezeki


8 Pintu Murah Rezeki 

 Sama sama kita beringat . Rezeki tu sebenarnya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara . Tidak semestinya kita kaya kita sudah peroleh rezeki . Sedangkan diberi kesihatan yang baik itu juga salah satu rezeki yang ALLAH beri . Masih mempunyai kedua ibu bapa juga  merupakan rezeki kerana ada antara saudara saudara kita yang dari kecil dah kehilangan kedua ibu ayah . 

Macam ain sendiri , rezeki dalam berkeluarga , ibu ain baru 2 bulan 6 hari meninggal kan ain dan keluarga . Tapi itu mungkin bukan rezeki untuk ain , untuk ibu melihat anak anak nya berkahwin dan membina masa depan . Tapi betul sekali point yang nombor 1 . Jangan sesekali kita derhaka dengan ibu bapa . Ain selalu ingatkan pada diri ain , jangan kita salahkan kedua ibu bapa kita kenapa kita dilahirkan dalam keadaan tidak berharta tidak kaya seperti mereka yang bernasib baik , tapi kita patut salahkan diri kita sendiri andai kita tidak berusaha mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik . Sebenarnya pelbagai cara bagaimana kita mahu mengetuk pintu rezeki . Tinggal lagi bagaimana diri kita sendiri mencari erti rezeki sebenar itu. 

Jadi sama samalah kita berusaha menjadi rezeki yang halal dan baik untuk kita di dunia mahupun di akhirat .

3 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi :)

    BalasPadam
  2. Rezeki kita rahsia Allah. Peringatan untuk IM :)

    Beli dengan harga murah dan dapat diskaun jadi lagi murah kat SINI :)

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.