Assalamualaikum dan hai 4 Januari 2016 . Oh , hari ini sebenarnya tak tahu nak update apa . Tapi , is a must thing i should doing it . Bak kata orang melayu , wajib tak ada nya nak makruh makruh . hahaha . Sebab sesuatu perkara yang baru , kita mesti kosisten buat dan buat kerana ia nak bagi sebati dalam kehidupan kita . Omputih kata is a habit . Orang melayu kata tabiat . hahaha. Kau dah kenapa ain ? OMG ! . Straight to the point , antara cerita harian aku hari ini ialah :
- Stalker anak jiran
Like seriously , aku memang suka intai intai anak jiran sebelah . hahaha . anak anak jiran tu tahun ini 3 ketul masuk sekolah rendah . The best part is , sekolah rendah dekat rumah aku ini tak tahu la semua sekolah dekat johor bahru ke atau sekolah berprestasi tinggi (cehwah ,sekolah rendah aku dulu tu ) , dia macam dah standardize kan darjah 1-6 semua waktu pagi . Yang kesiannya , orang gaji diorang lah . kitorang panggil dia "Kak Tina" , Macam mana la nak gendung 3 beg sekali gus jalan kaki pula tu . hahaha . Kadang kadang dulu petang petang aku teman juga kakak tina pergi ambil diorang . Untuk tahun ini belum lagi . Nanti nanti la . Awal lagi kan .
Lepastu , sekolah agama pula diorang naik van . pukul 4 petang baru balik . Kan aku dah cakap , aku stalker diorang .Sebab budak 3 ketul tu , yang paling bongsu baru masuk darjah 1 , so the way dia sembang macam dah besar sangat kan . hahaha. Cerita kelakar nya , diorang lambat balik sekolah agama . Sepatutnya , pukul 4 petang dah dengar dah "assalamualaikum kakak !" . Tapi tak kedengaran pula .
Kebetulan aku tengah jengah tingkap , eh nampak van diorang kenapa van tu tak berhenti ? . Rupanya , diorang tertinggal van . hahaha. Pukul 4.30 petang gitu baru van tu pusing sekolah balik ambil diorang . hahaha . Baru hari kedua sekolah dah buat cerita kelakar . hahaha.
- Makan Nasi Ayam Penyet
Hari ini , aku makan nasi sekali je , nasi ayam penyet la . Beli dekat port biasa . hahaha . Woi , nasi ayam penyet dia sedap tak terkata . hahaha . Tapi , sekarang kan tengah proses untuk kecil kan badan aku ini . So , segenggam nasi je selamat masuk perut aku dan selebihnya aku bagi pada abang aku . Ayah aku pula dia tak suka makan salad dia . Salad dia cicah dengan sambal belacan sedapppp nak mati rasanya . Dapat tak bayangkan kesedapannya macam mana ? hahaha . SEDAP SEDAP SEDAP ! . Aku pun ambil lah semua salad ayah aku itu . Cicah sambal belacan dia . OMG ! *PENGSAN* hahaha.
Kes itu la aku letak qoute makanan . " People Who Love To Eat Are Always The Best People " . Walaubagaimanapun , aku selalu teringat akan kata kata ini "YOU ARE WHAT YOU EAT" . Aku dah tak nak lagi main hentam , main sumbat je makan . Makan untuk kenyang , bukan makan untuk gemuk .Hahaha .
Itu sahaja la dua cerita yang aku dapat kongsi pada hari ini . Jumpa esok !