SHOPPING DI JALAN JALAN JAPAN KIPMALL TAMPOI JOHOR BAHRU | Kalau sebelum ni , ain pernah ketengahkan konsep ootd jika korang shopping di Jalan Jalan Japan , tapi kali ini Jalan Jalan Japan meluaskan cawangannya yang terbaru iaitu di KipMall Tampoi Johor Bahru . Terus terlintas di kepala , lepas ni dah tak perlu nak pergi jauh jauh sampai ke KipMall Masai , pergi dekat Tampoi jelah .
Inilah cawangan yang ke 9 Jalan Jalan Japan yang memilih lokasi nya iaitu di KipMall Tampoi . Bagi orang yang berada di Kuala Lumpur pasti dah sangat familiar mengenai konsep prelove Jalan Jalan Japan . Tapi , untuk kami yang berada di Johor Bahru pasti sangat excited apabila Jalan Jalan Japan membuka lagi cawangan yang seterusnya disini .
Untuk pengetahuan , sebelum ni ain telah menulis tentang pengalaman ain mencari koleksi ootd (outfit of the day) dan mengiktirafkan Jalan Jalan Japan sebagai syurga fashion untuk wanita , dan untuk cawangan Jalan Jalan Japan di KipMall Tampoi ini pula , ain nak mengistiharkan sebagai syurga untuk ain mendapatkan peralatan travel dan aktiviti lasak .
Bersempena dengan pembukaan border yang diistiharkan oleh kerajaan Malaysia , menjadikan ain lebih bersemangat untuk mencari keperluan barang - barang travel . Antaranya ialah beg luggage . Beg luggage yang ain pilih boleh memuatkan pakaian bercuti anggaran (3-4 hari) bergantung kepada berapa banyak pakaian yang kita sumbat lah . Mesti korang tertanya- tanya kan berapa harganya untuk mendapatkan satu beg luggage tersebut ? Jawapannya hanya RM 50 . Kualitinya masih elok dan tunggu apa lagi , lets go travel la kan ~ Hehehe .
Seterusnya , untuk tahun ini ain banyak juga plan untuk lebih banyak melakukan aktiviti lasak demi menguruskan badan . HAHAHA . Nak melakukan aktiviti lasak , mesti lah kena ada kasut yang selesa dan peralatan sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan .
Selam punya selam yer kawan- kawan semua , akhirnya terjumpa juga kasut yang sesuai untuk joging , bersukan dan hiking . Iye , harganya diantara (RM 40 -50 ) gitu . Kita pun geram awak ! Kita tengok alahai , cantiknya memang sangat selesa dan kualitinya masih elok . *Tipsnya , kalau pandai selam , confirm jumpa punya yang kena dengan taste kita . Bukan kasut je yang ain dapat tau , ain terjumpa sekali yoga mat. Baru teringat , yoga mat dekat rumah ni dah buruk sebab selalu guna . Untuk mendapatkan peralatan sukan , korang kena pandai selam dibahagian peralatan sukan. Bukan yoga mat je tau ada , ada juga peralatan sukan yang lain antaranya ialah perlatan raket badminton , tenis dan juga boxing set . (Sebab itu ain kata , kalau pandai cari confirm akan jumpa barang yang berkenan untuk dibeli di Jalan Jalan Japan ni)
Beg luggage pun dah ada , kasut sukan pun dah dapat , kita pun nak juga la grab beg yang sedang -sedang aja size nya (sesuai untuk travel dan letak barang - barang sukan dan keperluan yang lain ) . Yang ain pegang tu cuma RM 40 JE ! Hanya di Jalan Jalan Japan ~ Hahaha . Takkan peralatan sukan dan travel je kan , kita mesti juga nak tengok koleksi ootd okay ke tidak dekat sini .
Memandangkan mood melancong fefeling pantai tu tengah ada dalam jiwa ni , jadinya kita pun pergi la ke bahagian dress. Awak ! Kita jumpa tau dress yang sangat cantik ! . Nama pun budak ootd kan ! Apa lagi , cari la juga beberapa helai untuk dijadikan sebagai koleksi ootd . Ain terjumpa juga jacket yang cantik berwarna pink . Well , warna pink memang favourite warna ain .
Takkan kasut sukan je kan kita dapat cari , ada juga kasut tumit tinggi dan stileto yer di Jalan Jalan Japan ni . HAHAHA . Ain dah jarang sebenarnya pakai kasut tumit tinggi (high heels) , tapi ain cuba juga berani kan diri memakai . Wow , selesa sangat yer high heels nya ! . Ada juga boots yang sangat sesuai dipakai untuk ke kerja dan harian .
Tips untuk datang ke Jalan Jalan Japan ni kena lah tahu barang apa yang kita nak aim (cari) . Bila dah tahu , terus je ke bahagian yang barang ingin dicari . Ini kerana Jalan Jalan Japan ni memang besar , tak cukup sejam kalau masuk ke sini . Jangan lupa okay kalau datang ke Johor Bahru , singgah ke Jalan Jalan Japan KipMall Tampoi .
Jalan Jalan Japan established in:-
1) Jalan Jalan Japan One City (Nov 2016)
2) Jalan Jalan Japan 1 Shamelin Mall (Sep 2017)
3) Jalan Jalan Japan CenterPoint, Seremban (May 2018)
4) Jalan Jalan Japan M3, Gombak (May 2019)
5) Jalan Jalan Japan KIP Mall, Bangi (Dec 2019)
6) Jalan Jalan Japan Lotus's Rawang (Nov 2020)
7) Jalan Jalan Japan Lotus's Seberang Jaya (Feb 2021)
8) Jalan Jalan Japan KIP Mall, Masai (May 2021)
9) Jalan Jalan Japan KIPMALL Tampoi Opening Soon!
Semua kedai JJJ buka dari 10 pagi hingga 10 malam tiap-tiap hari termasuk hari cuti awam.
Jalan Jalan Japan KIPMALL Tampoi
Lot No S001-S002,
KIPMALL Tampoi,
Jalan TiTiwangsa 2,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru, Johor.