32 GAMBAR 32 TAHUN

Halu , seperti entri yang sebelum ni Ain tulis surat untuk diri sendiri. Kalau belum baca , jemput baca iya entri sebelumnya. By the way , antara wish list Ain sempena birthday yang ke 32 tahun ialah membelek album-album dan gambar-gambar lama. Sebelum ni tak pernah la nak belek dan tengok. Jadi , why not sempena birthday sendiri , Ain tengok dan mengimbau kembali zaman masa kecil dahulu. Apa yang pasti , comel sangat bila tengok gambar- gambar Ain yang dahulu. (puji diri sendiri)


Setiap gambar , punya cerita dan kisahnya yang tersendiri.Jom la kita throwback sekejap ! 32 gambar , 32 cerita untuk 32 tahun .


gambar gambar sheisfarahain

Okay , gambar pertama ni masa baby. Memang tak ingat la berapa bulan. Apa yang pasti Ain ni lahir boleh tahan berat juga. 3 kg lebih juga . Lahir waktu pagi tak ingat waktu yang tepat cumanya lebih kurang jam 10- 11 pagi macam gitu.

gambar gambar sheisfarahain

Alololo , comelnya diri sendiri masa kecil kan. Siapa je masa waktu kecil tak comel ? Kemain dulu-dulu dah pandai pakai baju merah terang mak ngah ~

gambar gambar sheisfarahain

Ya Allah , comelnya ! Potong kek . Jangan terkejut , banyak juga gambar potong kek . Ni baru gambar yang pertama ~


gambar gambar sheisfarahain


Sejak dari kecil lagi , ibu dengan ayah memang selalu bawa kitorang pergi zoo. Gambar ain didukung oleh ibu. 


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar masa buat passport. Aduhai , muka macam nak nangis nasib la ibu pangku Ain.


gambar gambar sheisfarahain

Senyuman nampak gigi ! Memang dari kecil ye dah ada anak patung

gambar gambar sheisfarahain


Kan dah kata , ada lagi gambar potong kek. Bila belek-belek kembali album ,baru tahu yang rumah ni pernah buat birthday party ! Masa ni sambut sekali dengan abang ain. Sebab nya birthday kitorang selang berapa hari je. 

gambar gambar sheisfarahain

Abang ain pegang lori , Ain ada teddy bear kecik disebelahnya. Hahaha. 

gambar gambar sheisfarahain

Alolololo , comel nya kitorang !

gambar gambar sheisfarahain


Ahaa , ada lagi gambar potong kek. Hehehe. Yang sebelah tu adik Ain.


gambar gambar sheisfarahain

Gambar ni pernah jadi gambar contoh . Kedai gambar tu jadikan gambar ni untuk letak di depan pintu. Tauke tu ingat ni anak cina , padahal ni la Ain. Pernah dulu masa dah besar sikit , masuk kedai gambar tu , pastu ain cakap la eh ni gambar saya. HAHAHAHA. 

gambar gambar sheisfarahain



Potong kek lagi , tapi yang ni tak tahu la kan birthday siapa . HAHAHAHA.


gambar gambar sheisfarahain


Berbaju kurung duduk di tangga rumah. Alahai ! 


gambar gambar sheisfarahain

Kemain main basikal tayar tiga matching-matching lagi dengan baju gituw

gambar gambar sheisfarahain


Potong kek lagi dan ni gambar Ain dengan ayah


gambar gambar sheisfarahain

Gambar potong kek lagi !


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar darjah 1 ke 2 ni gais ? Tak ingat. Kemain stokin panjang walaupun pakai skirt.

gambar gambar sheisfarahain


Gambar yang ni pula berbaju kurung. Dulu-dulu sampai darjah 4 tak pakai tudung pergi sekolah.


gambar gambar sheisfarahain



Alahai , kemain pakai baju berbunga-bunga , bercekak rambut gituw !


gambar gambar sheisfarahain

Gambar ain paling hujung sekali , masa ni tadika buat persembahan tarian kipas ape benda entah ni. HAHAHA. 


gambar gambar sheisfarahain

Setiap kali dapat hamper , mesti kena bergambar dulu. Tengok la fashion baju ain , baju kaler lain , seluar kaler lain.


gambar gambar sheisfarahain

Gambar kami dengan ibu di zoo


gambar gambar sheisfarahain

Gambar sekeluarga masa Ain dapat hadiah. Sekop rambut kemain kedepan yer ain !


gambar gambar sheisfarahain

Bestie masa zaman tadika , Dua-dua ni power memang diorang bersaing nombor satu dan nombor dua. Ain pula nombor tiga je , tu yang duduk paling tengah sebab paling ketot. HAHAHA. 


gambar gambar sheisfarahain

Gitu , gambar turun tangga pun sempat iya.. Ni masa hari sukan tadika adik. Masa ni , Ain pakai baju warna pink ya, baju masuk dalam seluar gitu!


gambar gambar sheisfarahain

Tu pakai baju warna pink matching-matching dengan ibu. Ni masa sambutan hari raya dekat office ayah


gambar gambar sheisfarahain

Gambar sekeluarga sedondon semasa hari raya di kampung ayah


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar kenangan kami sekeluarga naik kapal terbang


gambar gambar sheisfarahain

Muka masa darjah 4 , kena duduk kampung sebab ada khatam Al-Quran. Nanges juga la sebab mana pernah duduk jauh dari ibu.


gambar gambar sheisfarahain

Ni la muka ketua pengawas dulu ! KIHKIHKIH. Hujung-hujung tahun boleh bawa kamera pergi sekolah , jadi kita ambil la gambar. Tak jumpa pula gambar lain.


gambar gambar sheisfarahain

Ibu kenal dengan kakak Zarina AF2 . Masa ni Zarina tu baru terkeluar , jadi lepas balik sekolah , terus ke rumah dia. Nampak gambar Ain berbaju pengawas , maksudnya pada hari Isnin , seketul Ain menjadi pengacara perhimpunan sekolah pada ketika itu. 


gambar gambar sheisfarahain

Tak suka tengok gambar ni sebenarnya . Sebab muka masam mencuka tak senyum dan masa ni badan dah semakin membesar. Baju warna pink. HAHAHHAA. Walaupun tak suka , tetap nak abadikan gambar ni disini sebagai bukti , sekarang.... Ain selalu bergambar tersenyum . 

Cukup la , 32 gambar . Banyak sebenarnya gambar.. Tapi , cukup la yang ini sahaja Ain letakkan di sini. 

Baca entri yang berkaitan :