MY CHILDHOOD MEMORIES - Aku Ain Kau Siapa

Thursday, December 3, 2020

MY CHILDHOOD MEMORIES


MY CHILDHOOD MEMORIES

Kisah masa kecik-kecik...Hmmm...aku dari kecik membesar dengan persekitaran ramai lelaki. Adik beradik semua lelaki. Jiran-jiran yang masa tu pun ramai lelaki. Jadinya nak tak nak aku memang ikut jela ape budak-budak lelaki main waktu petang. Hahaha. Boleh dikatakan aku ni macam Ana , adik Mat dalam kartun Kampung Boy.


Eh kita pernah tulis kisah ni : Ana the kampung boy

Aku pernah duduk nursery alaaa yang orang panggil taska ehk.Lepas dah tadika pun bersambung sekali duduk tempat orang yang jaga kanak-kanak. Teringat dulu-dulu pandai beli putu mayam dengan abang aku. Tak tahu kenapa masa kecik kemain suka bila dah besar sekarang tak pernah pula nak membeli. Hahaha.


Kalau ade rezeki lebih ibu ayah kitorang buat birthday party potong kek sesama. Yela , abang dengan aku kan birthday selang berapa hari je . Lepas dah start sekolah rendah baru belajar duduk rumah sendiri , bawak kunci rumah sendiri. Pernah je terlupa bawak kunci rumah dah tak tahan sangat nak terkencing , siap kencing senyap-senyap depan rumah . HAHAHAHA.


Aku dulu pernah tumpahkan nasi ayam budak senior atas setahun umur aku. Weh , menangis jugak (dalam hati) je sebab masa tu terpaksa tak boleh guna duit belanja sebab nak kena ganti balik. KELAKAR GILER! Lepastu , kalau pergi sekolah selalu nya kadang ibu selalu ikat rambut aku. Macam-macam  tocang dibuatnya.


Kalau rambut aku tak terurus tu maksudnya ibu kerja la aku yang kena siap sendiri. Masa awal-awal zaman kanak-kanak ni , aku banyak jadi pendiam dan pemalu. Sangat pemalu. Aku tak reti nak bergaul sangat. Kalau siapa yang nak kawan dengan aku tu , aku terima je .


Sampailah ade kengkawan aku yang macam dah tak nak kawan dengan aku mungkin sebab aku ni membosankan pada waktu tu. Dan tahun tahun selepas tu , i would say selepas darjah tiga ke atas ..Aku dah semakin berubah. Itu aku cerita nanti ehk. Sebab dia dah macam lari topik childhood.


Zaman childhood aku banyak pasif tapi lebih kepada buat hal sendiri. Aku tak sibuk nak berkawan sangat jenis macam banyak "bersendirian". Aku rasa walaupun zaman ni aku agak membosankan , tapi ianya memberi makna untuk masa hadapan aku which is kita tak perlu pun nak ramai kawan dan ramai orang untuk suka dekat kita.. Apa yang penting , kita rasa happy dengan diri kita. Masa zaman kanak-kanak aku memang betul-betul rasa happy weh.


Kawan pulak ramai lelaki jenis tak kisah pun kita selekeh , pakai seluar pendek , rambut ikat entah macam mana. Janji petang-petang kita main-main sesama jiran. Sampai sekarang ni kalau jumpa jiran yang main sesama dulu , mesti tergelak.


Oh ye , aku dulu penakut nak mampus. Beriya la parent dah bayar kan untuk naik kuda masa pergi zoo , last-last aku penakut terus melalak kat situ tak nak naik kuda. Kecik-kecik lagi konon nak buang rasa penakut tuh siap terjun dalam kolam renang orang dewasa.. Gedebushhhhhh.. LEMAS WEYH. Hahahhaa. panik ibu ayah waktu tu. Ade lagi weh... lepastu penakut naik escalator. Everytime kalau pergi mall mesti ibu akan pimpin tangan aku..


Baca juga :Fobia naik escalator


Hmmm..nyambil taip ni..otak flashback kembali...dalam pada penakut aku tuh..ade berani nya juga..Semoga Nur Farahain semakin kuat dalam kehidupannya ❤️

2 comments:

  1. comel juga ain masa kecil2..apa2 pun kenangn ini tetap kita kenang smpai akhir hayat..Setiap masa yang ada kita kena gunakan dgn baik..kerana masa itu amat berharga maka corakkan la masa yang ada menjadi kenangan terindah dalam hidup kita...

    ReplyDelete
  2. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.