JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA KAK TINI
Cerita dah lama baru nak story dekat sini. Kah ! Satu hari yang sangat bermakna pada aku . Woi haritu sebenarnya kepenatan juga tapi sebab dah berjanji pergi aje la. Bak kata omputih " just enjoy the day ! " .
Pagi tu aku nolong kejiranan ni buat masak bubur Asyura . Lepas zohor dan kebetulan pula hari Jumaat , aku dengan Kak Tini pun keluar . Dah lama sebenarnya Kak Tini cakap "Yuk Kak Ain kita ke mall .. jalan jalan". Alaa .. So sweet .
Tapi kali ni si kecik dedek pun langsung ikut . Si dedek ni ialah panggilan di rumah .. Dedek tu si Farisya anak jiran aku tu. Hahaha. Jadinya selepas zohor kitorang pun bergerak keluar . Pergi ke Paradigm Mall Johor Bahru je . Tak jauh pun dari rumah . Hahaha.
Sampai je di Paradigm kitorang terus ke tempat makanan untuk makan-makan . Pusing punya pusing akhirnya kami makan di Nasi Padang yang dalam food court tu . Nah ! terubat rindu Kak Tini pada kampung halaman nya . Dekat sini air sirap tu free ! Gituu !
Kak Tini siap order tambahan makanan yang macam dalam gambar tu. Kat sini panggil cucur kan . TAPI !!!! sumpah sedap . Sampai Kak Tini cakap "Nak lagi ke ? jom lah tambah lagi" . Ya Allah memang sedap sangat . Mungkin cara goreng dan adunan tepung nya tu yang menyedapkan lagi rasa cucur tu .
Sempat la dengar kak Tini cakap indon dengan pekerja-pekerja kedai makan tu . Aku pun kepoh la nak tahu sembang ape. Hahahaha. Biasanya diorang akan tanya asal mana , kampung dekat mana , dah lama ke kerja di JB ? . Kepoh betul kan aku ni. Hahha.
Selepas dah makan - makan kitorang pergi cuci mata . Well , girls day out la kata kan . Sebelum ni , aku pernah keluar juga sama kakak Tini tapi Farzana yang ngikut . Kali ni adiknya si Farisya yang ikut sama . Kakak Tini belanja kitorang baju . Ya Allah . Syukur sangat . Baju warna pink dan kitorang sepakat pilih yang sama .Baju kembar kitorang panggil ! Hahaha.
Lepas dah dapat baju , Kak Tini nak cari aiskrim . Tapi singgah kedai lain beli roti dulu . Lepastu baru ke kedai aiskrim . First time juga aku makan dekat kedai aiskrim ni . Ya Allah , dark chocolate ais krim dia sedap nya . Aku pula memang peminat dark chocolate . Rasa sedap giler !
Terima kasih Kak ! belanja kami .Banyak betul makan hari tu .. Terharu sangat rasa . Yela , walaupun kami dari negara yang berbeza tapi tetap rasa seperti family ! Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk Kakak . Insyallah , nak kumpul duit nanti nak sangat pergi ke Kampung kakak Di Indonesia tu .