Memaparkan catatan dengan label koleksi doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label koleksi doa. Papar semua catatan

DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS

DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS | "Ya Allah , aku sedih ..kenapa rezeki ku terasa sempit ? kenapa rezeki ku sedikit sangat ? kenapa aku tak dikurniakan rezeki mu yang melimpah ruah itu ya Allah ?" . Sesungguhnya aku yakin dan tahu hanya Engkau la yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki Mu sangat la melimpah ruah , sebagai hambamu ini , Engkau limpahkan rezekiMu itu secukupnya kepada hamba mu ini , rezekiMu yang hanya perlu untuk hambaMu ini . 


Kita selalu merasa resah dan gelisah , sering tertanya -tanya kenapa rezeki terasa sempit ? Kenapa la aku tak boleh rasa nikmat kekayaan ? Bukan la mahu meriak pada yang lain , tapi hanya sekadar untuk merasa nikmat rezeki melimpah di muka bumi ini . Gitu la rasa kalau duit hanya cukup-cukup makan je kan . Nak beli barang pun memang berkira-kira , hanya beli barang keperluan sahaja. 

doa murah rezeki


Kadangkala kita selalu terlupa , terlupa untuk melihat orang yang lebih susah dari kita. Apabila kita diuji , terus kita rasa sedih dan lupa yang Allah Yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki bukan hanya pada wang ringgit , tetapi kesihatan yang baik , keluarga yang bahagia , rumah yang selesa , makan yang cukup , sentiasa merasa bahagia juga satu nikmat rezeki dari Allah . 


Jangan la kita jadikan wang ringgit sahaja sebagai pengukur rezeki. Mungkin , yang indah dimata dan yang kita nampak itu banyak wang ringgit , tapi belum tentu merasa bahagia . Oleh itu , marilah kita bersama - sama mengamalkan doa ini supaya rezeki kita tidak putus dan sentiasa melimpah ruah . Insyallah .


DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS


Nak murah rezeki ? Jangan lupa untuk sentiasa doakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita . Insyallah , pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka luas dan sentiasa mendapat rezeki dari Allah .

nak murah rezeki

Kepada yang membaca posting ini , ain doakan semoga rezeki mu sentiasa dilimpahi dan mendapat keberkatan dari Allah . Doakan ain juga yer . Insyallah .

8 Doa Harian Yang Baik Di Jadikan Amalan

 8 Doa Harian Yang Baik Di Jadikan Amalan

Assalamualaikum , berikut merupakan 8 doa harian yang baik yang boleh kita amalkan dan lakukan . Ain terjumpa di Facebook dan rasanya elok jika dikongsi kan di blog ini . Semoga memberi manfaat kepada pembaca . Insyallah 

Terdapat 8 doa iaitu :
  1. Doa untuk akhlak yang baik
  2. Doa untuk kebaikan dunia dan akhirat
  3. Doan ketika mengalami kesulitan
  4. Doa untuk kedua ibu - bapa
  5. Doa ketika sedih
  6. Doa agar amalan diterima
  7. Doa sebelum tidur
  8. Doa masuk rumah
doa kebaikan dunia dan akhirat doa harian

doa ibu bapa doa hadapi kesulitan

doa ketika sedih doa diterima amalan

doa sebelum tidur doa masuk rumah

**klik sini lagi untuk lebih banyak info islamik

Doa Menyambut Bulan Ramadhan 2021






Pesan Guru:

Menyambut Kedatangan Ramadhan pada petang Isnin 12 April 2021 (Selasa awal Ramadhan):
(tinggalkan seketika kesibukan dunia, tidak pasti adakah ramadhan akan datang kita dapat sambutnya lagi atau tidak, walau pun sekarang dalam musim pandemik Covic):

1. Mandi dan bersiap2 sebelum maghrib.
2. Selawat, istighfar dn muhasabah menjelang masuknya waktu.
3. Tika azan berkumandang, sambut lah dengan rasa syukur, terharu sambil mengalirkan air mata dgn harapan moga Ramadhan ini kita dpt isi dgn lebih baik dn mendapat keampunannya.
4. Solat maghrib berjemaah untuk yang mampu. Boleh mulakan tadarus. 
5. Solat isya, tarawih dan witir.
6. Tadarus dan Qiyam
7. Mohon kemaafan dari semua . Mungkin kita pernah sakiti tanpa sedar. Mungkin ada kekhilafan dimana mana.
8. Berterusan memohon rahmat dan keampunan Allah sepanjang Ramadhan untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat Nabi Muhammad saw. 

❤️ Salam Ramadhan Al Mubarak ❤️ Salam Penuh Kemaafan ❤️ Sahabat -sahabat ❤️ Yang Sentiasa Dikasihi ❤️ Disayangi ❤️ Dirahmati Allah SWT.