DAH BESAR-BESAR PUN MASUK PERTANDINGAN MEWARNA?!
Pada hari Sabtu 23 Feb haritu , Kejiranan Wanita tempat rukun tetangga aku ni telah mengadakan program antidadah yang bertemakan "Komuniti kita , tanggungjawab kita". Alhamdulilah, program tersebut merupakan program yang boleh dikatakan program terbesar yang telah dilaksanakan oleh kejiranan wanita kawasan ini. Gila tak dasyat , makcik-makcik buat program woi. Aku memang tabik spring lerrr.. Aku bertindak sebagai photographer biashe biashe aje, sekadar menolong sekadar yang termampu. Nanti aku cerita dilain entri okay.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna untuk orang dewasa. Aku ni geram juga nengok nya tapi sebab dah ditugaskan ambil gambar, nanti hilang fokus. Sebab aku ni sejenis kalau dah mewarna memang make sure kena siapkan sampai habis. Boleh tahan tengok jiran-jiran aku ni mewarna. Hahaha. Kemain siap bertone tone warnanya.
Pada aku, ini antara aktiviti yang sangat bagus dilaksanakan sesama jiran tetangga. Memanglah orang macam terkejut , "Eh dah tua-tua pun nak mewarna ke?", tapi itulah yang dapat menyatu padukan lagi sesama jiran. Bukan itu sahaja, kadang kala kita kena juga kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak kita pada satu ketika dahulu kan.