17/366 : DIARY OF THE DAY -17 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , dah tujuh belah hari kita berada dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Apa apa pun , bersyukur kepada Dia Yang Maha Esa kerana memberikan kita ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan ini .  Jadi untuk hari ini , aku nak share di dalam diary of the day ialah :


  • Jogging menggila tadi
Alhamdulilah , tadi berjaya juga jogging atau lebih sedap bunyi nya ialah berlari . Dulu aku tak pernah berlari dekat taman merdeka , johor bahru itu . Yela , kita dok tengok orang berlari kemain dasyat , tapi kita langsung tak larat kan  dan jalan je lah . Alhamdulilah , tadi ALLAH berikan daya tenaga dan kekuatan untuk memberanikan diri berlari . Bukan je berlari , tapi siap buat high intesity workout sedikit . Woi , pada uolls yang tak pernah bersukan . Pergi la rasai sendiri . Best tau bila kita lakukan perkara yang kita tak pernah buat. Ala , cuma je la dalam 20 minit je sehari . Yang hang nak bantai sampai 2 jam pehal ? Buang masa je lebih .Hahaha .

  • Belajar untuk lebih senyum
Alhamdulilah , dulu kan orang tak suka nak tegur aku sebab aku ni pelokek . Pelokek senyuman . Ye , aku punya muka stok minah minah sombong bajet bagus je weyh. Teringat dulu housemate aku siap cakap lagi memula dia kenal aku , dia takut nak tegur aku sebab muka aku garang sangat . Hahaha .Tapi , lepas aku sedar yang weyh , senyum je lah .ALLAH dah bagi senyuman yang comel pada semua orang kan ,apa pasal tak nak senyum ? Kan . Makanya , bila aku mula mengaplikasikan senyuman ini kepada semua orang , ini secara tidak langsung ramai orang dah mula nak berbual dengan aku , selesa nak tegur aku . Secara tak langsung itu kan perubahan positif yang bagus dalam diri kita . Kadang , kalau orang tegur muka kau tak reti nak senyum ke , kau terima la hakikat tu dan kau ubah lah jadi lebih ke arah positif . Kan seronok kalau orang sudi nak berkawan dengan kita . Ye dak ? Hahaha .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku dapat kongsi kan untuk uolls . Jumpa lagi ! :)