MEDICAL CARD TERBAIK JOHOR BAHRU
Kejap kejap , sebelum membuat keputusan untuk sign up medical card paling utama mesti kena kenal dulu nak cari ejen siapa . Ejen pula mestila yang paling bagus servisnya . Maksudnya disini , ejen atau pun life planner uolls tu mesti selalu get ready if anything happen kepada clientnya .
Bukan itu sahaja , ejen yang menyediakan medical card ni mestila boleh melayan emergency call daripada client , sentiasa take note tahap kesihatan setiap client nya . Bukan selepas dah sign up , dibiarkan sahaja client begitu . Jangan pilih ejen yang selfish ! Pilih ejen yang memang akan berikan servis yang terbaik kepada you.
Ain nak introduce kawan ain ni. Namanya Laila . Ain berkongsi tentang Laila bukan sebab dia kawan ain . Tapi , keperibadian dia memang nampak bersungguh nak berikan good value and servis kepada client client nya . Teringat pula satu kejadian , masa tu kami on the way balik dari Seremban ke Johor Bahru . Masa tu kami ternampak satu batu besar di bahagian jalan sebelah kanan . Kitorang waktu tu macam , "fuh , ni kalau kereta yang tengah pecut laju confirm boleh pecah tayar kalau langgar . Lagi dasyat boleh accident memang boleh kena lagi teruk kalau tak perasan batu tu".
Belum pernah lagi yer , ain tengok ada orang yang terus call plus hotline buat report . Belum pernah ! Itu lah pertama kali ain nampak , rasa tanggungjawab nya laila ni . Padahal kalau ikutkan , ah malas la buat apa sibuk sibuk nak report kan . Selalu kalau ada kereta problem je kita akan call plus hotline tu kan , tapi ni laila rasa macam tak sedap hati kalau dia tak report .
Terus dia masuk sebelah kiri dan terus call . Fuh , dari situ je ain rasa tak malu la kalau nak rekomen kawan sendiri sebagai life planner uolls yang sedang membaca ni. Anyway , berbalik semula kepada medical card tu kan .
Ingat , first point ain tadi .. Nak cari medical card terbaik , wajib cari ejen yang terbaik tingkah laku nya ! Jadi , pilih la laila sebagai life planner uolls . Tak payah pening kepala . Terus je tekan link untuk mesej laila dulu. Nanti laila akan assist uolls lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang ada serta kelebihan dan facilities yang boleh kita dapat jika uolls sebagai pemegang medical card .
Nak cari medical card terbaik di johor bahru ?
terus je berhubung dengan laila okay !
(tekan je no telefon di bawah )
INSTANT SHAWL WITH INNER BEST DARI NORAZITAH COLLECTION
Hello ladies , yang mana tengah cari instant shawl sekali dengan inner best? Yang paling best of course cepat bersiap . Bukan cepat bersiap je , malah tak payah gosok ? Senang je ! Kalau yang jenis malas bersiap , tapi nak nampak lawa , herlok dah la pilih instant shawl safiya dari norazitah collection ni .
Norazitah Collection ni bukan sahaja menjual instant shawl di shopee , tapi dekat butik di senawang pun ada . Kalau yang jauh tu , tekan tekan aja di Shopee. Instant shawl yang ain pakai ni , tak gosok pun tau ! Jadinya sangat sesuai untuk bawa travel , program atau jadikan instant shawl dari norazitah collection ni sebagai shawl harian uolls .
Dont worry , pelbagai pilihan yang ada . Harga pula ialah RM12.90 di shopee. Ahaaa , harga pun dah ngam terok . Tunggu apa lagi , kasi add to cart terus 2 ke 3 helai . Senang , dah tak payah asyik kena cop pakai tudung hitam je hari hari kan .
Klik link di bawah ini untuk ke shopee okay !
Review Laut Ke Tu ?
Review Laut Ke Tu ?
Hai , tengah review laut ke tu ? Itu la ayat dari reply story aku oleh seseorang . Tergelak aku baca. Cerita nya semalam kawan mesej , esok pagi busy tak ? Jom healing bestie !
Dia punya level healing tak sangka dari Johor Bahru sampai Pontian ehk . Healing pertama di Stulang Laut . Itu jela yang ada walaupun air laut tu aduhai kotor gila . Boleh la ngadap singapore .
Lepastu kawan ajak teman ke Pontian sekejap. Alang alang terus meronda sampai ke pantai yang berdekatan . Aduhai . Kes buat dua story view ngadap laut tu yang ada cakap tengah review laut ke 🤣
Jujur nya , walaupun sekejap terasa juga healing nya iya . Walaupun kelam kabut . Terima kasih la buat teman ku ! Ajak healing cara begini.
Healing aku ni simple je . Borak borak , pastu kalau dapat view pantai ke atau pun laut pun bonus and sangat happy .
Syukur sangat untuk hari ini
xoxo,
ain ❤️
Waktu Rehat
Gambar anak kucing tengah tidur
Waktu Rehat
Rumah aku ni depan je dengan padang sekolah . Boleh kata semua aktiviti berkaitan sekolah memang kedengaran . Cikgu marah la , sebijik sebijik dengar . Bunyi loceng pun dengar . Cikgu buat announcement pun dengar . Murid murid memekak pun dengar . Murid murid cakap kuat kuat "terima kasih cikgu" pun dengar .
Waktu paling havoc ! Semestinya waktu rehat . Memang havoc riuh rendah . Sebab nya kantin sekolah dekat sebelah belakang . Memang dengar jelas riuh rendah .
Kenapa perlu waktu rehat ?
Itu la waktu isi perut . Itu la waktu nak pergi tandas . Itu la waktu nak tidur tidur ayam kejap . Itu la waktu nak berbual dengan kawan kawan .
Dan yang paling penting , itu la waktu singkat murid dapat bebas dari belajar . Walaupun sekejap !
Sama la yang terjadi dengan aku hari ni . Fuhh , semalam dah tidur awal . Pukul 9:50 malam dah tidur . Pagi ni bangun
Terasa sakit kepala . Sangat . Dah bersin bersin kemain kuat lagi . 🤣Susah jadi orang bersin bunyi kuat . Habis bergegar satu rumah. hahaha.
"I think i need a rest"
Rehatkan badan . Rehatkan minda . Sebab dah berapa hari tidur tak betul .
Kesihatan lagi berharga dari segalanya sekarang . Gais , if you need a rest .. Go ahead . Jangan pepah badan korang sampai lunyai.
Bila dah sakit , susah tau nak sembuh . Lebih baik adakan waktu rehat sekejap daripada nak kena redha sakit berpanjangan .
xoxo,
ain 💖
8 Hari Bulan 8
8 Hari Bulan 8
Cantik betul tarikh hari ni . Teringat tarikh 6 bulan lepas . 8 February. Tarikh hari jadi . Fuhh , tak sangka 6 bulan ni seperti rollercoaster. Macam naik rollercoaster , kejap di atas , kejap di bawah . Kejap rasa nak tercabut jantung ni , kejap laju kejap slow , kejap belok kejap tegak .
Penuh rasa ! Sampaikan rasa macam dah tak semangat . Tapi , kena kuatkan diri . Sebab tahu , tuhan beri kita hidup untuk rasa . Untuk terus harungi hidup yang di hadapan . Tak nak dah toleh belakang .
Gambar ni diambil masa 8 ferbruary haritu |
Saja la bermadah disini , i guess this is my comfort zone where i can express the feeling. The reason malas buka Facebook sebab nampak kawan kawan dah capai itu ini . Dah kahwin , ada anak , berjalan sana sini tak yah cerita la . Instagram aduhai lagi la . Sampai rasa malas nak buka . Mostly Instagram ni nak cerita benda best je . Gambar nak yang herlok cantik je .
Chop chop chop.. Bukan tak bersyukur . Sangat bersyukur . Kalau rasa diri ni susah , ada yang lagi susah . Kalau rasa diri ini tidak bahagia , ada lagi yang langsung tak rasa kebahagiaan . Fuh , tak sangka hidup sesulit ini ye . Tapi bila orang tanya , okay ke? .. Selamba badak jawab okay !
Padahal nangis . Padahal tengah sendu . Tak apa , i just proud of myself . Insyallah , selepas hujan yang turun pasti pelangi akan muncul kan . Kita hanya perlu sabar . Sabar dengan aturan dari Tuhan .
Semoga diri ini tidak lalai dengan perihal dunia . Betul la orang cakap , "yang selalu gelak ketawa ni la ... paling cengeng paling banyak nangis dalam diam" 🥲
xoxo,
ain 🥰