|
Bersidang dengan Geng Katak |
SEPETANG BERSIDANG DENGAN GENG KATAK
Bersidang tanpa dirancang, aku yang tengah syok memasak memang letak tepi henset. Bukan tu sahaja, siap tutup internet lagi. Hahaha. Tetiba dengar bunyi tepon , tau siapa yang call? Kak Sunah! Hahaha.
"Ain , Sis Lin ajak pergi Aroi Thai so kita pun macm blur blur ...haa kejap Ain bukak whatsapp jap"
Amek kau , Sis cakap "Sesiap sekarang!". Aku terus berdesup siap haa kau cepat gila. For your information, aku ni tak pernah try makan boat noodle. Aku ni sejenis kalau orang ajak baru aku cuba. Kalau tak memang tak la nak mencuba makanan pelik-pelik ni. Pelik ke? Hahaha.
So, apa yang kami makan? Haaa, tengok jelah gambar nya. Kebetulan aku memang tak makan langsung dari pagi. Haa, tadah perut jelah. Alhamdulilah, so far makan dekat sini kenyang yang amat. Kata Sis Lin dan Kak Sunah portion dekat sini boleh tahan banyak. Memang boleh kenyang ler. Ermm, apa lagi nak membebel, aiskrim durian dia sedap betul. Chicken wing dia sedap jugak. Apa lagi ? Nothing to komen. Aku rekomen lah korang untuk makan dekat sini .
Eh lupa nak share location. Korang boleh je waze Trove Hotel Johor Bahru...Komfom jumpa..
|
Jom tengok menu nya... |
|
I geram betul tengok ciken wing tuh! |
|
Cer kira berapa mangkuk semuanya |
|
Huwaa,,Sis Lin order set ni sekali |
|
Lepas ni , menu kita rampas siap-siap..Jangan kasi Sis pegang...Habis dia order ... kita yang kena habiskan.HAHAHA. |
|
Nyempat posing comel dia tuuuu... |
|
Tapi tetap Ain paling comel. Sekian puji diri sendiri. kBYE! |
Pesanan penaja : Aku selalu lepak dengan diorang sebab diorang selalu buat aku tergelak..Kan dah cakap , tahun ni "I just wanna be Happy!" . Tapi, gelak-gelak jugak.. Sekali Sis Lin tanya , "blog dah update?" ...Haa , berani nak main-main.. Kesimpulannya , lepak bersidang pun iyer jugak , main-main jugak ....update blog tetap kena buat... Lagi-lagi kau yang pilih nak being a blogger kan!(Pesan pada diri sendiri...)