Memaparkan catatan dengan label #randomsyukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #randomsyukur. Papar semua catatan

BEG DARI VIETNAM

BEG DARI VIETNAM  sheisfarahain


 BEG DARI VIETNAM 


Assalamualaikum. Belek-belek gambar lama teringat pula beg ini. Beg ini sebenarnya pemberian dari mak-mak kejiranan disini. Pada tahun 2022 bulan oktober mereka pergi ke Vietnam. 


Dah pergi sana selain jalan -jalan semesti nya la bershopping. Nama pun mak mak yang memiliki sifat keibuan kan , mereka kumpul duit semua dan belikan beg sebagai cenderahati buat kami di sini yang tidak mengikut trip tersebut.


Beg ni banyak kegunaannya. Ain guna untuk bawa ke majlis yassin , jadikan beg untuk isi telekung . Malah Ain bawa juga beg ini ke Kuala Lumpur , pergi seminar dan banyak la kegunaan. 


Ain ni pula jenis suka beg yang multipurpose. Hehehe. Senang boleh sumbat macam-macam.


Jumpa another posting ,


Xoxo,

Ain 😍

Kongsi Rezeki Di Hari Jumaat

doa sempena hari jumaat


Kongsi Rezeki Di Hari Jumaat | Assalamualaikum , hari ini rasa gembira kerana jiran sebelah telah berkongsi rezeki di hari jumaat yang mulia ini . Selalunya , hari jumaat pagi ain akan morning walk atau bermain badminton dengan teman kecilku si Farisya . Tapi , Ain tak larat disebabkan period pain . Ubat untuk period pain  ni memang rehat dan tidur je la . Ain siap off internet memang tak terganggu dengan sebarang bunyi notification dari telefon . Jadinya , bila dah tersedar pada jam 11 pagi tu terus berdesup mesej yang masuk .

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, lancarkanlah urusan aku hari ini. Indahkanlah dengan silaturahim yang baik dan limpahkanlah dengan rezeki yang berkat.


Kisahnya , Farisya dah mesej ain seawal jam 8 pagi lebih tapi apakan daya , kak Ain dia ni terlelap memang tak sedar apa . Tak lama lepas tu , mama nya pun turut mesej mengatakan nak menghantar makanan . Alhamdulilah terasa bersyukur sangat hati ini . Selepas ain dah membasuh muka , buka la pintu dan mengambil makanan yang diberikan . Jiran ain yang baik hati ni berkongsi rezeki antaranya ialah roti jala , kuih coklat comel (sedap sangat) dan nasi kerabu . Jadinya untuk sarapan pagi yang membawa ke makan tengah hari tu ain tambah kan dengan nasi goreng dan telur mata (untuk abang ain) sebabnya dia tak makan nasi kerabu . Lepastu abang ain ni dia power buat air tau , selalu kalau tetamu yang datang ke rumah atau minum petang ke memang dia yang selalu buat air . Dulunya abang ain pernah meniaga air masa waktu belajar diploma dulu . Nasi goreng pun nasi yang berlebih semalam dan ada sambal belacan sikit dijadikan perencah untuk menumis . Siap la hidangan untuk sarapan pagi tengah hari . HAHAHA .

rezeki hari jumaat


Kadang -kadang rasa malu pula pada jiran sebelah ni , yela ada je nanti makanan yang diberikan pada ain . Macam tahu tahu je kadang tu tengah tak rajin nak memasak . HAHAHAH . 


Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.

 

8 pintu murah rezeki

mudahnya menjemput rezeki

cara tarik rezeki dengan muka


Bila Aku Berjawatan Bukan 1 Tapi 2! #RandomSyukur

sheisfarahain kejiranan rukun tetangga

Assalamualaikum . Kembali lagi dalam #RandomSyukur yang mana ain akan kongsikan kisah throwback ataupun kisah kehidupan yang berlaku . Untuk tahun 2022 ini , ingatkan dah tak ada lah nak pegang jawatan memandangkan dah malas nak aktif tapi apakan daya  , amanah dan tanggungjawab yang dipercayai oleh masyarakat .

Kalau yang pernah baca entri yang lepas bertajuk Perkhabaran Duka , semua dah sedia maklum makcik setiausaha kejiranan wanita tempat ain dah meninggal dunia . Jadinya jawatan setiausaha di serahkan kepada ain . Berat tanggungjawab ini yang ain perlu galas dan sebenarnya ain memang dah tak nak dah pegang apa -apa jawatan memandangkan ain dah pernah merasa berjawatan ni sejak dari bangku sekolah sehingga ke zaman universiti . Bertanding pilihan raya untuk menjadi wakil pelajar pun dah pernah . Pada ain , cukup dah pengalaman berjawatan ini dan ain tahu apa yang akan berlaku terutama kepada orang yang tidak suka kepada kita .

Baru - baru ini juga telah diadakan Mesyuarat untuk pemilihan AJK KRT untuk tahun 2022-2023 dan nama ain telah diangkat lagi ke KRT induk . Aduhai , ikutkan memang ain tak nak tapi sebab layanan baik dari ibu ibu (kejirananwanita ) disini , ain terima je la . Tak cukup dengan jawatan Setiausaha Kejirananwanita , ain dipilih menjadi Ketua Jiran Muda disini . 

Aduhai , takut sebenarnya bila berjawatan . Sebab nya menjadi harapan masyarakat disini , ain pula jadi kekok . Cuma bila dah berjawatan pada usia 31 tahun ni kan , Ain dah banyak tak agresif macam zaman belajar dulu . Dulu - dulu bila orang hentam ain , maki ain dan bermacam lagi ain lawan balik . Berbeza dengan sekarang ain lebih banyak cool , dan berdiam serta belajar buat keputusan secara rasional dan dalam keadaan tenang .

Niat ain bila diamanahkan sebagai Ketua Jiran Muda ni tak besar mana pun cukup dapat melahirkan anak anak jiran yang lebih berkualiti , jangan buat benda merepek , saling kenal mengenali sesama jiran dan mencorak masa hadapan dengan lebih bagus  . Nak tambah lagi , gunakan social media dengan cara yang betul . Memandangkan ain memang bekerja dalam dunia social media , jadi tak salah untuk ain educate anak anak jiran disini . 

Cuma tu la dalam pada kita masih dengan situasi covid la dan entah apa lagi isu semasa ni  , tak banyak aktiviti kejiranan boleh dilaksanakan . Harap sangat ain dapat jalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan bagus . Insyallah ~~

Ahli Mesyuarat Tingkap Kembali Bersidang #RandomSyukur

ahli mesyuarat tingkap bersidang kisah anak jiran


 Assalamualaikum . hari ini dah pun masuk bulan Februari . Cepatnya masa berlalu kan . Apa kata untuk bulan Februari ni , ain nak buat random throwback ataupun random story tentang kehidupan ain . Kisah yang mesti disyukuri oleh diri ini . Kenapa ehk beria betul bila masuk bulan Februari ni ? Ianya bulan kelahiran ain . Jadi , mesti la tuan punya badan menghitung hari , walaupun hakikatnya umur semakin bertambah dan masa hari jadi nanti pun bukannya ada sesiapa nak sambut ke , nak buat majlis ke atau nak bagi hadiah ke kan . Nothing special pun pada hari tersebut .

Entah la , kadang kadang tengok perempuan kemain happy dapat sejambak bunga lalu hati ini pun terdetik kalau la ada someone special bagi bunga kan . Eee , mesti senyum kambing ain terus terkeluar nanti kan . Hahaha . JADINYA KITA BERANGAN JELA MAMPU NI . NAK TUNGGU DAPAT JAWABNYA LAMBERTTT LAGI LAH KANN! 

Anyway , tajuk hari ini ialah tentang ahli mesyuarat tingkap kembali bersidang . Kisahnya , sewaktu ain pulang ke rumah dari Sabah tempoh hari . Semestinya kisah anak jiran kembali naik yer. Hahaha . BANYAK BENDA NAK KENA BINCANG . Maklum lah dua minggu tinggal kan walaupun ada juga mesej mesej anak jiran di whatsapp tapi takkan sama dengan cakap depan - depan kan .

Flight ain sampai ke Johor Bahru tengah hari , dan sebelah petang baru masing - masing kembali bersidang. Jujurnya , life ain ni agak membosankan . Ain tak ada happy family macam orang lain . Bila ada anak jiran kiri kanan yang selalu tegur 'kak ain kak ain ' ni , terasa happy sangat! Walaupun mereka semua masih lagi bersekolah , nak cerita kisah sedih ke , nak buat luahan perasaan ke , mana lah diorang faham kan tapi bila diorang datang depan rumah ain berbual , terus hilang kadang rasa sunyi tu .

Jadinya , 'ahli mesyuarat tingkap' ni la salah satu perkara yang ain sangat syukuri! Bersyukur mendapat anak jiran yang baik dan mampu menghilangkan rasa sunyi itu untuk seketika waktu . Alhamdulilah~~