Memaparkan catatan dengan label princess ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label princess ibu. Papar semua catatan

9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU

9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU | Seperti biasa awal pagi , ain merajinkan diri untuk membuka blog dan juga sempat blogwalking ke blog kawan - kawan yang lain . Terbaca tajuk dari Blogger Hernee Nazir yang bertajuk 12 tahun tanpa doa seorang ibu lalu mengingatkan pada diri ini yang juga sudah tiada doa dari seorang ibu . Sambil membaca posting tersebut , walaupun ringkas ianya tetap menusuk ke hati .


Tipu la kalau ain cakap "I'm okay.. totally move on dah tak rasa apa dah ". 9 tahun berlalu begitu sahaja . Teringat pula minggu lepas ain bersihkan kubur arwah ibu . Kubur arwah ibu ni ada rumput dan cabarannya ialah nak bersih kan kubur ibu , kena bersihkan kubur sebelah menyebelah . Ini kerana tiada waris yang menguruskan kubur kubur tersebut . Mungkin dari situ , Allah nak suruh kitorang yang masih ada ni tolong la uruskan juga . 


hilang doa seorang ibu



Pernah satu ketika , ain duduk termenung lama di kubur ibu , tanpa mengalirkan air mata , tanpa berkata apa , hanya meminta kekuatan. Lama ain duduk termenung depan kubur ibu , kadang - kadang teringat kembali kenangan terindah dan pahit manis sewaktu ibu ada . 😭


Baca juga : Ziarah pusara ibu di pagi hari 


Kuingin saat ini engkau ada di disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan


Hati ini hanya rindu


Bait - bait lirik lagu Hanya Rindu dari penyanyi Indonesia Andmesh Kamaleng 

(sambil menulis posting ini , sambil pasang lagu ni ...alahai sedih pulak rasa nya)




Pandainya ain menulis , datang dari arwah ibu. Sebab itu ain abadikan juga beberapa cerita Princess Ibu ini dalam blog akuainkausiapa. "Princess Ibu" , gelaran yang selalu dipanggil ibu kepada ain , kerana ain satu satunya anak perempuan yang dia ada. 


Antara kisah ibu yang ain tulis di blog :


Hargai la dia yang melahirkan kita ke dunia ,  sayangi lah dia selagi dia bernyawa , peluk lah dia selagi dia di depan mata kita ..Kelak bila dia sudah tiada...hanya rindu pengubat di hati . Kerana sudah tiada lagi doa dari seorang yang kita panggil ibu .


Al - Fatihah selalu ku hadiahkan buat ibu yang tersayang ,
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959 - 17 November 2013

Pagi Tadi Ziarah Ke Pusara Ibu

pusara ibu



Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada . 

Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu 🥲" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .

Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .

Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain . 

Love you ibu ❤️💌

Itulah Gambar Keluarga Saya !


Assalamualaikum.  Selalunya ain jenis kalau solat zuhur dan asar biasanya di bawah . Kadang tu membawak sampai ke isyak solat dibawah . Entahla .Memang spesis tak suka duduk dalam bilik. Rasa terkepam badan dibuatnya .

Lebih suka duduk di ruang tamu dan halaman luar rumah . Jadinya kalau lepas solat dan berdoa kan , mesti terpandang gambar ni . Sayu sangat hati ini .

Gambar ni dipandang ketika rasa bahagia , gambar ni juga dipandang ketika rasa sedih . Susunan gambar ni ain yang buat .. Nak susun gambar ni mula mula kena susun dulu dibawah sebelum gantung . 

Dah lama dah keadaan gambar ni disusun . Masa dulu tu suka tengok idea orang menyusun gambar . Jadinya yang tukang paku tu bukan la saya 🤭 Saya tukang susun mana nak pasang je .

Melihat gambar ni terasa sayu ! Everytime i sad , i always tengok gambar arwah ibu . Sumber kekuatan ku . Sedih tau bila lap air mata sendiri . Sendiri kena cakap pada diri sendiri . Ain ! You are strong ! Bila ibu meninggal banyak perkara yang berlaku . Cukup la ianya terlalu peribadi untuk diluahkan .

Bila tengok gambar ibu , ain pujuk diri sendiri . Ibu tak nak tengok anak dia ni nangis . Penat penat dia besar kan anak perempuan dia ni sampai debab 🤣🤣🤣 Dedulu orang suka cakap aku debab . Tapi ibu panggil ain Princess ! Princess Tembam. Bahahaha .

Aku percaya.  kalau nampak orang tu anak  perempuan sorang .. pastu dia kemain tembam ..Maksudnya memang mak dia bagi kasih sayang terlebih melimpah ruah la tu.  Aku dah rasa ! That why the pain of losing tu masih ada .. Tipu kalau kata dah hilang . Cuma ikhlas dan redha pada pemergian ibu tu dah lama ada ..

🤲Ya Allah ! Kau berikanlah kekuatan buat hati ini .. Semoga kau sentiasa pelihara ibu ku. . Bahagiakan dia disana. . Bahagia kan juga aku disini .. Semoga sebagaimana tabahnya arwah ibu ku ketika hidupnya. . Engkau berikanlah ketabahan itu juga kepada aku . 

Happy Mother Day !


Pagi ni buka whatsapp menimbun bercerita tentang Hari Ibu . Buka pula Instagram ramai yang post gambar bersama dengan ibu , mak mertua mereka . Tak ! Aku bukan jelos . Cuma aku senyum tengok kebahagiaan orang . Dalam hati cakap , "untung ehk ade mak lagi" .  Aku ni.. hmm .. Banyak kena pendam sendiri dan simpan sendiri . 

Tapi , kalau kita nak bahagia , tak salah kita membahagiakan orang lain . Jadi , tadi sempat ain wish pada kawan - kawan , kakak kakak , makcik makcik jiran  Happy Mother Day ! Kadang - kadang dengan wish simple macam gini pun boleh gembirakan orang kan . 

Untuk yang membaca ni , kalau anda seorang ibu . Selamat Hari Ibu .. Ibu engkaulah ratu hati ku ! 

Ain pernah tulis kisah arwah ibu . Tajuknya Dua Puluh Tujuh April , sudi kan membaca . 

PRINCESS IBU AMEK RESULT SPM

PRINCESS IBU AMEK RESULT SPM

Gambar yang korang tengok tu ialah ketika princess mengambil result SPM. Aaaa gitcheww berbaju kurung berwarna pink .. Ibu pun berbaju pink .. Nampak kan perbezaan 2 -3 kali ganda saiz badan princess dan ibu nya . Gemok nak mampus cam gini layak ker digelar princess kepada ibu nya ? Hey , LAYAK okay ... Hahaha ! memandangkan satu-satunya anak perempuan tunggal , jadinya memang pinky pinky lah dengan ibu. 

Waktu ambil result SPM ni , rasa happy sebab ibu teman . Yela , ibu kerja shift jadinya tak tentu sangat waktu. Masa amek result SPM ni , nak kata nebes sangat tak la jugak . Sebab tahu tak kan dapat straight A. Hahahhaaha .. Nama je Ain .. Kau ingat semua orang yang ade nama A boleh senang cam gitu je ke nak dapat A ? 

Berapa result princess ? 5 A jerr gaiss.. hahhaha .. Okay la.. Paling menggembirakan ialah dapat A untuk BM , Pendidikan Islam , MATH , AKAUN DAN PENGAJIAN KEUSAHAWANAN .  yang aku besaqkan tu paling happy sebab dapat A..Actually Sejarah target dapat A eh tak dapat pulak ...hahaha. Yang subjek BI , Addmath , Fizik dan Kimia memang dah tak target dapat A. 

Tapi tula , ibu princess ni terima je ape bentuk result anak dia . Teringat dulu-dulu sekolah teknik ni dia agak strict giler ! Aku pulak duduk kelas first ... Aalaaaaa typical budak kelas first kan memang kena homework siap .. Selalu ibu yang teman aku siapkan homework sambil dia settlekan gosok baju sekolah anak-anak dia .

Masa dah nak dekat SPM , si princess ni macam nak giler kena siapkan Rancangan Perniagaan untuk subjek Pengajian Keusahawanan. Subjek tuh ya allah .. Subjek menghafal . Aku pernah dapat markah 7/100 masa ujian bulanan . Tak malu untuk aku katakan yang cikgu tak target aku untuk dapat  A bagi subjek ni . Tapi , nampak kan kalau kita usaha , Allah bagi juga. 

Sebab ibu nampak struggle macam mana princess dia ni siapkan RP tu . Macam mana aku stress. At the end , result 5 A ni yang bawak princess ibu ni ke peringkat seterusnya. Sebab ade dulu kawan-kawan yang pelik kenapa aku dapat masuk matrik . Aku masuk matrik Perakaunan . Bukan itu sahaja , aku dapat skor A untuk subjek yang melayakkan aku ke matrik . 

Tahu lah kita ni tak berapa nak pandai sangat tapi teringat jugak la ade yang macam tak percaya si budak Ain ni boleh dapat matrik .. Tu lah namanya Rezeki weh . Lagipun arwah ibu dulu jenis ibu yang sokong apa yang anak dia minat . Princess dia ni dari kecik suka bisnes , suka berbual dengan ibu pasal bisnes.

Tu belum lagi selalu teman ibu pegi kelas MLM . HAHAHAHA .. Eh pegi closing sales lah , pegi rumah kawan-kawan MLM .. Aku memang dah dibesarkan dengan macam gitu . Lepastu masa form4-5 ni , aku dapat sijil full attended . Semua ni sokongan dari ibu. 

Ibu yang selalu kejut pagi-pagi sebab sekolah teknik aku ni agak jem kalau keluar lambat dari rumah. Tapi paling rasa sendu nya hidup kalau ibu shift pagi. Astagfirullah , memang masam mencuka princess dia ni nak pergi sekolah sebab kena bangun awal. 

Ibu , terima kasih sebab selalu jadi orang yang bangga ada anak seperti princess dia ni. Tengoklah gambar tu , muka princess kemain masam , muka ibu dia senyum je . ~~~~

PRINCESS TEMAN IBU MASAK

PRINCESS TEMAN IBU MASAK 

Bersambung kembali dalam kisah princess Ibu..Semua nya tentang kisah menjadi seorang princess kepada ibu saya!. Hari ni aku story macam mana aku boleh pandai memasak.

Sejak dari kecik lagi , ibu yang selalu "paksa" aku untuk masuk ke dapur. Ibu selalu pesan "ain kan anak seorang perempuan ...kenalah rajin masuk dapur...pandai masak.. nanti dah besar..senang boleh masak". Mula-mula masih tak faham lagi kenapa setiap kali ibu nak start masak , dia akan panggil aku suruh masuk dapur.

Sebabnya dia nak aku tengok cara dia memasak. One thing yang korang patut tahu ialah ibu aku yang mengajar aku untuk masak apa yang ada. "Tak cukup bahan takpe , janji Masak!" Wow tagline yang sering aku guna. Ibu yang ajar.. Jangan nak cukupkan semua bahan baru nak masak. Gitu baik kau pergi makan dekat kedai je.Hahaha. (yang ni aku yang tambah)

Mula-mula dulu paling tak suka kopek bawang sebab aku memang jenis sensitif woi.Kopek sikit je boleh sampai keluar air mata. Lepastu kalau bab menumis , paling benci terpercik minyak panas.. Tapi ibu ajar cara yang betul.. Kalau nak goreng tu, minyak kena panas. Dah kalau seram penakut nak masukkan ayam atau ikan , tutup je api tu dulu.. Simple! Ade sesetengah orang tua marah, disuruhnya paksa letak sampai terpelanting minyak semua. Hahaha.

Tapi ibu tak. Ibu ajar jadi perempuan yang masak paling simple. Dia ajar anaknya ni jadi lagi pandai uruskan bab dapur. Sejak darjah 4 kalau tak silap memang dah pandai buat burger sendiri dekat rumah. Hahhhahhahaa. Dulu-dulu ibu banyak kerja shift tau. Tapi one thing yang aku perasan sebelum keluar rumah dia tetap akan masak dulu. Tabiat ni sampai aku pun terikut sama. Sejenis Sebba dulu baru keluar rumah sebabnya kalau balik rumah perut lapar ade jugak makanan nak makan.

Kitorang satu family memang suka makan burger.Dulu-dulu ibu beli stok daging siap-siap dan roti. Pompangpompang aku buat sendiri burger. Tu pasal jangan tekezut kalau abang aku sekali 3bijik burger dia boleh sumbat..Hahahaha. Sebab burger adalah makanan rasmi keluarga kami. Hahahhaa. 

Tapi...

Masa duduk rumah sewa dekat kedah dulu sekitar tahun 2010-2013 aku tak pandai langsung masak. Sebab dah lama tak prektis. Garam dengan gula pun tak pandai beza. Lepastu aku sedar kenapa aku jadi tak pandai masak. Sebab aku selalu cari bahan yang serba cukup baru nak masak.

Aku lupa yang ibu ajar sebaliknya. Bila aku balik ke JB semula..Dan aku start semula memasak. Rasa ralat jugak lah, ibu tak sempat nak merasa air tangan anaknya ni. Bila berjumpa dengan adik-beradik ibu mesti diorang akan cakap macam gini.. "Arwah Kak Long (panggilan sebab ibu anak sulung) pandai masak tau..mesti ain pun pandai masak jugak kan". 

Aku pandai masak sebab ibu yang ajar dan ibu yang paksa. Kalau datang kerumah orang dan orang tu masakkan untuk tetamu mesti aku kepoh nak ikut ke dapur sekali. Sebabnya satu nak menyembang. Hahhaha.. Dasar mulut kepoh. Kedua sebab nak belajar lagi cara memasak. Lagipun mesti aku jenis pandai masak sebab melihat cara orang tu memasak. Bukannya berdasarkan resepi semata-mata. 

Haish... rindu sangat dekat ibu.. terima kasih ibu sebab paksa anaknya ni masuk ke dapur.. kalau tak ,habis kejong tangan princess dia ni satu apa pon tak boleh buat. Hahaha.. 

Bersambung ke episod lain... Princess Ibu..Dah baca belum kisah sebelum nya ?. Kalau belum sila baca..

HANTU LAKSA , KEPALA DAN EKOR IKAN

HANTU LAKSA , KEPALA DAN EKOR IKAN

I used to call myself as "Princess Ibu". Sebabnya ibu memang selalu panggil aku princess. Well , dibesarkan sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mestilah menjadi princess di hati ibu nya kan. So , aku rasa its time for me to say it all things which aku rasa can be share to the public about being myself as a "Princess" Gituw! Tak payah duduk dekat buai sambil nyanyi lagu "laju laju buai ku laju, aku nak kawen dengan anak raja". 

So, this is my story! Mungkin berepisod .Hahaha. Ade ke yang sudi nak mengikuti nya ? Kahkahkahkah. 

Where should i start first ? 

Okay, let me think.. No need to think yer Nur Farahain..Just write it all.. *tak!* Aku kena fikir. sebab itu yang diajar oleh ibu. Dia tak suka anaknya jadi penulis. 

Dari kecik lagi bila kantoi aku ada diari sendiri , ibu marah aku! Aku tak faham dulu nya kenapa ibu marah sangat dan langsung tak bagi aku tulis diari lagi. TAPI! Aku buat jugak.Hahaha. Di blog! Kejap!! nak ingat balik arwah ibu tahu ke tak ehk anak dia ni ade blog? aku lupa.

Anyway , best ke jadi princess ibu ? Of course lah best. Tapi arwah ibu jadikan aku sebagai princess nya tapi tak lah sampai melampau semua kehendak aku diturutkan. Ibu selalu cakap dalam ketiga-tiga anaknya , anak seorang perempuan dia ni yang paling boleh berdikari. (bukan memuji diri sendiri tapi ini hakikat sebenar) Kenapa dari kecik lagi ibu dah sedar semua tentang princess nya? 

Lepas aku lahir , abang aku ni dia manja sikit. Makan pun masih nak bersuap lepastu dalam banyak hal dia masih lagi nak "dimanjakan". Aku yang tengah ni memang banyak mengalah sampai ibu cakap aku pandai "bawa diri" , pandai cari baju sendiri masa kecik , makan sendiri dah tak harap bersuap. Lagi sekali nak pesan , ni bukan ayat bangga diri sendiri tapi ini yang dikata selalu oleh ibu princess ni.Hahaha.

Kalau dikatakan tentang makan pulak , selalunya kalau beli ayam seekor kan , time kecik-kecik mestilah nak makan ayam peha. Tapi, tulah. Lagi sekali , princess ibu ni banyak mengalah. Aku selalu ambil bahagian kepak dengan ibu. Selalu nya yang berebut antara aku dan ibu ialah kepala ikan. Hahaha. Takpun ekor ikan yang hujung-hujung tu. Ya Allah kalau diingat semula , rindu nya perasaan itu. 

Selalu kalau ikan contohnya macam makan ikan siakap stim limau di kedai makan , yang banyak carik isi ialah geng lelaki tetapi aku dengan ibu lebih suka meratah ekor dan kepala. Pada kami itulah kepuasan nikmat yang sebenar. Tentang makan ni, boleh dikatakan ibu dan princess nya banyak sangat persamaan dan kesukaan. Kitorang suka LAKSA! which is family yang lain tak suka.

Arwah ibu penggemar laksa penang. Ya Allah, everytime nampak laksa penang mesti teringat ibu. Tapi ibu lagi hantu laksa lah dari aku. Sebabnya ibu ni dilahirkan di Pulau Pinang. Dan.....

Beberapa hari sebelum ibu nak meninggal dia nak sangat makan laksa penang. Bayangkan waktu tu dah malam ibu mintak. Merata jugak aku carik. Tapi sempatlah ibu jamah terakhir kali. Cuma aku yang tak sempat suap ibu. Alaaa. sedihnya kalau diingat lagi. Orang mungkin cakap "tak baik meratap orang yang telah tiada". Tapi ...setelah kau habis baca kisah Princess Ibu ni.. nilaikan sendiri..

Allah ambil orang yang sangat menyayangi aku lebih dari dia sayang diri dia.. Allah ambil orang yang mengangkat aku sebagai "princess" nya.. How can i be so easy to delete the feelings? Its not easy.. 

Terima kasih ibu, kerana dia.. kerana bakatnya menulis tercantum dalam jasad anak perempuannya ini.. Kerana hati ini...hanya rindu.. ku tulis disini.. Kisah kita!

Bersambung ke episod nanti.. Princess Ibu..

DUA PULUH TUJUH APRIL


DUA PULUH TUJUH APRIL

Aku ni jenis manusia yang sukakan pada nombor. For me nombor adalah fakta. Masa sekolah dulu yang paling aku suka ialah Matematik dan Prinsip Akaun. Sebab tu aku ni jenis cepat ingat nombor. No tepon , no flat kereta dan tarikh lahir orang.  Hari ini, dua puluh tujuh april.. Tarikh ini sepatutnya aku meraikan hari jadi dia. Hari ini hari jadi ibu. Kalau ibu masih ada , dia sekarang dah masuk 60 tahun.

Ibu , hari ni juga lerr ada jiran yang bertanya tentang ibu. Semua tentang ibu pasti buat ain mengalir kan air mata. Sebak sangat! sebenarnya beberapa hari lepas ain nak ziarah kubur ibu. Tapi Ain tangguh tangguh. Insyallah nanti ain ziarah okay. Ibu... Ain rasa seronok sangat bila ada yang berkata.. "ibu awak dulu baik sangat.. peramah..." I'm just so lucky to have you sebagai ibu.

Cumanya itu lah.. Allah bagi pinjam ibu kejap sangat. 22tahun je ain sempat rasa.. Tapi ain dah lama redha. Ibu... kalau ain sedih selalu ain cakap dekat diri ain  "Cian ibu lahirkan ain penat penat... sampai hati ada orang sakitkan hati anak ibu ni kan..tak apa ibu... ain kan kuat ... ain boleh tepis semua tu."

Ibu, hari tu Ain pergi Melaka. Bila nampak Hospital Melaka tu.. Dulu Ain trauma sangat. Sampai rasa fobia gila nak pergi Melaka. Sebab itu la tempat terakhir Ain tengok ibu masih bernyawa. Sebab tempat itu la ibu cakap "sorry Ibu tak dapat datang  konvo Ain". 😭  Melaka juga tempat ibu dimarah herdik oleh keluarga ibu.. Sampai kita semua tawar hati tak nak balik Melaka. Ayer Keroh..Ain ingat mana rumah ibu dibesarkan. Mana boleh lupa kan.

Tapi , semua tu tinggal kenangan. Ain buang semua kisah sedih ibu itu.. Sebab ain tahu semua tu kalau tidak di buang jauh ain tak akan kemana. Ain tak mampu nak bagi hadiah yang mewah untuk ibu.. Cukup hanya menjadi anak yang solehah di dunia ini sebagai hadiah hari jadi untuk ibu. Terima kasih sebab lahirkan ain. Jadikn ain Princess Ibu. Semoga ibu bahagia disana. 💕💖😍

Selamat Hari Jadi Ibu
Al-Fatihah
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959- 17 November 2013

psttt: itu lah last gambar aku beraya dengan ibu..