Pagi Tadi Ziarah Ke Pusara Ibu

pusara ibu



Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada . 

Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu 🥲" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .

Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .

Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain . 

Love you ibu ❤️💌

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat
    Lama tak boleh ziarah kubur sampai penuh semak samun

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin atas doanya .. betul. sedih sangat tengok semaknsamun tu kan.. insyallah akan dibersihkan ..

      Padam
  2. Al-Fatihah ku hadiahkan buat ibu Ain.

    Akak ingat pusara ibu Ain di Melaka.

    BalasPadam
  3. Al Fatihah untuk ibu kau..Semoga diampunkan segala dosanya dan dilapangkan tempatnya di 'sana'

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.