Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada .
Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu 🥲" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .
Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .
Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain .
Love you ibu ❤️💌
Semoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamLama tak boleh ziarah kubur sampai penuh semak samun
amin atas doanya .. betul. sedih sangat tengok semaknsamun tu kan.. insyallah akan dibersihkan ..
PadamAl-Fatihah ku hadiahkan buat ibu Ain.
BalasPadamAkak ingat pusara ibu Ain di Melaka.
Al Fatihah untuk ibu kau..Semoga diampunkan segala dosanya dan dilapangkan tempatnya di 'sana'
BalasPadam