12:00pm - 1:00pm (Isnin -Jumaat)
TV3
"Segmen Tajaan Wanita Hari Ini TV3"
Selalunya , selepas topik habis dibincangkan , selepas itu akan ada segmen ini.
Semestinya , segmen ini yang paling ain sukai.
Sebab apa?
Dari situ kita belajar macam mana mereka mempromosikan produk mereka rasanya tak kurang dalam 10-15 minit duration nya.
Bagaimana dorang yang mungkin founder,ceo,marketers or spokeperson untuk produk itu bersungguh sungguh bercakap tentang kebaikan dan kelebihan produknya.
Tapi,,, paling win kebanyakkannya ialah bila yg bercakap itu LELAKI..
Nampaknya trend sekarang lelaki pun mampu membicarakan tentang kecantikan.
Tak pelik kalau lelaki mampu jadi pengedar stokis,agent, dropship terbaik untuk sesuatu produk..
Bukan itu saja , boleh nampak trend marketing sekarang , sudah ramai ceo dan founder sendiri turun padang menjalankan aktiviti me'market'kan produk mereke itu sendiri.
Ini secara tidak langsung , pengguna sendiri dapat mengenali siapa sebenarnya pengasas produk itu.
Mungkin kita tidak mampu beriklan di media elektronik kerana ianya melibatkan kos yang agak mahal , tetapi kita boleh sedut ilmu bagaimana mereka bercakap tentang 'bestnya' produk mereka di kaca tv.