Guna Kotak Kasut Buat Alas Keyboard Untuk Menaip


Assalamualaikum .. kalau semua nak tahu ain kalau update blog selalu nya menaip guna telefon je 😅 Mood banyak kearah menaip di telefon berbanding di komputer . Komputer yang ain guna ni pula zaman tokadok 🤣🤭 Zaman lama punya .

Setakat kerja menaip tu lepas la , tapi kalau nak buat edit video atau design memang tak boleh . Meja dan kerusi yang ain letak untuk set komputer ni pula tak sesuai untuk buat kerja kerja menulis dengan lebih lama . Sebabnya meja tu rendah . 

Jadinya kalau lama lama boleh sakit belakang nanti . Ain ternampak pula kotak kasut ain , haa boleh la meninggikan kedudukan keyboard tu . Okay , dah jadi sedap nak menaip . 

Insyallah , doakan ain yer ! Sekarang ni ain banyak mencari job job sebagai writer dan ghost writer . Masih awal lagi ni nak mencari .. 

Manalah tahu kalau korang ada tahu peluang terbuka sebagai writer boleh bagitahu ain yer .

Ain tinggalkan sekali email disini ⤵️
ain8291@gmail com 

17 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum.. Pagi ni nak mencari breakfast. Sebab terasa nak macam orang lain juga mencari breakfast di luar . Kemain yer pergi sampai 3 tempat . Sebab gerak keluar pun dah lambat kan . 

Total semua RM 10.40 . (roti john telur  RM 1.20 beli dua jadi RM 2.40 ). Nasi lemak (RM 2 beli dua jadi RM 4 ) Kuih karipap sebiji 0.50 yer . Tinggal inti keledek dan kentang je . Ain cakap buat 2 ringgit 2 ringgit jadi RM 4 . Ni untuk makan berdua je . Jadi lah . 

Dah kenyang kemain ain masak agak lewat juga pening nak masak ape , masak jela nasi putih dengan ayam kicap je 🤣 . Untuk dinner pula petang tu masa menyapu sampah di depan rumah jiran bagi nasi dagang . Jadi dinner ain makan la nasi dagang . 

Settel ! 🤲 Bersyukur !