Tauhu Begedil Simple Asal Boleh Telan Je !

Assalamualaikum . Hari ni dah masuk 14 Ramadhan . Dah 2 minggu kita berpuasa. Ya Allah sungguh cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah dua minggu . Hari ni rancangnya nak buat mee sizling dah siap beli bahan tapi rezeki awal muncul apabila jiran memberi lauk kari ayam dan keow teow . Allah nak bagi aku relax sikit kot tapi tak relax sangat la. Masak nasi untuk dimakan dengan lauk tu serta terasa nak buat tauhu begedil . Habiskan stok tauhu pok tek yang cuma tinggal berapa ketul je tu . Tauhu begedil ni pula memang kegemaran ain ! sangat favourite! 

Buat ikut resepi sendiri je , kalau ikut orang yang meniaga macam-macam bahan diletaknya tapi seketul Farahain memang tak cukup bahan takpe , janji masak ! Aaaaa giteww.. Hahaha . Maka terhasil lah tauhu begedil dan buatkan juga begedil untuk makan tambahan abang aku sebab dia tak makan tauhu begedil . 

Ni la gambarnya tauhu begedil pesyen ain . Janji boleh telan . Sedap tu ikut tekak sendiri , asal boleh telan sedap la tu. Hehehehe . Korang berbuka apa tu ? 

Nasi Goreng Telur Mata Accident !

Ni la juadah berbuka semalam . Konon nak hias ala -ala makan dekat restoran la , siap nak letak telur mata atas nasi tu . Mula -mula elok je kejadian , sekali nampak letak senget . Dalam hati dah cakap "ade kang meleleh jap lagi" Kah! betul sangkaan ain . Hahaha . 

Terjadi la nasi goreng telur mata Accident! Tak berlanggar dengan sesiapa pun . Hahaha . Selalu dalam 15-10 minit nak berbuka baru ain akan sempat nak ambil gambar . Boleh tengok sendiri kejadian accident nya . Sambil ambil gambar , sambil tergelak seorang! *mudah terhibur betul kan kau Ain! 

Nak tahu lebih banyak cerita makanan di blog ni ?. Klik sini okay geng.. awak makan ape ?

Dapat Hadiah Blender *kemain banyak woi*

 Dapat Hadiah Blender *kemain banyak woi*

Assalamulaikum . Bulan puasa ni ain dapat hadiah dari mama . Tetiba dia cakap ,"nah Ain hadiah blender". Bila ain bukak kotak nya , banyaknya isi . Banyak - banyak ni nak buat apa . Hahaha . Blender satu je dah cukup .

Terfikir juga sebab ain selalu guna blender yang dah sedia ada je . Tapi dah orang bagi hadiah . Kita terima sahaja la . Hehehe . Ada yang pernah guna ke blender banyak - banyak gini ? 

blender amazing bullet

blender amazing bullet

blender amazing bullet

nak masak ape yer guna blender ni ? boleh la tengok resepi yang dah tersedia dalam blog ni .. huhuhu .. klik je disini  > resepi