5000 LANGKAH UNTUK DICAPAl
Selalu nampak orang screen shot daily steps diorang. Sampaikan ade yang nak achieve 10000 setiap hari. Wow! Susah jugak rasanya nak capai target 10K tuh..
TAPI....teringin jugak nak track daily steps kan.. So , aku meletakkan 5000 langkah dahulu. Bila dah lama-lama baru kita naikkan sedikit demi sedikit..Apa yang aku belajar untuk mencapai target ini ialah dapat mendisiplinkan diri aku!
Disiplin lah woi.. Kalau dah tengah petang belum sempat capai , mau tak menggelupur...Hahaha. Rasa macam gagal gila hari tu. Aku buat semua ni sebab diri aku. Sebab nak lebih aktif dan lebih sihat.
Aku jadi lebih bersemangat disebabkan ade peneman. Hahaha. Iaitu anak jiran!!! Hahaha. Kalau macam tak larat nak joging pagi , petang-petang aku jalan-jalan je keliling rumah pusing jalan belakang sekitar yang dekat je lah. Know know dah 5000 steps.. Kebanyakkannya selalu akan lebih 5000 punya. Maceh anak jiran saya yang sudi teman. Sampaikan semalam ade makcik tu tegur "Ain memang suka ehk berjalan?. Selalu nampak bertukar-tukar budak yang ngikut" HAHAHHA. Yelah , mana yang okay dan behave..ikut aje lah kak Ain diorang ni.
Semoga lepas ni kaki ku makin kecik..Eh tapak kaki memang kecik sebab pakai size 5-6 je gitu.. Yang beso nya PEHA dan Bontot.Hahahha. yang tu beso giler susah nau nak kecik!.