Hari ini hari yang penuh duka . Sedih sangat rasanya .. Benarlah ujian covid ni ujian kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah .
Tanpa disedari , makcik jiran yang kami semua nantikan untuk pulang kembali sihat akhirnya pergi meninggalkan kita semua jam 12:30 tengah malam . Aku tidur awal . Aku off internet telefon . Entah macam mana jam 4 pagi aku tersedar .
Terasa ingin menge "check" something . Buka whatsapp group kejiranan . Allahuakbar . Sayu nya hati ini . Sungguh makcik tu baik sangat . Dia sangat bagus dalam mengalas jawatan nya sebagai setiausaha di kejiranan ini . Makcik itu la yang menjadi penggerak yang kuat dalam khariah kami . Teringat pula dulu aku letak jawatan setiausaha tu🥲 atas hal peribadi . Lalu makcik ni yang ambil tugas itu . Aku sangat hormati dan kagumi makcik ini.
Malah dia jauh lebih bagus menjalankan amanah dan tanggungjawabnya pada kejiranan . Dia jaga tempat KRT tu sama macam dia jaga rumah dia . Dia orang yang terawal membuka lampu krt dan orang terakhir yang menutup lampu krt ketika dulu kami mengadakan majlis yassin dan tahlil pada hari jumaat .
Dia antara yang penggerak utama jika ada program masak memasak . Rasanya , dia la antara makcik yang paling penat bila ada program yang berlangsung .
Allahuakbar .. Terngiang pula ditelinga antara perbualan "peribadi" aku dengannya .Dia tanya "ain dah pernah pergi yer Pulau Belitung Indonesia tu" 😠, "ain okay ke dengan mak tiri?" . Paling latest dia pernah cakap dengan aku " Anak tu ..pernah cakap.. Kalau mak meninggal, tak bagi ayah kahwin lain ðŸ˜.. dan jawapannya "alaa kalau dah nak kahwin , halang macam mana pun tetap kahwin juga " . Makcik ni tak suka makan taugeh , kalau ada makanan yang ade taugeh , mesti dia akan asingkan taugeh tu .Lepastu dia ni selalu je senyum ... Senang cerita keperibadian makcik ni memang dikagumi.
Bayangkan makcik-makcik yang lain pun sedih dan sayu gila . Kami sempat buat kan majlis yassin dan doa untuk dia .. Baru semalam kami doakan semoga dia kembali cepat sembuh .. Akhirnya , ternyata Tuhan lebih menyayangi dirinya .
Benarlah ... Dunia kini masih dibanjiri dengan covid ..kita selalu diberitakan tentang khabar duka .. Al-Fatihah untukmu Hajah Asiah Binti Rapiee. Semoga cik asiah disayangi oleh Allah , dipelihara oleh Allah dan semoga ditempatkan di Syurga yang terbaik .