OLE OLE DI JOHOR
Selalu sangat orang bertanya , mana nak beli ole ole buah tangan dekat JB kan. Aku selalu jawab , tunggu jelah waktu malam di bazar karat. Hahaha. Kadang-kadang orang malas nak bersesak sesak ke situ. Lagi pulak nak tunggu waktu malam kan , mungkin waktu tu nak berehat atau pun nak food hunting ke. Jadinya , aku nak cadangkan satu tempat ni yang korang boleh cari pelbagai ole ole Johor.
Tempat ini diberi nama Kompleks Kraf Johor. Kompleks Kraf Johor ini merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan berkonsepkan ikonik seni dan budaya tempatan di selatan tanah air. Sebagai hub-pemasaran utama produk kraf tempatan , kompleks ini membawa pendekatan 'alami dan rasai' yang mana ianya membawa konsep penghayatan , pengalaman dan perkongsian.
Kalau korang masuk ke sini , korang akan nampak seni binanya yang berbumbung Limas ala resort. Kompleks ini dikatakan sebagai centre untuk korang yang nak cari ole-ole berasaskan negeri Johor. Antara ole ole nya ialah batik , produk anyaman , seramik , aksesori perhiasan diri , produk tenunan , key chain , fridge magnet dan patung wayang kulit.
Disini bukan sahaja hanya menjual ole ole , tetapi kita juga boleh mempelajari kebudayaan Johor seperti persembahan muzikal , interaktif kraf , persembahan kebudayaan , bengkel dan kolokium, demonstrasi kraf serta aktiviti lawatan berpandu kumpulan. Pengunjung yang datang ke sini dapat melihat proses penghasilan alat muzik seperti gambus , kompang , angklung , kempling dan gamelan.Ini secara tidak langsung memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk bermain alat muzik tradisional negeri Johor.
Sebagai pelengkap sebuah destinasi pelancongan , Kompleks Kraf Johor ini juga turut menghidangkan pelbagai sajian makanan tradisional negeri Johor seperti Mee Bandung Muar , Laksa Johor , Otak-otak dan pepes. Membawa tema "rasai dan alami" , pengujung juga berpeluang memasak dan membuat sendiri makanan tradisional Johor seperti tempe dan kuih muih tradisional.
Jadi, kalau tak tahu mana nak cari ole ole Johor di Johor Bahru , boleh la berkunjung ke sini.
Kompleks Kraf Johor
Jalan Cenderasari
80350 Larkin
Johor Bahru
Telefon : 07-2350433 Faks: 07-2350432
Email : craftjohor@kraftangan.gov.my
haa senang takyah berhimpit2 kan sesak ramai org kalau pegi bazar karat tu. Tapi org tgok jugak harganya mcm mna. hehe
BalasPadamterbaik
BalasPadamharganya berbaloi tak?
BalasPadamMacam-macam benda ada kat situ.
BalasPadamoo kat situ rupanya. tak tau pula pasal nak beli ole2 kat johor ni. kalau beli otak2 memang tau.
BalasPadamhahahah.. otak2 plak
Padamsatu tips kalau kita melancong ke luar negeri spt Indonesia, beli keychain Johor byk2 & edarkan kpd supir dan kakitangan hotel kita menginap, dorg mesti layan kita dgn mesra (Knp ku ckp mcm Indo?)
BalasPadamorang johor pun tak pernah jejak ke sini aduiii...Tiber malu jadi johorean sebab banyak benda tak tau ni..
BalasPadambest kan, semua benda ada dalam ni!
BalasPadamehh.. akak pun x penah pegi sini.. tp betul la.. org selalu tanya apa barang yg unik kat johor ni yg boleh dibeli sebagai survenir.. haha
BalasPadamsenang juga nak cari ole-ole kalau ada pusat kraf macam nie..
BalasPadam