Jalan Jalan Johor Dari Pontian Ke Batu Pahat | Assalamualaikum . Ayuhlah kita sambung cerita Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia ain selama 9 hari 8 malam tu ya . Bagi yang belum baca , boleh la terlebih dahulu membaca artikel sebelumnya . Perjalanan kami bermula dari Johor Bahru seawal jam 6 pagi dan perlu tiba di Stadium Mini Pontian pada awal pagi . Alhamdulilah , perjalanan dipermudahkan . Lagipula dari Johor Bahru nak ke Pontian tak la jauh mana , yang buat susah tu sebab kena bangun awal pagi . Waktu yang ada di kereta tu la , waktu yang sesuai untuk tidur . Kihkihkih . Terus pula teringat kisah ain yang insomnia dan dapat atasi nya dengan tidur lebih awal . Muka memang tak la nak bermakeup kan dah kena call time awal pagi begitu , ingat nak makeup sewaktu dalam perjalanan (eh gelap yer kawan kawan memang tak jadi apa nanti ) .
Flag off untuk program Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia dimulakan apabila peserta serta para jemputan telah tiba . Biasala , menjadi tugas sebagai media la kan untuk merekod , mengambil gambar serta merakam video sepanjang program berlangsung . Oh , mungkin tertanya - tanya kan kenapa nama nya Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia . Ianya kerana melibatkan 6 peserta yang membawa basikal BMX (iya gais , BASIKAL BMX ) pusing hampir ke seluruh negeri Johor dan berkolaborasi bersama Tourism Malaysia . Jadi secara tak langsung , mereka berbasikal dan akan pergi ke setiap check point tempat menarik di sekitar negeri Johor . Berbasikal sambil bercuti cuti Malaysia lah gitu konsep program nya . Akan tetapi , terdapat kemudahan , fisioterapi serta marshal dan kumpulan bantuan sokongan sepanjang peserta berbasikal . Makna kata , mereka berbasikal bukan main hentam jela , tetapi tahap kesihatan mereka dipantau dari masa ke masa .
Bukan itu sahaja , program ini turut melibatkan ramai pihak untuk menjaga keselamatan lalu lintas di setiap daerah . Itu yang seronoknya apabila banyak pihak turut terlibat demi menjayakan jelajah johor ini . Program ini juga la memberi pengalaman pertama ain untuk merekod , mengambil gambar serta membuat liputan dengan menaiki kenderaan 4 by 4 . Bayangkan dulu dulu ain datang event atau program tapi takla selasak program ni . Memang cerita nya kena sangat aktif dan perlukan fitness level yang superb ye memandangkan aku ni perempuan . Nak kena naik turun 4 by 4 lagi . Fuh !
Jadinya , kami naik 4 by 4 tu dari bermula flag off sampai ke depan sikit je , seterusnya kami berpatah balik dan menaiki kenderaan yang disediakan la . Gila apa nak naik sampai ke Batu Pahat . Sakit bontot nanti . Dari Pontian , kami ke Batu Pahat . Check point seterusnya ialah di Pantai Minyak Beku . Pantai Minyak Beku ni memang antara tempat yang menarik dan selalu dikunjungi apabila tiba di Batu Pahat .
Kenderaan kami tidak bergerak sama dengan pasukan BMX Ungkal , jadinya of course la kami sampai terlebih dahulu . Sempat la ain berangan dulu dekat tepi Pantai Minyak Beku tu , sempat buat live lagi ! HAHAHAHA . Walaupun ayah orang Batu Pahat , tapi tak pernah ajak kitorang sekeluarga ke sini , jadinya ini juga merupakan pengalaman pertama ain sampai disini . Tunggu punya tunggu , tup tap tup tap sampai la juga team BMX Ungkal .
Selepas selesai sesi bergambar kami ke Senta Adventure Camp yang terletak berdekatan dengan Pantai Minyak Beku . Senta Adventure Camp merupakan tempat kami menginap pada hari pertama . Disini , walaupun internet sendu yang amat ! tetapi pengalaman ain bermain flying fox ! Boleh nampak view Pantai Minyak Beku yer ! Gayat ! Time tu memang gelabah weh ~~ Nantikan kesinambungan kisah di Senta Adventure Camp .
Baca juga :
0 Comments:
Catat Ulasan
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.