Peminat Lontong Kering

Peminat Lontong Kering | Assalamualaikum , berikutan daripada posting ain yang bersarapan pagi di Tapah Corner , terdetik pula di hati ini nak menceritakan tentang aku yang merupakan peminat lontong . Bukan sahaja , lontong yang berkuah tapi lontong kering pun aku minat . Senang cakap its so hard to decide . hahahaha .


Tapi , kebelakangan ini ain keputusan banyak cenderung kepada lontong kering ! Lontong kering berjaya menjadi juara carta hampir dua minggu juga ni . HAHAHA . Puncanya jiran sebelah selalu ajak sarapan pagi . Ain pula jenis suka order makanan yang dah ada set lengkap tau . Contoh macam set lengkap seperti lontong , soto , nasi lemak , nasi ambeng , nasi ayam , laksa johor dan sebagainya . 


Jadinya , yang terlintas di mulut ni setiap kali teman sarapan pagi is lontong kering . Kenapa ianya dipanggil lontong kering ehk ? Sebab tak berkuah ke. Tapi kalau dah di gaul dengan sambal , sayur semua tu tak la kering sangat kan . HEHEHE . 


Ain sertakan gambar terkini sebagai bukti lontong kering berjaya menjuarai carta dua minggu berturut - turut . Gambar pertama makan di Medan Selera Taman Cempaka Johor Bahru . Manakala , gambar yang kedua di Warung Ambang Persona Dcherry (berdepan dengan jalan besar) dan yang last sekali di Tapah Corner .


lontong kering medan selera taman cempaka johor bahru

lontong kering warung pokok cherry johor bahru

lontong kering tapah corner johor bahru




Antara ketiga tiga tempat , yang paling sedap mengikut tekak ialah yang pertama kalinya . Peh ! Memang tak rugi rasa . Ain rasa kenapa sedap sebabnya medan selera tu memang jual lauk pauk untuk makan tengah hari . Kebiasaanya kalau lauk pauk pun memang sedap dan ramai yang datang makan serta bungkus , maka tak hairan la lontong kering pun boleh rasa sedap . Abang ain bungkus nasi ayam pun katanya sedap . 


Apa istimewanya lontong kering ? Dia macam makan nasi ambeng tau . Pelbagai rasa lengkap dalam satu hidangan . Ada rasa pedas sambal , rasa manis serunding , siap ada sayur , dan mungkin ada juga yang letak pilihan ayam masak merah atau ayam rendang . Lengkap! Dan kenyang apabila menikmatinya . 


Untuk resepi penuh  , boleh juga jadikan rujukan disini . 


Kesimpulannya , siapa kat sini memang peminat lontong ? Lontong mana yang menjadi pujaan hati ? Hahaha . yang berkuah ke yang kering ? Eh ada juga tau lontong goreng ... aaa ghisau , banyak rupanya adik beradik lontong ni kan . 


Baca juga artikel yang berkaitan : 

4 ulasan:

  1. Sama kita, kipas susah mati Lontong Kering. Tapi sekarang macam dah beralih pada lontong basah terutama bila kedai tu, lauknya kering sangat. Betullah, macam makan nasi ambeng, hehehe.

    BalasPadam
  2. Cantik pula gambar lontong kering tu. Kalau dah rasa sedap, kering atau basah pun dah ak kisah kan.

    BalasPadam
  3. suka..tapi dah lama tk makan..

    BalasPadam
  4. Aku suka dedua.. mmg kurang makan berkuah.. tapi kalau raya, need berkuah jugakkk.. So dedua tetap juara di hati gue.. hehe.. Psstt.. aku ingat ko nak letak gambo lontong untuk dua minggu.. Means..14 gamboo. ahahah

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.