Menulis Sebagai Terapi Diri

 Menulis Sebagai Terapi Diri 

Assalamualaikum . Siapa yang pernah rasa bila dia sedih  , dia nak tulis dan luahkan sebanyak banyaknya perasaan di dalam diari ? Siapa pula yang kalau boleh hari hari nak update social media sebab dengan cara tu je dapat simpan cerita untuk hari tersebut ? Siapa pula yang menulis kerana kerjaya nya sebagai penulis ?

Jelas disini kan setiap orang menulis asal dari sebab atau tiada sebab yang berbeza . Ada yang menulis kerana memang sangat suka (passion)  , ada yang menulis kerana sifat introvert (tak suka bercakap in a real life dengan manusia tapi lebih cenderung aktif di social media ) . Bermacam -macam latar belakang si penulis . 

menulis sebagai terapi diri



Teringat pula posting ain bertajuk Bekalan Ibu Buat Diriku  , yang mana specialnya ialah apabila ain boleh melontarkan perkataan perkataan yang puitis . Arwah ibu dulu suka tulis cerpen . Pernah berangan nak jadi seorang penulis novel . Anak dia ni pula memang tak ada jiwa itu . Menulis yang hentam keromo tu je yang ain pandai . Kalau ain sedih kan , automatik jiwa puitis tu terkeluar . Sebenarnya , arwah ibu tak bagi ain menulis . Sejak dari kecil (sekolah rendah ) ain dah ada diari sendiri . Senyap senyap menulis . Di diari tu la ain meluahkan segalanya . Dan KANTOI ! Ibu tahu Ain ada diari , dan dia marah . Dia memang tak bagi Ain menulis . Sebab cita citanya untuk menjadi penulis terhalang .

Pendekkan cerita , ibu banyak menulis luahan perasaannya melalui diari harian serta cerpen . Ain pernah baca semuanya , dan akhirnya Ain decide untuk buang semuanya (selepas ibu meninggal) . *Terlalu sedih kisah hidupnya . Itu yang mampu Ain ungkapkan . Sebab tu , berbalik semula kepada point yang atas .. Ain hanya boleh mengeluarkan kata kata puitis apabila dalam mood kesedihan . Kalau tak sedih automatik tak boleh keluar punya ayat ayat jiwang tu . HAHAHA . 

Bukan setakat kantoi dengan diari je , arwah ibu tahu juga Ain ada blog (masa zaman sekolah menengah) . Dia pernah pesan , "jangan main main bila nak menulis , kerana Tajamnya Sebuah Pena " . Dia pesan juga , jangan jadi macam ibu . Ibu tulis berlandaskan emosi , kelak bila ada yang membaca bimbang akan menyakiti hati yang lain . Jadi nya , sebagai penulis yang kadang kadang menulis menggunakan emosi , Ain akan cenderung memahami setiap coretan yang diluahkan terutama sekali apabila menghayati lirik lagu . 

Soal kupasan lirik lagu ni , aduhai ! Serahkan pada Ain. Memang akan selidik betul betul kenapa penulis lirik ni cipta liriknya jadi begini . Time tu la Ain jadi detective conan . HAHAHA . Ain selalu baca di ruangan komen mengenai persepsi dan pemahaman setiap individu mengenai lagu tersebut . Makanya sebab itu Ain boleh menjiwai dan faham setiap bait bait lirik lagu itu .

Namun demikian , tak dinafikan menulis ini perlu ada adabnya . Adab menulis ini lah yang membentuk dan mencermin jati diri seseorang . Pernah teringat pada lontaran kata Naim Daniel mengenai Tulis yang baik baik ... Jika kita mahu yang baik baik itu datang kepada kita , jadinya cuba kita menjadi seorang penulis yang baik jika mahu yang baik baik terus datang kepada kita .

Jadinya , tertanya kepada diri sendiri "Aku tulis dekat blog ini sebab ape ehk?" . Jawapan yang mampu terkeluar ialah menulis di blog ini sebagai terapi diri . Betul , sebagai terapi . 

Terapi :  dalam perubatan digelar rawatan, merupakan apa yang dilakukan manusia untuk cuba menyelesaikan atau menguruskan masalah kesihatan, fizikal, atau mental.

Bila menulis , ain rasa bersemangat . Bila menulis , ain rasa self healing terbaik . Bila menulis , ain rasa menghargai diri sendiri . Bila menulis , ain rasa lebih kuat . Kuat untuk memberikan kata kata semangat pada diri sendiri . (*Inilah intrepretasi Ain pada ketika ain menulis posting ini ) 

Ada yang pernah bilang "Ain ni boleh jadi penulis novel " . Jujurnya , ain cuba tapi tula nak baca novel pun kurang sangat apatah lagi nak menulis kan . Ada pula yang mengaitkan orang yang suka menulis ini pasti juga orang yang suka membaca . I would say Yes , dan jenis bacaan Ain pula ialah cenderung kepada social sharing . Social sharing seperti di Twitter , ruangan komen Youtube , dan blog . Jadinya , macam mana nak tulis novel kan , kalau nak habiskan satu novel pun belum tentu boleh habis .

Namun demikian , kerjaya penulis sekarang dah bermacam macam dan pelbagai . Kalau dulu , bila kata penulis je mesti orang ingat penulis novel , wartawan  , dan penulis buku . Kerjaya evergreen la orang bilang kan . Tapi sekarang makin banyak kerjaya penulis ni antaranya Blogger , Content Writer , Copywriting , Ghostwriter , Editor , Social Media Manager , dan yang terpaling top ialah Netizen writer . HAHAHHAHAA . Netizen writer ni yang baik baik la , tapi kalau dapat serangan yang cyberbully . Boleh terus depression agak nya . HAHAHAHA . 

Kesimpulannya , berbalik semula kepada niat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara . Doakan juga ain menjadi penulis yang boleh menjaga tata tertibnya , insyallah nak tunaikan impian ibu menjadi penulis . Menulis bukan untuk glamor dan popular tetapi menulis untuk memberi value kepada orang lain dan kalau tak dapat jadi penulis novel , jadi penulis blog pun dah okay la kan . HEHEHEHE .

Akhir kata , Aku Ain Kau Siapa ? GITEEWWWW~~~


Baca juga artikel yang berkaitan :

5 ulasan:

  1. Saya setuju! Ianya adalah terapi.. Bila baca luahan dulu dulu kat blog macam.. ko dah kenapa . tapi time tuhlah feeling dan moodnya jadi camtu... Thats y sayang nak delete.. but maybe nanti nak edit tang guna short form tuh.. Terapi, luahan dan sharing about perasaan, pemikiran dan jugak mintaknyang membaca turut mendoakan, memberi semangat kepada diri ini. That is the niat awal why i start my blog ..

    BalasPadam
  2. Setuju.
    Saya menulis di blog juga sebagai cara terapi diri.
    Saya tak mahu fikirkan hal kerja dan tekanan di tempat kerja. Balik rumah semua hal kerja sangkut di pagar, jangan bawa masuk. Saya masak, saya ambil gambar, saya kongsi resipi dan cerita-cerita lain. Itulah permulaan terapi diri saya. Alhamdulillah, dengan hobi begini dapat melapangkan dada dan fikiran jadi tenang.

    BalasPadam
  3. Saya mula berblogging dulu dalam 2006 2007. Banyak menulis pasal politik. Takde iklan takde widget apa. Masa tu paling maju pun media sosial hanyalah Friendster dan Myspace selain Yahoo Messenger. Jadi, keseronokan menulis secara anonymous berkenaan politik buat saya rasa puas. Itu sebelum tukar niat nak buat income melalui berblog. Awal-awal tu rasa macam kena paksa pun ada menulis. Lama-kelamaan makin okay. Semoga terus berkarya.

    BalasPadam
  4. dulu saya seorang introvert tapi sekarang dah tak sebab saya sentiasa cabar diri untuk kedepan. dulu masa sekolah saya sangat takut bila cikgu panggil nama saya sampaikan pernah menangis bila cikgu suruh kedepan untuk bercerita... heheheh. kenangan menjadi kita kuat

    BalasPadam
  5. Ammi mula menulis blog sebab ada blogger lama (Fillanie) yang ajak... lelama suka pulak menulis. Tapi ammi tak menulis diSOCMED yg lain.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.