Nikmatnya Tidur Awal


Assalamualaikum . Ya Allah rasa bahagia nya tak terkata . Kalau yang tahu , ain memang ada masalah tidur . Susah nak tidur ! Semalam dah bertekad nak belajar tidur awal . Nak rasa nikmat tidur yang berkualiti . 

Oleh kerana tak boleh solat , seawal jam 8:35 pm ain dah siap tergolek atas katil . Macam biasa main tepon tu masih habit juga! Main game ludo kejap la , tengok youtube kejap la . Blah blah blah . Target nak cuba tidur jam 9 malam. 

Boleh juga shutdown telefon tapi macam sukar lelap juga. Dan akhirnya terlelap juga. Sedar sedar rasanya jam 11 lebih kot gitu . Pastu tidur balik sampai kol 4:45 pagi terjaga . Pastu macam "Eh lama betul aku tidur !" .

Tidur la sampai alarm berbunyi! Eee , sumpah rasa nikmat dapat tidur 8 jam gini ya ampun best teruk . Dapat tidur macam gini lagi best dari tidur tebuk tebuk . Ain selalu tidur tebuk tebuk . Sebab susah tidur kan .

Insyallah nak try kosisten buat macam gini . Bukan tu je , bila start dinner awal waktu macam jam 5-6 petang , by the time pukul 6:30 kita dah tutup dapur okay sangat dah tu .

Patut ler jiran kita ade pernah pesan " Ain lepas isyak gitu terus je lelap.. Nanti bila terjaga pukul 4 pagi gitu rasa segar sangat badan .. Boleh la start solat sunat ke mengaji ke" . Insyallah rasanya macam nak cuba buat juga macam gitu .

Gais , semenjak Covid ni kan .. Apa yang aku belajar ialah sayangi diri kita . Jaga la diri kita dahulu . Jaga kebersihan , jaga emosi dan jaga kesihatan kita . Insyallah ! Kita akan lebih merasai nikmat kehidupan. Take care okay! ❤️

Post a Comment

2 Comments

  1. kan...masa PKP ni la senang nak susun jadual, nak betulkan blk masa tido...skrg xyah alarm pun, subuh dah terbuntang bukak dah...hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang nikmatnya kannn....i senang tertidur kalau tak fikir banyak benda.. tapi badan kena ada rasa penat penat sikit la.. huhu..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.