BERKHEMAH BERKHEMAH BERKHEMAH SAMA SI NOPAL

bestfriend

BERKHEMAH BERKHEMAH BERKHEMAH SAMA SI NOPAL

Mula-mula diorang cuma plan nak makan dekat mcdonald. Sebagai kak Ain gituuw , ku temankan aje mereka. Kali ini kami pergi berempat. Muka-muka yang terlibat pada hari itu iaitu Kak Ain sebagai yang lebih dewasa , Aliyah dan Asyira beserta Aiman (kawan kepada Aliyah). Gittuw perhimpunan geng A. Hahaha. Drama juga la memula sebabnya aku dah cakap dengan Aliyah sabar sket tunggu si budak kecik tu balik sekolah. Memang ler dia cakap balik pukul 4 tapi perjalanan dari sekolah nak ke rumah agak jauh. Gedebak gedebuk kitorang pun nampak la Asyira pulang dari sekolah. 
mcdonald
Antara juadah hidangan pada petang itu

akuainkausiapa
Asyira dan mcchicken nya

akuainkausiapa
Aliyah dan bigmac nya

akuainkausiapa
Aiman spicy mchicken deluxe
Comel je si boss kecik ni dengan pakai baju PBSM dia tu. Hahaha. Aku pun temankan diorang pergi ke mcdonald yang berhampiran. Tetiba aku pelik , eh kenapa tapau? Ingat makan situ. Rupanya diorang dah pm tepi baik punya nak makan tepi pantai lido katanya. Pantai lido yang dah lain sangat sekarang berbanding dulu. Kalau nak diikutkan masa aku kecik dulu memang ler best berkelah dekat situ. Kebetulan mcd memang dah dekat sangat. Aku pun ape lagi pusing je lah dan parking tepi.

Cuaca tak ada la berangin sangat dan tak panas sangat. Just nice la kan ambil angin diwaktu petang gittuw. Tapi , bau air laut kus semangat boleh tahan. Hahaha. Terus cari port yang selesa lalu kami pun berkhemah berkhemah berkhemah bersama si nopal anaknya bahenol. Hahaha. Aku memang tak makan sebab tengah on diet , berpantang dari fast food. Boleh tengok video yang aku letak di igtv itu.

Sambil kitorang berborak berbual , ada akak datang menjual buah dan kek. Ade jugak aku selitkan sekali video di igtv tersebut. Walaupun kadang-kadang rasa kelam kabut jugak nak melayan kerenah budak-budak tapi , waktu yang diluangkan mampu membuat aku gelak sepuasnya. Bukan itu sahaja, aku juga dapat menghilangkan stress dan melupakan sekejap masalah yang ada. Korang ingat korang je ke stress belajar? hahaha. Kak Ain pun ada juga stress. Its how we handle the stress and the problem. Yang penting selagi kita masih punya Tuhan , jangan lupa untuk sentiasa sujud kepadaNya.

2 ulasan:

  1. Bila plak kita nak berkhemah berkhemah berkhemah bersama si bahalol (Sis Lin & Sunah) Hahahahahaha....

    BalasPadam
  2. kak ain tak nak bekhemah dengan kita da sekarang...sobsss

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.