BETUL KE CHECK IN DEKAT BUKIT GAMBANG RESORT MAHAL?


Masih lagi dalam cerita Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang woi. Kenangan ni memang beri satu memori terindah buat kami semua. Walaupun travel jauh dari Johor ke Pahang, namun hilang rasa penat bila sampai masuk ke bilik.

Kitorang check in di Arabian Bay Resort Bukit Gambang. Ain dapat bilik dekat tingkat 1 je. So kalau malas nak tunggu lift naik tangga je. Boleh bakar kalori sikit. Hahaha. Pemandangan mengadap kolam renang uolls. Tapi, lagi seronok terjun dekat Waterpark dia. Hahaha. Siap ada tsunami wave lagi kau.



Cadangan Ain, kalau korang datang 4 orang memang nice lah pilih bilik yang ain duduk ni, tapi kalau korang datang dalam 2-3 orang ain cadangkan korang stay dekat studio suite macam yang kak Juju dan kak Sunah duduk ni.





Tapi, kalau bajet besar nak lagi selesa datang bersama keluarga yang tersayang, terus je check in dekat Everia Villa Resort . Ianya seperti percutian yang mewah uolls. Lagi dekat dengan waterpark dan safaripark. Ain tengok pun rasa macam wowwww, bestnya. Dekat Everia ni terdapat 3 jenis iaitu Amsterdam Villa , San Francisco Villa dan Venice Villa.












Anyway, betul ke harga dekat tempat penginapan sini mahal? Sebenarnya korang kena pandai pilih pakej uolls. Bila dah tahu yang korang nak enjoy the vacation, cadangan ain stay je lah for 3 hari 2 malam. Terus masuk kan sekali pakej waterpark dan safari park. Lagi berbaloi woi. Korang terus rasa semua pengalaman yang ain dan geng JDT Blogger rasa masa Eksplorasi haritu.

Nak lagi best? Include sekali pakej Active Academy. Like seriously lepasni mesti korang akan rasa macam “Weh, Bukit Gambang Resort City ni sebenarnya memang bestt betul”. You guys should try it lah! 😁



















kredit pic : kak Dila

Ain nak payung korang pakej untuk
 3 hari 2 malam termasuk :
tiket waterpark & safari park
breakfast & dinner

Haaa, best ke best? best kan... Tunggu apa lagi, book your date NOW! Tapiiii, nak dapat harga cun kasih sayang ni, ain je boleh kasi dekat korang.😜 Kalau dah berhajat tuuu, terus jelah laksanakan yer, Boleh je terus PM dekat Facebook Farahain Zfa
or DM dekat Instagram @farahainzfa. Nanti i payung uolls harga kasih sayang okay!💋

HOMEMADE CORNFLAKES MADU DARI ANAK JIRAN,SEDAPNYA!


Pukul 8 malam, masa untuk menghantar anak jiran ke tusyen. Mama dengan baba diorang pergi  menunaikan haji. Jadi, kita tolong lah mana yang boleh tu sikit-sikit. Semalam teman diorang ke Mydin beli barang dapur. Siap bawak list kau. Hahahaha. List tambahan seperti aiskrim ,coklat macam tak nampak pulak kali ni. Tapi kita perasan ada dua kotak cornflakes.


Sebagai “kak ain” cehwah, ku teman kan saje diorang ni. Eh, siapa anak jiran kita ni? The NF Generation la..kalau tak kenal, meh baca dulu entri ni.Lepak dengan anak jiran

So masa dalam kereta nak ke pusat tusyen tu, “Nah Kak Ain”, peh siap bagi dalam beg gitu, macam bagi suprise lahh katakan. Sampai je dekat rumah, terus bukak dan tengok. Ya Allah, terharu betul ain tengok. Ain betul-betul hargai.


Jenis ain tak kira lah sekecil-kecil pemberian tapi bila orang yang beri tu put 💯 of their effort,pasti akan ain hargai. Terima kasih sangat-sangat. #kakainsayalhamdulilah 💋